Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project Mugen Diberi Nama Rasmi “Ananta,” Open-World RPG Baru Oleh NetEase Games!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PS5
0 0
0
Project Mugen Diberi Nama Rasmi “Ananta,” Open-World RPG Baru Oleh NetEase Games!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Naked Rain, sebuah anak syarikat Thunder Fire Studio di bawah NetEase Games, telah mengumumkan bahawa urban RPG open-world yang sebelum ini dikenali sebagai Project Mugen, kini secara rasmi bertajuk Ananta.

Trailer baharu akan membuat tayangan perdana pada Khamis, 5 Disember 2024, untuk memberikan gambaran lebih dekat mengenai dunia permainan, mekanik, dan wataknya.

Ananta kini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, PC, iOS, dan Android. Walaupun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, game ini disahkan akan dilancarkan sebagai judul free-to-play, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelbagai pemain.

Berlatarbelakangkan dunia yang mengingatkan kita kepada Bumi, Ananta menggabungkan unsur biasa dengan elemen fantasi, mencipta sebuah dunia di mana legenda urban menjadi nyata dan manusia hidup bersama makhluk supernatural.

Pemain akan memainkan peranan sebagai seorang Esper, dikenali sebagai “Infinite Trigger,” seorang penyiasat terkemuka yang ditugaskan untuk menghadapi anomali dan menyelesaikan gangguan supernatural yang mengancam keseimbangan dunia urban yang penuh warna ini.

Kredit: NetEase Games

Naratif game ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memulihkan memori yang hilang sambil menyelesaikan misteri di pelbagai bandar yang direka khas. Sepanjang perjalanan, pemain akan bekerjasama dengan Esper lain, masing-masing dengan latar belakang dan abiliti unik mereka, untuk melawan Chaos yang mengancam kewujudan manusia.

Kredit: NetEase Games

Pertempuran Ananta berpusat kepada mekanik pasukan. Pemain akan mengawal satu pasukan yang terdiri daripada empat Esper, setiap seorang mempunyai atribut dan abiliti berbeza yang saling melengkapi untuk menghadapi cabaran.

Pertempuran turut memanfaatkan persekitaran urban sebagai alat, membolehkan pemain berinteraksi dengan objek dan rupa bumi secara kreatif untuk mengalahkan raksasa dengan cara yang inovatif.

Kredit: NetEase Games

Pergerakan dalam Ananta adalah dinamik, dengan watak-watak menunjukkan kemahiran seperti parkour, berayun, atau memanjat dinding untuk meneroka landskap urban. Beberapa Esper juga mempunyai keupayaan perjalanan unik berdasarkan identiti masing-masing, seperti menunggang senjata khas.

Selain itu, pemain boleh merampas dan memandu kenderaan seperti kereta untuk bergerak dengan pantas di bandar atau mendapatkan kelebihan dalam situasi pertempuran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: AnantaProject Mugen
ShareTweetSend
Previous Post

Tencent Umum “Light of Motiram” – Gameplay Menyerupai Horizon Zero Dawn!

Next Post

Urban RPG “Neverness to Everness” Dedahkan Ciri-Ciri & Gameplay Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Urban RPG “Neverness to Everness” Dedahkan Ciri-Ciri & Gameplay Baharu!

Urban RPG "Neverness to Everness" Dedahkan Ciri-Ciri & Gameplay Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd