Sebentar tadi di PMCO 2019 Fall Split Global Final yang berlansung di Dewan Tun Razak, James Yang – Director PUBG Mobile Global Esports (Tencent Games) telah mengumumkan beberapa pekara penting dan gembira untuk kesemua peminat PUBG Mobile! Antara yang diumumkan adalah pengenalan PUBG Mobile World League yang akan bermula dalam dua musim iaitu pada bulan Mei dan Oktober 2020.
Untuk PUBG Mobile World League akan dipilih dari dua daerah iaitu Amerika dan Asia Tenggara. PUBG Mobile Pro League 2020 akan bermula di 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kemudian pemenang dari setiap daerah ini akan dibawa ke PUBG Mobile World League.
Selain itu, PMCO masih akan dijalankan seperti biasa, dan PMCO Spring Split akan dibuka pendaftaranya pada Januari 2020. Jadi jangan lupa untuk mendaftar awal tahun nanti okay!
James Yang turut menyatakan bahawa kolam hadiah keseluruhan untuk PUBG Mobile Esports adalah $5,000,000 USD (anggaran RM20,882,500.00)! Nyata makin besar kolam hadiah untuk dikejar nanti!
Menarik kan kesemua pengumuman itu! Jom teruskan menonton PMCO 2019 Fall Split Global Final di Facebook dan Youtube PUBG Mobile! Dah nampak siapa juara kan!
@gamersantaimy
Discussion about this post