Ramai yang membuat spekulasi bahawa PS5 adalah port ke Switch untuk Persona 5. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah game aksi seakan game Dynasty Warrior. Game ini akan dinamakan Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers.
Untuk game ini, pihak Atlus akan bekerjasama dengan Koei Tecmo dan Omega Force, pasukan yang sama yang telah membawakan Dynasty Warriors kepada gamers. Game ini bakal berada di Nintendo Switch dan PS4, tetapi tarikh keluarannya belum lagi didedahkan.
Di dalam trailernya, kita dapat melihat Joker sedang berada di atas lampu isyarat berhampiran Shibuya Crossing dan pada masa yang sama kelihatan segerombolan musuh Shadow yang meluru ke arahnya. Kesudahannya sudah tentu semuanya dikalahkan Joker. Demon/persona daripada Shin Megami Tensei turut kelihatan seperti Pyro dan Pixie.
Dilihat dengan lebih mendalam, kita dapat lihat penggunaan atau mekanisma elemental yang digunapakai dalam sistem pertenpurannya. Joker menggunakan Persona asasnya iaitu Arsene untuk menumpaskan musuh yang ramai. Kita juga boleh mendengar adunan mix metal yang baru untuk lagu tema boss “Blooming Villain”. Pada penghujung trailer ini, satu watak baru muncul dimana ada kebarangkalian ini adalah watak antagonis dalam permainan ini kelak.
Sememangnya sekarang terdapat banyak berita tentang game yang bertemakan Persona. Terikini, Joker telah memasuki roster untuk Super Smash Bros Ultimate.
Sumber: Gamespot
@gamersantaimy
Discussion about this post