Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Silver Palace (CBT2) – RPG Gacha Yang Berani Pecah Klise

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Preview, RPG
0 0
0
Previu Silver Palace (CBT2) – RPG Gacha Yang Berani Pecah Klise
Share on FacebookShare on Twitter

Di tengah lautan RPG gacha yang cukup luas, game Silver Palace yang sedang melalui fasa Closed Beta 2 (CBT 2) telah berjaya mencuri tumpuan komuniti. Tidak bergantung pada visual memukau sahaja, pihak pembangun malah berani merombak beberapa klise yang kerap menghantui genre ini.

Melalui sesi hands-on, kami akan mengupas tanggapan awal terhadap CBT 2 yang merangkumi segala-galanya daripada penceritaan, penerokaan, combat, sistem gacha, hinggalah ke potensi keseluruhan. Berikut adalah isinya:

Jalan Cerita Yang Bebas Daripada Klise

Seperti saya kata tadi, Silver Palace memberikan tanggapan awal yang sangat solid terutamanya dengan membuang klise amnesia. Watak utama (MC) kita mengingati masa lampau dan segala yang terjadi, serta bertindak bijak dan berkeupayaan seperti yang kita harapkan untuk sebuah protagonis.

Di sini, kita bermain sebagai salah seorang daripada pasangan detektif adik-beradik, Hugin dan Munin. Sesiapa pun yang kita pilih sebagai MC, seorang lagi akan memainkan peranan aktif dalam naratif.

Pada prolog, kita dapat melihat mereka berborak, malah boleh mengawal kedua-duanya untuk seketika sebelum game memberikan alasan mengapa pemain akhirnya hanya mengawal satu watak sahaja. Ini memberi motivasi yang jelas untuk MC meneruskan perjalanan.

(Jika mahukan penjelasan terperinci berserta spoiler tentang sebab adik-beradik anda tidak lagi boleh dimainkan, sila baca bahagian spoiler di bawah.)

Plot misteri ini diolah dengan kemas tanpa cerita meleret-leret, memberi ruang kepada pemain untuk berfikir dan menyambung klu secara sendiri. Walaupun pilihan dialog agak linear, elemen siasatan wajar dipuji. Daripada menekan butang interaksi, sebaliknya pemain perlu memerhati persekitaran secara teliti untuk menemui klu.

Tambahan pula, watak kita boleh memasuki “Mind Palace” ala kisah detektif klasik, di mana kita mencipta semula tempat kejadian dalam fikiran dan menyelesaikannya. Ini sudah cukup besar untuk memberikan dimensi baharu kepada penyampaian cerita dan misteri.

Kualiti lakonan suara bahasa Inggeris pun hebat, dengan pelbagai loghat yang benar-benar kena dengan atmosfera permainan. Watak utama turut mempunyai lakonan suara penuh. Sayangnya, animasi bercakap nampak kaku, malah tidak ada langsung pada NPC sampingan atau watak yang tidak penting kepada plot.

Nasib baiklah fungsi skip cerita dan ringkasan plot disediakan, yang membantu jika anda ingin melangkau cerita.

Sebelum kita beralih ke bahagian lain, mari kita lihat mengapa prolog game ini sangat seronok bagi saya. AMARAN: Sila langkau ke bahagian seterusnya jika anda mahu mengelakkan spoiler.

⚠ AMARAN SPOILER UNTUK PROLOG ⚠
Prolog bermula di sebuah majlis mewah apabila Ratu menjemput pasangan detektif Hugin dan Munin untuk menerima anugerah atas kejayaan mereka menyelesaikan pelbagai kes mustahil. Namun, majlis bertukar kecoh kerana rancangan sabotaj di belakang tabir untuk membunuh Ratu.

Bagi mengelakkan panik dalam kalangan tetamu, Hugin dan Munin mengambil keputusan untuk membahagikan tugas. MC pilihan kita tampil ke pentas menerima anugerah untuk menjadi “distraction” agar majlis berjalan seperti biasa. Sementara itu, adik-beradik MC bergerak secara sembunyi di belakang tabir untuk mencari dan mematikan peranti sabotaj.

Rancangan bunuh itu berjaya digagalkan dan dalangnya ditangkap, tetapi ancaman sebenar baru sahaja bermula. Core Reactor di dalam kapal udara (tempat majlis itu diadakan) bertindak balas akibat dijangkiti cecair misteri (yang sebelum itu turut mengawal si pelaku). Reactor itu melahirkan dua raksasa gergasi serta mengubah tetamu di sekeliling menjadi seakan zombi. Keadaan menjadi kucar-kacir dan tragisnya, Ratu terkorban dalam insiden tersebut.

Selepas bertungkus-lumus memindahkan tetamu dan menewaskan raksasa, keadaan sebaliknya menjadi makin parah. Di tengah-tengah kekacauan, muncul satu lembaga misteri yang mengambil pistol adik-beradik kita yang terjatuh, lalu menembaknya ke arah anda dari sudut tersembunyi. Menyedari ancaman itu pada saat genting, adik-beradik anda melompat untuk melindungi kita… lalu menerima tembakan tepat di kepala dan mati di tempat kejadian, meninggalkan kita sendirian.

Kapal udara tersebut akhirnya meletup dan kita jatuh. Memburukkan lagi keadaan; sebagai tetamu asing di majlis itu, kita dijadikan kambing hitam. Media dan orang awam menuduh kita sebagai dalang di sebalik pembunuhan serta kemusnahan yang berlaku. Beberapa tahun berlalu dan MC masih diburu, tetapi akhirnya kita kembali apabila klu baharu mula muncul. Maka, bermulalah perjalanan untuk memburu kumpulan misteri di sebalik tragedi tersebut.

Melihat prolog sahaja, Silver Palace sudah menyampaikan naratif yang sangat berani, dan bagi saya adalah salah satu pembuka cerita paling “memorable” dalam mana-mana game gacha setakat ini.

Dunia Luas Lagi Indah, Sistem ‘Mount’ & Pengalaman Prestasi

Dari sudut visual, dunia Silver Palace memang adalah santapan untuk mata. Padat dengan butiran, seni bina yang menawan, dan model watak direka dengan teliti… kesan hujan pun mengagumkan hinghga titisan air pada badan dan pakaian watak pun nampak sungguh realistik.

Satu-satunya kelemahan buat masa ini ialah kawasan bandar terasa agak sepi; jumlah NPC masih rendah dan jalan raya yang luas tidak dihuni kenderaan bergerak, melainkan laluan trem.

Bagi eksplorasi secara “vertical”, sistemnya agak terhad. Kita tidak boleh memanjat bangunan secara bebas, sebaliknya perlu berjalan mencari tangga, tempat “grapple point”, atau laluan grapple untuk bergerak di atas dan antara bangunan.

Apa yang menarik adalah eksplorasi dibantu dengan sistem mount yang boleh digunakan untuk terbang mahupun drift di atas darat. Stamina untuk berlari dan terbang dipisahkan, jadi transisi pergerakan amat lancar tanpa perlu menunggu stamina pulih semula.

Sayangnya, variasi teka-teki masih “asas”, di mana kita sekadar memindahkan barang dari titik A ke titik B atau menggerakkan bebola dengan telekinesis.

Setakat ini, eksplorasi terasa menyeronokkan. Selain terbang dan drift dengan kuda, banyak sudut bandar menyembunyikan teka-teki, peti harta karun, serta ganjaran terapung yang boleh dicapai menggunakan kuda anda.

Walau bagaimanapun, beberapa kawasan bandar nampak terlalu serupa, ditambah lagi dengan persepsi persekitaran yang sepi.

Dari sudut prestasi, game ini boleh tahan berat. Ada gangguan lag dan stuttering yang agak ketara di beberapa lokasi, yang membuktikan game ini masih memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi walaupun syarat minimumnya agak rendah. Kami menguji game ini menggunakan PC Intel Core i5-13500, RAM 32 GB, dan GPU RTX 4070 Super.

Pada preset “Prioritize Graphics”, visualnya memang menawan, tetapi framerate kadangkala jatuh di bawah 60 FPS sedangkan DLSS ditetapkan pada Balanced. Malah pada preset Balanced sekalipun, penurunan FPS dan stuttering masih ada tanpa pengaktifan Ray Tracing. Di luar combat, animasi gacha dan UI juga kadangkala agak perlahan.

Sistem Combat Empat Watak, Mekanik ‘Parry’ & Kemajuan Watak

Beralih ke bahagian combat, Silver Palace mempunyai sistem combat empat watak. Setiap watak dibekalkan dengan skil serta gimik unik, disokong sistem Intro Skill; iaitu tolok yang boleh dicas sehingga 3 kali untuk menukarkan watak ketika bertarung, atau disimpan bagi membuat “rotation” pasukan.

Combat menekankan mekanik stagger ke atas musuh menerusi sistem Parry untuk serangan berpenunjuk kuning dan Dodge untuk serangan merah. Tempoh “timing” untuk parry agak luas dan mesra bagi pemain baharu, malah tindakan parry turut mengurangkan HP musuh untuk menewaskan mereka lebih pantas.

Apabila tolok stagger musuh penuh, kita boleh melancarkan Finisher yang diiringi sinematik; animasinya berbeza bergantung pada bos dan watak yang digunakan.

Bagi pemain yang mahu santai, Casual Mode disediakan di mana kita hanya perlu menahan satu butang untuk melaksanakan combo automatik, yang kami anggap sesuai untuk aktiviti farming harian.

Untuk sistem peralatan dan kemajuan, mekaniknya serupa dengan gacha aksi moden lain. Watak mempunyai Level, Limit Break, serta Skill yang boleh dinaik taraf. “Motives” bertindak sebagai senjata yang membawa kesan pasif dan stat tersendiri.

Ini dilengkapi lagi dengan sistem kelengkapan “Epiphanies” dan “Implements”; yang merangkumi 5 slot equipment yang memberikan “set bonus” serta “sub-stat” rawak. Berkaitan mengumpul ganjaran, ada pilihan ganjaran 2x yang menggunakan 2x Stamina untuk mempercepatkan proses farming dan menghabiskan tenaga harian.

Sistem Gacha 100% Rate-Up, Tiada ‘Soft Pity’ & Interaksi Watak

Akhir sekali, sistem gacha membawa kelainan positif menerusi jaminan 100% pada pull ke-100 untuk mendapatkan watak Rate Up. Secara teori, pendekatan ini lebih mesra pemain berbanding kebanyakan gacha yang mengandungi sistem 50/50 atau memerlukan sparking tambahan.

Namun begitu, sistem Soft Pity seakan-akan tidak wujud. Sepanjang ujian kami, watak 5-star hampir sentiasa diperolehi tepat pada hard pity ke-100. Pull paling awal yang kami capai adalah pada percubaan ke-90 (10 pull sebelum jaminan), dan kes itu amat jarang berlaku.

Selain itu, agak susah untuk dapatkan banyak watak 4-star dalam satu 10-pull, di mana kami kerap cecah jaminan 4-star hanya untuk memperoleh satu watak atau Motive.

Atas sebab itu, kita perlu memerhati ekonomi dalam game semasa pelancaran rasmi nanti. Peluang mendapatkan watak 5-star atau 4-star secara awal terasa amat mencabar. Buat masa ini, kami juga belum dapat menilai sejauh mana pengaruh sistem “dupe” terhadap kekuatan watak.

Untuk ulasan terperinci, sila baca artikel penuh kami tentang sistem gacha Silver Palace di SINI.

Apa yang saya boleh kata adalah tarikan terbesar game ini terletak pada visual wataknya yang seakan bernyawa. Bukan sahaja gaya combat berbeza, watak-watak turut dibekalkan dengan animasi tambahan yang menonjollkan lagi personaliti mereka. Contoh: pada menu watak, sebarang pertukaran tab akan memulakan animasi unik.

Elemen hubungan juga dikemas kini melalui interaksi “memberi hadiah” yang membuka animasi istimewa serta kandungan eksklusif di luar combat. Anda juga boleh meletakkan watak kegemaran di pejabat kita lawat atau berinteraksi pada bila-bila masa.

Pendapat Untuk CBT 2

Secara keseluruhan, CBT 2 Silver Palace menunjukkan potensi yang sangat besar. Naratifnya berani mencuba kelainan, sistem combat padu dan mencabar kemahiran, manakala eksplorasi di darat serta udara amat menyeronokkan melalui mount yang membolehkan kita terbang dan drift.

Sistem gacha dengan jaminan 100% Rate Up juga turut antara sorotan utama.

Sungguhpun begitu, pasukan pembangun masih mempunyai tugas penting yang perlu diselesaikan… terutamanya menstabilkan prestasi serta usaha memeriahkan dunia terbukanya agar tidak sepi. Selain itu, kadar pemerolehan mata wang dalam game dan sistem ekonomi pun patut dipantau memandangkan sistem soft pity.

Memandangkan ini baru ujian beta kedua, beberapa aspek berkemungkinan akan ditambah baik. Berdasarkan apa yang ditunjukkan setakat ini, Silver Palace mempunyai asas yang sangat bagus untuk menjadi salah satu RPG aksi gacha paling hebat di pasaran.

Game ini masih dalam pembangunan untuk Android, iOS, dan PC, tanpa tarikh pelancaran rasmi lagi.

Tags: previuSilver Palace
ShareTweetSend
Previous Post

“PS5 Masih Jauh Lebih Murah Daripada PC Gaming,” Menurut Sony

Next Post

Previu Onimusha: Way of the Sword – Kami Cuba Tiga Boss Fight Baru; Semuanya Lagi Dinamik Daripada Dulu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali
Eksklusif

[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali

August 18, 2026
[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya
Eksklusif

[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya

August 18, 2026
[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook
Eksklusif

[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook

August 18, 2026
Next Post
Previu Onimusha: Way of the Sword – Kami Cuba Tiga Boss Fight Baru; Semuanya Lagi Dinamik Daripada Dulu

Previu Onimusha: Way of the Sword - Kami Cuba Tiga Boss Fight Baru; Semuanya Lagi Dinamik Daripada Dulu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd