Komuniti fighting game boleh bersiap sedia kerana Street Fighter 6 telah diumumkan sebagai acara utama di FV Major 2025, salah satu kejohanan fighting game paling berprestij di Asia Tenggara.
Akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2025 di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, acara ini bakal menyajikan perlawanan sengit, sorakan hangat dari peminat, dan sambutan terbesar dalam kalangan FGC Malaysia.
FV Major 2025 akan menghimpunkan pemain-pemain Street Fighter 6 terbaik dari serata Asia Tenggara dan antarabangsa dalam kejohanan selama dua hari yang penuh persaingan.
Dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 khusus untuk acara Street Fighter 6 serta ganjaran menarik lain, kejohanan ini pasti menjanjikan aksi mendebarkan – lagi-lagi kerana banyak yang dipertaruhkan.
Secara keseluruhan, jumlah hadiah untuk semua kategori game melebihi RM26,000, menjadikan FV Major 2025 sebagai antara acara paling dinanti dalam kalangan pemain serantau.
Berikut ialah ganjaran untuk para pemenang kejohanan Street Fighter 6:
- Juara: RM5,000 tunai, Trofi Juara, Cermin Mata Ray-Ban, Tiket Penerbangan ke EVO 2026
- Naib Juara: RM2,500 tunai, Pingat Perak, Cermin Mata Ray-Ban, Tiket Penerbangan ke EVO 2026
- Tempat Ketiga: RM1,000 tunai, Pingat Gangsa, Cermin Mata Ray-Ban, Tiket Penerbangan ke EVO 2026
- Tempat Keempat: RM500 tunai
- Tempat Kelima (2 orang): RM300 setiap seorang
- Tempat Ketujuh (2 orang): RM200 setiap seorang
Bagi pemain yang berminat untuk menyertai dan menguji kemahiran, pendaftaran kini dibuka di SINI. Jangan lepaskan peluang, kerana pendaftaran akan ditutup pada 19 Julai 2025, tepat 12:00 tengah malam.
Untuk mereka yang ingin berlatih sebelum pertandingan, edisi Street Fighter 6 Year 1 – 2 Fighter’s Edition kini boleh didapati.
Edisi ini merangkumi semua watak dan pentas daripada Year 1 dan Year 2, dan boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Steam (PC), dan Nintendo Switch 2, menawarkan pengalaman lengkap kepada peminat untuk bersedia menghadapi pertandingan.
Tidak ingin bertanding? Anda masih boleh menikmati setiap detik secara langsung melalui saluran YouTube Malaysia FGC.









Discussion about this post