PlayStation 5 atau singkatannya PS5 telah dilancarkan buat pertama kali pada 12 November 2021 dan kini telah genap meraikan ulang tahunnya yang pertama. Sempena itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan, mendedahkan senarai game paling kerap dimainkan di PS5 sehingga September 2021.
Senarai itu diumumkan oleh Ryan menerusi ucapan selamat ulang tahun untuk PS5 di blog rasmi PlayStation, pada 12 November 2021 di mana beliau berkata:
“Secara kolektif, gamer PS5 telah bermain lebih daripada 4.6 bilion jam gameplay di PS5 dan menyiarkan lebih 26 juta jam kandungan,”.
kata Jim Ryan.
Tanpa melengahkan masa lagi, inilah 10 game yang paling kerap dimainkan pada tahun pertama konsol PS5 berdasarkan durasi gameplay:
- Fortnite
- Call of Duty: Black Ops Cold War
- FIFA 21
- NBA 2K21
- Assassin’s Creed Valhalla
- Destiny 2
- MLB The Show 21
- Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
- Demon’s Souls
- NBA 2K22
Banyak yang berlaku pada tahun 2021 sejak Sony mengeluarkan PS5, seperti pelancaran Ratchet & Clank: Rift Apart, Returnal, dan Deathloop. Dalam tempoh itu, Sony turut memperoleh beberapa studio seperti Bluepoint Games, Firesprite, Housemarque, dan Nixxes.
Pada masa yang sama, mereka telah mengeluarkan treler dan info baharu untuk game akan datang, seperti God of War Ragnarok, Gran Turismo 7, dan Horizon Forbidden West, yang semuanya daripada PlayStation Studios. Ryan mendakwa bahawa pemaju dan rakan penerbit mereka telah melancarkan lebih daripada 360 game pada konsol PS5.
“Selain itu, kini terdapat lebih 25 game dalam pembangunan untuk PS5 di PlayStation Studios.”
Pada tiga hari lepas, Sony Midvalley Malaysia telah mengadakan sesi pre-order terbaru untuk PS5. Saya tahu konsol ini masih susah untuk diperolehi di Malaysia tetapi harap-harap isu ini akan bertambah baik pada masa akan datang.
Apa pendapat anda tentang game yang paling kerap dimainkan di PS5? Adakah game kegemaran anda pun termasuk dalam senarai di atas?
@gamersantaimy
Discussion about this post