Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS4 kena jailbreak sekali lagi, hacker kata mungkin berfungsi di PS5 juga

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 14, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
PS4 kena jailbreak sekali lagi, hacker kata mungkin berfungsi di PS5 juga
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 13 Disember 2021, PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro nampaknya kena jailbreak sekali lagi selepas tiga hacker mengeluarkan eksploitasi kernel baru untuk “firmware versi 9.00 dan lebih awal”. Bukan itu sahaja, sistem jailbreak ini mungkin boleh berfungsi di kedua-dua PS4 dan PS5! Dalam erti kata lain, ramai pengguna PS kini boleh menjalankan aplikasi dan game yang tidak dibenarkan/tidak dibeli melalui kaedah yang sahih.

Also shouldn't forget @sleirsgoevy for his 9.00 webkit exploit too 🙂

— Specter (@SpecterDev) December 13, 2021

Jailbreak ini digelar sebagai “pOOBs4,” dan dikreditkan kepada SpecterDev, ChendoChap dan Znullptr, dengan bantuan oleh Sleirsgoevy atas eksploitasi “webkit browser” dan hacker terkenal, TheFloW kerana menemui sistem fail sebenar yang membolehkan eksploitasi ini berfungsi. Jailbreak ini memerlukan akses rangkaian dan USB drive yang mengandungi fail khusus. Selepas dimuatkan, konsol PS4 kini bebas untuk menerima data daripada PC menggunakan “custom firmware milik Mira Project atau GoldHEN homebrew enabler.”

Asalnya ditunjukkan oleh SpecterDev, Znullptr kemudian sambung bahawa kernel yang digunakan oleh jailbreak ini sepatutnya boleh berfungsi pada PS5. Walau bagaimanapun, versi PS5 masih belum dibuat disebabkan developer utama masih belum mempunyai PS5. Akhir sekali, SpecterDev mengeluarkan jailbreak pOOBs4 secara rasmi, dengan pautan ke GitHub.

Alright, was just a joke about caturday.
The exploit is legit, and as a bonus:
The kernel exploit affects Playstation5 as well!
(no, ps5 is not ready or being released, the lead developer does not currently have a ps5 console)

— Z (@Znullptr) December 13, 2021

9.00 is up. Again, grats to ChendoChap, fast work and great exploit (and @sleirsgoevy for webkit)https://t.co/9OyNNNxIN2

— Specter (@SpecterDev) December 13, 2021

*Kami dari Gamer Santai tidak menyokong sebarang aktiviti di atas. Anda boleh cuba mengikut risiko sendiri.*

Memandangkan kita sudah memasuki era next-gen, PS4 tidak lagi menjadi fokus utama setelah kemunculan PS5. Malangnya, untuk dapatkan sebuah PS5 masih sangat susah kerana isu stok terhad. Hacker pun tidak mampu dapatkan PS5. Tetapi andai kata dia berjaya dapat dalam masa terdekat, adakah PS5 pun akan kena jailbreak dengan mudah seperti PS4?

PlayStation 5: everything you need to know about Sony's newest consoles -  The Verge

Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Tags: HackerJailbreakPS4ps5
Previous Post

Acara kolaborasi Bleach: Brave Souls dan Burn the Witch akan bermula 16 Disember!

Next Post

Khabar angin: Rockstar akan umumkan Bully 2 dalam masa terdekat selepas 16 tahun menunggu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026
Acara

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

July 21, 2026
Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Next Post
Khabar angin: Rockstar akan umumkan Bully 2 dalam masa terdekat selepas 16 tahun menunggu

Khabar angin: Rockstar akan umumkan Bully 2 dalam masa terdekat selepas 16 tahun menunggu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd