Private Division telah menandatangani empat perjanjian penerbitan baru dengan developer indie Die Gute Fabrik, Evening Star, Piccolo Studio dan Yellow Brick Games di mana setiap studio sedang menguruskan satu game dan masing-masing masih dalam pembangunan awal. Game pertama akan diterbitkan oleh Private Division pada awal 2024, jika semua berjalan lancar.
“Di Private Division, kami mempunyai bakat kreatif terbaik dalam industri gaming dan keempat-empat pasukan ini serta pengalaman yang mereka bina, mewakili pelbagai genre yang akan menarik ramai penonton berbeza.
“Die Gute Fabrik, Evening Star, Piccolo Studio dan Yellow Brick Games – masing-masing mempunyai visi kreatif yang sangat pelbagai dan kami sangat teruja untuk membantu memperkenalkan game mereka kepada dunia.”
kata naib presiden eksekutif Private Division Michael Worosz dalam siaran akhbar.
Berikut ialah gambaran keseluruhan setiap studio, menurut Private Division:
Die Gute Fabrik

Die Gute Fabrik diasaskan pada 2008 oleh Nils Deneken dan kini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah kreatif Hannah Nicklin. Syarikat yang berpangkalan di Copenhagen itu membangunkan game berasaskan jalan cerita dan terkenal dengan judul Mutazione. Die Gute Fabrik ingin mendapatkan inspirasi daripada pelbagai disiplin dan sejarah, dan untuk menolak sempadan gaming selagi boleh. Pasukan ini sedang mencipta game baru yang memfokuskan pada jalan cerita.
Evening Star

Evening Star diasaskan pada 2018 oleh Christian Whitehead, Dave Padilla, Tom Fry, Hunter Bridges, dan Brad Flick, dan mempunyai ibu pejabat di Los Angeles dengan cawangan tambahan di London dan Melbourne. Pengasas sebelum ini mengusahakan Sonic Mania Plus yang diiktiraf secara positif untuk SEGA. Game debut mereka akan datang ialah sebuah ‘3D action platformer yang menggunakan Star Engine buatan sendiri.
Piccolo Studio

Piccolo Studio diasaskan pada 2015 oleh Alexis Corominas, Jordi Ministral, dan Oriol Pujado apabila ketiga-tiga rakan itu meninggalkan agensi pengiklanan mereka yang berjaya di Barcelona untuk meneruskan minat terhadap permainan video. Selepas mengumpul banyak developer berbakat di Sepanyol, game debut mereka, Arise: A Simple Story, mendapat sambutan positif untuk penceritaan dan gameplay. Mereka sedang membangunkan IP unik baru bersama Private Division.
Yellow Brick Games

Yellow Brick Games telah diasaskan di Quebec City pada tahun 2020 oleh veteran Thomas Giroux, Mike Laidlaw, Jeff Skalski dan Frederic St-Laurent B. Setelah mengusahakan banyak francais AAA yang berjaya termasuk Dragon Age, Assassin’s Creed dan Tom Clancy’s Rainbow Six, pasukan Yellow Brick Games ingin menyampaikan game yang inovatif dan bersifat ’emergence’ yang direka oleh pasukan kecil tetapi berkemahiran tinggi. Studio ini yakin bahawa sistem ’emergence’ dapat mencipta dunia yang kaya dan interaktif. Berdasarkan itu, Yellow Brick Games sedang mencipta action RPG baru yang bercita-cita tinggi.
Sumber: Emel, laman web rasmi
@gamersantaimy
Discussion about this post