Peminat yang peka telah mengesan maklumat baharu mengenai Project NAMI, sebuah multiplayer online RPG oleh Kuro Games, yang terkenal dengan Punishing: Gray Raven dan Wuthering Waves.
Berdasarkan iklan jawatan kosong dan maklumat dalaman, game ini dijangka menampilkan unsur sihir, teknologi, dan aksi pertempuran menerusi Unreal Engine 5, dalam dunia retro-futuristik yang dilanda ancaman kegelapan.

Secara am, Project NAMI mengetengahkan dunia IP baharu yang menggabungkan kemajuan teknologi dengan elemen kuasa mistik. Premis utamanya berkisar tentang sebuah gerakan penentangan yang diketuai oleh seorang pemimpin berkarisma, yang bangkit menentang ancaman kegelapan yang semakin mendekat.
Kisahnya berkembang ke arah peperangan besar yang sudah tertulis takdirnya, dipenuhi dengan pengorbanan para wira dan sinar harapan yang terus menyala di tengah keadaan yang penuh keputusasaan.
Game ini menumpukan kepada combat berpasukan yang pantas, membolehkan pemain mengawal pelbagai watak unik dengan keperibadian tersendiri serta gaya pertarungan tiga dimensi.
Mobiliti menjadi aspek penting kerana arena lawan sentiasa berubah, memerlukan pemain menyesuaikan diri dalam menghadapi lawan manusia mahupun musuh hebat. Sistem perkembangan pula membolehkan pemain memperkuatkan watak masing-masing dengan mengalahkan musuh, mengumpul peralatan, dan membuka skil tersendiri.

Maklumat daripada senarai pekerjaan turut mengusik akan kehadiran elemen kompetitif seperti mod Ranked, Leaderboard, atau kejohanan berpasukan, disertai sistem anti-cheat bagi menjamin permainan yang adil.
Ini menunjukkan peralihan besar bagi Kuro Games daripada fokus tradisi RPG pemain solo kepada pendekatan multiplayer buat kali pertama.
Kuro Games sebelum ini dikenali dengan RPG aksi berkualiti tinggi serta sistem combat yang kompleks. Punishing: Gray Raven (2019) dan Wuthering Waves (2024) menerima pujian ramai atas gameplay yang menyeronokkan dan visual yang memukau.
Melalui Project NAMI, studio ini meneroka dunia multiplayer dengan memanfaatkan kuasa Unreal Engine 5 bagi mencipta pengalaman lain daripada lain di pelbagai platform seperti PC, peranti mobile, dan mungkin juga konsol.
Meskipun projek ini masih di peringkat awal pembangunan dan belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi, peminat menjangkakan ia akan dilancarkan sekitar tahun 2027 hingga 2030, mengambil kira skala besar projek ini dan dedikasi berterusan Kuro Games kepada tajuk mereka yang lain.









Discussion about this post