Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu The Elder Scrolls Online (2026) – Kandungan Baharu Setiap 90 Hari Tanpa Kos Tambahan! Apa Yang Baru?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, MMO, MMORPG, PC, Preview, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu The Elder Scrolls Online (2026) – Kandungan Baharu Setiap 90 Hari Tanpa Kos Tambahan! Apa Yang Baru?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2026, The Elder Scrolls Online (ESO) akan mengubah cara mereka menyampaikan kandungan baharu. Daripada melancarkan satu expansion besar setahun sekali, pihak pembangun kini beralih kepada jadual bermusim (seasonal) untuk memastikan game ini sentiasa segar sepanjang tahun.

Setiap musim akan berlangsung selama kira-kira 90 hari. Matlamatnya adalah untuk membawakan aktiviti baharu, kemas kini jalan cerita, dan penambahbaikan game secara berterusan. Paling menarik, jika anda sudah memiliki base game, anda akan mendapat semua ini tanpa perlu membeli apa-apa tambahan.

Kali ini, pihak pembangun benar-benar mendengar luahan komuniti di mana ciri yang sangat diinginkan seperti solo dungeon dan tahap kesukaran yang boleh dilaras akhirnya dilaksanakan kerana permintaan pemain.

Menguji Suasana dengan Season 0

Season 0 akan bermula pada 2 April, dan bertindak sebagai eksperimen untuk melihat apa yang sesuai untuk masa depan game ini; dengan membawakan aktiviti baharu berserta pelbagai ubah suai untuk menjadikan sistem game lebih lancar dan menarik.

The Night Market

Tarikan utama dalam Season 0 ialah The Night Market, sebuah zon event sementara yang terletak di alam Daedric, Fargrave. Bukan sekadar kawasan biasa untuk dilalui; ia direka agar padat, dan sukar dijangka.

Daripada mengikuti laluan yang ditetapkan, banyak perkara berlaku serentak. Anda boleh berlawan dengan World Boss, terjumpa Quest secara rawak, memburu relik untuk membuka kawasan baharu, dan melawan musuh yang jauh lebih kuat berbanding raksasa biasa.

Anda juga berpeluang menyertai salah satu daripada tiga Faction:

  • The Ruckus: Memfokuskan kepada kekuatan fizikal.
  • The Glittering Goad: Memfokuskan kepada wang dan kuasa.
  • The Thousand Eyes: Bergerak secara rahsia dalam bayang-bayang.

Gaya permainan anda sangat penting di sini. Pada akhir event, ganjaran akan diberikan berdasarkan prestasi faction anda. Ini memberikan rasa persaingan tanpa memaksa kita berlawan dengan pemain lain (PvP).

Walaupun ia adalah event masa terhad, pihak pembangun mengacah bahawa ia mungkin akan kembali atau dikekalkan terus jika pemain menyukainya.

Perbaiki Kekurangan Lama

Sepanjang Season 0, pasukan pembangun memberikan tumpuan penuh untuk membuatkan pengalaman bermain setiap hari terasa lebih memuaskan. Antara penambahbaikan terbesar termasuklah:

  • Menaik taraf Riding Skill di stable kini tiga kali ganda lebih pantas.
  • Menambah ruang ‘inventory’ dan ‘bank’ kini memerlukan jumlah gold yang jauh lebih sedikit.
  • Anda boleh reset skill watak secara percuma terus daripada menu game.
  • Pengurusan inventory menjadi lebih mudah dengan paparan skrin yang lebih mesra pengguna.
  • Anda boleh mewakili ‘guild’ dari mana-mana sahaja tanpa perlu melawat lokasi tertentu.
  • Anda boleh meletakkan lebih banyak perabot dalam rumah, dan ubah suai ‘outfit’ kini lebih fleksibel.

Memilih Tahap Kesukaran Sendiri

Sudah lama pemain mahukan cara untuk mengubah dunia game biasa lebih sukar. Sistem Challenge Difficulty baharu membolehkan pemain menentukan tahap kesukaran yang dimahukan semasa meneroka.

Ciri ini hanyalah pilihan dan hanya memberi kesan kepada watak sendiri. Jika mengaktifkannya, musuh akan menyerang dengan lebih kuat, dan damage serangan anda terhadap mereka akan berkurang. Sebagai ganti, pemain akan mendapat ganjaran yang lebih baik, seperti tambahan ‘experience points’ (XP) dan gold.

Paling bagus, ia tidak akan mengganggu gameplay orang lain. Anda boleh bermain dalam mod hard bersebelahan dengan pemain yang bermain dalam mod normal, dan game masih akan berjalan mengikut tahap kesukaran masing-masing.

Kemas Kini untuk Pemain PvP

Untuk peminat PvP, tahun 2026 turut membawa kemas kini. Kempen Vengeance yang sedang berlangsung masih diteruskan, tetapi pertarungan besar-besaran akan terasa jauh lebih lancar. Pihak pembangun sedang mengurangkan masalah lag server dan menyeimbangkan stats pemain supaya perlawanan menjadi lebih adil.

Berita paling besar untuk PvP adalah sistem leveling baharu yang dipanggil Veterancy. Daripada berlawan tanpa henti, kini anda mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Dengan bermain PvP, anda boleh mendapatkan ‘title’, rupa unik untuk senjata dan perisai, serta gaya visual istimewa untuk skill.

Untuk memastikannya sentiasa menarik, ganjaran ini akan ditukar secara bergilir setiap enam bulan.

Perubahan pada Combat dan Kelas

Sistem combat akan diperkemas sepanjang tahun. Daripada menukar segalanya serentak, pembangun akan membuat ubah suai secara berperingkat. Class Dragon Knight sudah pun mendapat wajah baharu untuk membuatkan abilitinya nampak dan terasa lebih hebat, manakala kelas lain akan menerima layanan yang sama tidak lama lagi.

Weapon skill juga akan mendapat peningkatan visual dengan animasi yang lebih baik.

Pasukan pembangun juga sedang mengusahakan konsep baharu yang dipanggil “Class Mastery Skill Lines”. Ia direka untuk menjadikan pemain lebih pakar dalam peranan khusus, sama ada menyerap serangan sebagai tank, menyokong pasukan (support), atau memberikan damage maksimum.

Konsep ini masih di peringkat awal, tetapi ia pasti memberikan pemain lebih banyak kebebasan untuk mengubah suai cara mereka berlawan.

Season 1 Fokus pada Jalan Cerita dan Penerokaan

Walaupun Season 0 lebih banyak memfokuskan kepada membaiki mekanik game, Season 1 mengalihkan tumpuan semula kepada naratif dan pengembaraan baharu.

Kembalinya The Thieves Guild

Jalan cerita The Thieves Guild bersambung, kali ini di kawasan Glenumbra. Anda akan bertemu dengan watak baharu dan berdepan dengan kumpulan yang dipanggil Kaldane Cartel. Kemas kini ini juga menambah cara baharu untuk menggunakan stealth.

Anda kini boleh bersembunyi di sebalik objek atau membaling “Somnopowder” untuk menidurkan pengawal. Ada juga item “Mythic” istimewa yang akan menjadi semakin kuat dari masa ke masa, memberikan matlamat jangka panjang untuk kita capai.

Kisah Gila Sheogorath

Di sisi lain pula, ada beberapa Quest baharu di mana Mad God Sheogorath, cuba untuk hidup sebagai manusia biasa. Seperti yang dijangkakan, keadaannya menjadi tidak terkawal. Naratif ini akan membawa anda menjelajah ke seluruh peta, dan menjadi semakin pelik serta huru-hara di setiap langkah.

Mengembalikan Keseronokan Meneroka

Season 1 menambah dua sistem baharu yang menjadikan penerokaan lebih seronok:

  • Favors: Bertindak seperti daily quest, tetapi berkait rapat dengan jalan cerita besar yang melibatkan watak atau guild tertentu. Jika terus melakukannya, ceritanya akan terungkai, dan akhirnya memberikan ganjaran peribadi yang unik.
  • Rumors: Ini dikhususkan untuk pemain yang sukakan RPG old-school. Game ini akan memberikan klu, bukannya penanda pada peta. Anda perlu berfikir ke mana arah tuju dan menyelesaikan teka-teki itu sendiri. Bergantung pada cara anda mentafsir klu tersebut, sesetengah rumor ini malah mempunyai beberapa pengakhiran berbeza.

Dynamic Event dan The Sage’s Vault

Dunia game akan menjadi lebih hidup dengan Dynamic Event yang muncul secara rawak di zon yang berbeza. Ini bukan perlawanan biasa; ia mempunyai pelbagai peringkat dan tahap kesukaran akan berubah mengikut jumlah pemain yang hadir untuk membantu.

Kemudian ada The Sage’s Vault, iaitu satu cabaran yang sangat berbeza. Daripada asyik berlawan, anda perlu menyelesaikan teka-teki, mengelak perangkap, dan memikirkan bagaimana bilik-biliknya berhubung antara satu sama lain.

Susun aturnya akan berubah setiap kali masuk, dan ada checkpoint di sepanjang jalan, jadi ia sentiasa memberikan pengalaman baharu.

Risiko Lebih Besar dan Idea Baharu Pada Masa Hadapan

Pada hujung tahun, pihak pembangun akan mencuba beberapa perkara yang belum pernah kita lihat dalam game ini sebelum ini.

Salah satu event akan datang memberi tumpuan sepenuhnya pada lautan. Anda akan merasai pengalaman pertempuran kapal, meneroka bawah air, dan menentang musuh dari laut.

Pemain solo akhirnya akan mendapat kemas kini besar-besaran: anda boleh bermain dungeon secara berseorangan. Ini membolehkan kita menikmati jalan cerita mengikut rentak sendiri tanpa perlu tergesa-gesa kerana pemain lain. Jika masih mahukan cabaran, anda boleh menaikkan tetapan tahap kesukaran.

Untuk pemain berkumpulan besar pula, ada sebuah 12 Player Trial baharu yang sedang dibangunkan bernama Crimson Belt. Ini adalah satu berita besar kerana ia merupakan Trial pertama yang ditambah ke dalam base game selepas lebih sepuluh tahun. Trailer ini menjanjikan mekanik kompleks, berserta hard mode yang tersedia dari hari pertama lagi.

Menjelang penghujung 2026, naratif akan mula membina asas untuk pengembaraan besar seterusnya. Anda akan menyedari badai besar mula melanda di kawasan bersalji di Tamriel, yang akan membawa terus kepada jalan cerita baharu di Skyrim pada tahun 2027.

Walau bagaimanapun, ia bukan peta biasa. Pihak pembangun mengacah akan ada cara baharu untuk meneroka kawasan tersebut, yang dipanggil sebagai “Excursion Zone”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: previuThe Elder Scrolls Online
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu The Super Mario Galaxy Movie – Penuh Easter Egg & Watak Kejutan, Sekuel Wajib Tonton!

Next Post

The Elder Scrolls Online – Selamat Tinggal ‘Chapter,’ Bagaimana Sistem ‘Season’ Bakal ESO Bermula 2026?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang
Berita

Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang

July 20, 2026
Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana
Indie

Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

July 20, 2026
Next Post
The Elder Scrolls Online – Selamat Tinggal ‘Chapter,’ Bagaimana Sistem ‘Season’ Bakal ESO Bermula 2026?

The Elder Scrolls Online - Selamat Tinggal 'Chapter,' Bagaimana Sistem 'Season' Bakal ESO Bermula 2026?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd