Project Awakening yang di develop oleh Cygames yang akan membawa game terbaru yang bernama Project Awakening yang sama nafas dengan Monster Hunter Series yang sentiasa memberikan elemen-elemen action adventure RPG yang seronok dan gameplay yang kita familiar sebelum ni. Jadi tak mustahil yang game ni akan jadi tarikan ramai pada tahun depan.
Cygames yang terkenal dengan Shadowverse, Wondership Q dan yang akan dikeluarkan tak lama lagi iaitu Dragalia Lost, jadi game ni berelemenkan fantasi adventure, so memang biasanya game ni boleh pergi jauh dari segi aspek action ataupun environment yang disediakan dalam game itu. Tak lupa juga, game tu juga memperkenalkan character yang unik.
RPG terbaru dari Cygames ni ramai yang agak risau sebab takut game ni tiada elemen yang dunia yang luas dan level design yang berulang-ulangan akan membuatkan game itu menjadi bosan. Walaupun Cygames ada pengalaman tentang AAA Game dan port untuk console, PC dan seangkatannya, tapi adakah game ni akan menjadi game apa yang kita jangkakan dari trailer dia sahaja?
*Bawah ni adalah trailer gameplay untuk Project Awakening*
Bagi aku, Game ni memang bukan Monster Hunter, tapi game ni memang tak jauh beza. Tapi Trailer dia memang menjanjikan perkara yang baik dan sesuatu yang bagus dari RPG yang akan dikeluarkan pada tahun depan khas untuk PS4 sahaja. Bagi Platform lain, mohon tunggu ye dan apa-apa pun aku menantikan Project Awakening akan tiba pada tahun depan.
Bagi sesiapa nak baca details atau tengok page dia, aku letak Website dia.
@gamersantaimy
Discussion about this post