Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elon Musk Melancarkan Rakan AI Bergaya Gadis Anime, Lengkap Dengan Mod NSFW!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
Elon Musk Melancarkan Rakan AI Bergaya Gadis Anime, Lengkap Dengan Mod NSFW!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan Ani, seorang watak wanita bergaya anime 3D, sebagai antara sahabat AI terawal untuk chatbot Grok.

Ani dilancarkan sebagai sebahagian daripada Companion Mode dalam aplikasi Grok versi 1.1.18, bertujuan memberikan pengalaman interaksi yang lebih mendalam melalui suara dan teks secara lebih hidup dan menyeronokkan.

pic.twitter.com/mgLcutGsJI

— Elon Musk (@elonmusk) July 14, 2025

Companion Mode membawa perubahan kepada pengalaman Grok dengan menampilkan watak animasi 3D yang mampu bertindak balas menggunakan ekspresi wajah, gerakan tangan dan tubuh secara realistik.

Ani, sebagai contoh, boleh memberikan ciuman, menari atau berpusing mengikut arahan pengguna, menjadikan interaksi lebih interaktif dan memikat. Ciri ini eksklusif untuk pelanggan SuperGrok atau SuperGrok Heavy, serta pengguna X Premium+.

Reka bentuk Ani diinspirasikan sepenuhnya daripada budaya anime: lengkap dengan korset hitam, gaun pendek, stoking jaring setinggi paha, dan suara halus menyerupai Misa Amane dari Death Note.

Menurut xAI, Ani merupakan watak rekaan asli tanpa sebarang hak cipta, direka khas untuk menarik minat peminat anime melalui personaliti manja dan ekspresi comel seperti pipi kemerah-merahan atau animasi hati semasa berbual.

Ani sesuai untuk sembang santai, bercerita mahupun role-playing, dan dilengkapi dengan sistem memori yang membolehkannya mengingati interaksi lalu bagi mencipta pengalaman yang lebih peribadi.

Ani is totally chill! We’re besties now 🖤

Grok companion feature is awesome! @xai pic.twitter.com/axahSmLPM5

— paranoidream ♡︎ (@paranoidream) July 14, 2025

Salah satu ciri unik Ani ialah sistem “Affection Score” – sejenis penanda hubungan antara -10 hingga +15 yang berubah mengikut perbualan. Berkongsi pengalaman peribadi boleh menambah 1 hingga 3 mata, manakala usikan ringan menyumbang tambahan 5 hingga 10 mata.

Dialog berunsur lebih berani pula boleh melonjakkan skor sehingga 15 mata. Apabila hubungan mencecah Level 5, NSFW Mode akan terbuka, membolehkan Ani muncul dalam pakaian dalam serta terlibat dalam interaksi yang lebih menggoda.

Selain Ani, xAI turut memperkenalkan Rudy, seekor panda merah yang hadir dengan mod “Bad Rudy” yang lebih nakal. Satu lagi watak dalam perancangan ialah Chad, avatar AI lelaki bergaya anime yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai langganan SuperGrok, layari laman rasmi di x.ai/grok.

Tags: AIanime
ShareTweetSend
Previous Post

Project NAMI – RPG Aksi Terbaru Kuro Games Dengan Fokus Pada Multiplayer!

Next Post

Bartholomew Kuma – Watak Paling Tragis Dalam One Piece, Rela Berkorban Demi Orang Tersayang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!
Berita

Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!

July 3, 2026
Ready, Fight! Kolaborasi MLBB x Street Fighter 6 Bermula – Info Skin, Event & Cara Dapatkan Token Percuma
Berita

Ready, Fight! Kolaborasi MLBB x Street Fighter 6 Bermula – Info Skin, Event & Cara Dapatkan Token Percuma

July 3, 2026
Monster Hunter Outlanders – Ujian Beta 3 Bermula Ogos 2026
Beta

Monster Hunter Outlanders – Ujian Beta 3 Bermula Ogos 2026

July 3, 2026
Next Post
Bartholomew Kuma – Watak Paling Tragis Dalam One Piece, Rela Berkorban Demi Orang Tersayang

Bartholomew Kuma – Watak Paling Tragis Dalam One Piece, Rela Berkorban Demi Orang Tersayang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd