Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu MARVEL Tōkon: Fighting Souls (CBT2) – Direka Untuk Peminat Kasual atau Pemain Tegar?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2025
in Artikel, Berita, Beta, Epic Store, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam
0 0
0
Previu MARVEL Tōkon: Fighting Souls (CBT2) – Direka Untuk Peminat Kasual atau Pemain Tegar?
Share on FacebookShare on Twitter

Komitmen Sony untuk memajukan arena fighting game kini berada di tahap yang lebih serius dan telah menerima sambutan yang hangat tahun ini. Ini terbukti selepas mereka bekerjasama dengan Arc System Works bagi membangunkan MARVEL Tōkon: Fighting Souls.

Konsep fighting game 4 lawan 4 menjadi tarikan utamanya, lebih-lebih lagi kerana format sebegini belum pernah diterokai oleh mana-mana judul fighting game arus perdana, sekali gus membuka ruang untuk evolusi baharu dalam genre.

Namun, selepas merasai sendiri pengalaman bermain dalam sesi Ujian Beta Tertutup kedua, apa yang ditawarkan oleh game ini ternyata sedikit menyimpang daripada apa yang saya jangkakan.

Hal ini berkait rapat dengan rekaan gameplay yang amat mesra untuk pemain kasual. Sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan genre fighting boleh terus bermain tanpa perlu meluangkan masa untuk berlatih di labbing, memantapkan kombo, atau menguasai mekanik asas selain daripada apa yang telah diterangkan dalam bahagian tutorial.

Sebaik sahaja memahami gambaran keseluruhan mekanik gameplay, anda boleh terus menyertai lobi awam untuk berlawan dengan pemain lain dari mana-mana rantau. Bagi mereka yang ingin berlatih dengan lebih bebas, satu-satunya pilihan yang ada ialah mod khas menentang watak kawalan CPU.

Malangnya, sepanjang sesi Ujian Beta Tertutup kedua ini, pihak pembangun masih belum menyertakan mod Training Mode.

Ini bermakna, para pemain belum dapat meneroka potensi sebenar game ini sepenuhnya, sama ada untuk menguasai kombo yang lebih optimum dan bebas, mendalami teknik untuk situasi-situasi spesifik, atau menguji sejauh mana sistem pertukaran watak (tag) dan assist boleh dimanipulasi.

Walaupun saya masih belum dapat memberikan jawapan muktamad mengenai potensinya, sekurang-kurangnya saya sudah mempunyai gambaran yang agak jelas tentang kualiti game ini setakat ini.

Sistem Auto-Combo yang Terlalu Mendominasi

Saya memang sudah tahu MARVEL Tōkon: Fighting Souls menggunakan sistem auto-combo, tetapi saya tidak menjangka sistem ini begitu menguasai gameplay sebenar. Dalam game ini, anda boleh melancarkan serangan Light, Medium, dan Heavy, masing-masing dengan active frame dan tahap damage yang telah ditetapkan.

Selagi serangan anda mengenai lawan, anda boleh terus menyambungnya menjadi satu kombo yang diakhiri dengan serangan penamat yang juga terikat pada sistem auto-combo. Contohnya, menekan butang serangan Light berulang kali akan mengakhiri kombo dengan Link Attack.

Serangan Medium pula akan diakhiri dengan Super Skill yang memakan 50 mata Skill Gauge, manakala serangan Heavy akan ditutup dengan Ultimate Skill yang memerlukan 100 mata.

Ini bermakna, anda boleh menghasilkan kombo yang kelihatan hebat seolah-olah dilakukan oleh pemain profesional, sedangkan anda sebenarnya hanya menekan butang petak, segi tiga, atau bulat berulang kali.

Sistem auto-combo ini juga berfungsi untuk serangan di udara atau selepas anda berjaya melambungkan musuh menggunakan Slam Launcher.

Walaupun ciri ini menjadikan game ini sangat mudah diakses oleh pemain biasa, ia pada masa yang sama terasa sangat mengongkong kerana anda seolah-olah terpaksa bermain mengikut acuan yang telah ditetapkan.

Saya berjaya memenangi hampir kesemua perlawanan sepanjang tempoh ujian ini, kecuali ketika berdepan beberapa pemain mahir yang telah menemui infinite combo.

Namun, gameplay dalam hampir setiap pusingan lebih banyak bergantung pada pemahaman asas yang saya bawa dari figthing game lain, sambil mencuba-cuba sistem auto-combo yang ada.

Disebabkan setiap serangan ‘hit confirm’ akan secara automatik menghasilkan kombo yang sama, tidak banyak ruang untuk strategi selain daripada terus-menerus menggunakan serangan Light yang lebih pantas untuk mendaratkan pukulan pertama.

Keadaan ini menjadi sangat menjengkelkan apabila anda cuba merebut semula giliran menyerang, terutamanya apabila terperangkap di penjuru skrin di mana pihak lawan sering kali dapat meneruskan asakan mereka. Pada pandangan saya, mekanik pertahanan game ini juga memerlukan pengimbangan yang teliti.

Terutamanya gerakan Assemble Counter yang mampu menangkis serangan Throw, di mana pemain yang cekap boleh menggunakannya tanpa henti selagi mereka mempunyai satu bar Assemble Gauge (tiga kotak hijau di bawah bar nyawa).

Game ini turut menawarkan satu lagi pilihan pertahanan yang fungsinya hampir sama, iaitu Crossover, yang boleh diaktifkan dengan lebih mudah selepas berjaya menangkis serangan musuh. Ia berfungsi seakan-akan Brave Counter dalam Granblue Fantasy Versus: Rising, tetapi ia juga menggunakan Assemble Gauge.

Dengan masa cooldown yang amat singkat dan sumber yang tidak terhad, pemain yang lebih mahir terasa seolah-olah kebal kerana kedua-dua mekanik pertahanan ini.

Oleh itu, saya berpendapat aspek ini perlu diubah suai, baik dari segi skala damage Assemble Counter mahupun memastikan gerakan tersebut tidak lagi kalis terhadap serangan Throw.

Berkenaan Crossover, saya tidak mempunyai banyak masalah kerana ia tidak mengakibatkan damage yang tinggi dan anda juga boleh membalasnya dengan Crossover Reflect. Namun, mungkin satu penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan ialah menukar sumber penggunaannya daripada Assemble Gauge kepada Skill Gauge.

Ini akan mewujudkan risiko di mana pemain akan kehilangan sumber untuk menggunakan skil Super atau Ultimate, sekali gus mengelakkan mereka daripada terlalu kerap mematahkan kombo anda setiap kali serangan mereka ditangkis.

Jika dibandingkan dengan Granblue Fantasy Versus: Rising, saya merasakan game ini secara keseluruhannya jauh lebih santai, walaupun tanpa butang Block yang khusus.

Sistem auto-combo dalam Granblue Fantasy Versus: Rising adalah lebih terhad kepada tiga jenis serangan, manakala skil lain seperti super/ultimate masih memerlukan input manual dan kreativiti untuk memanjangkan kombo.

Saya tidak merasai pengalaman yang sama dalam MARVEL Tōkon: Fighting Souls; game ini terasa seolah-olah ia bermain dengan sendirinya, dan anda perlu berusaha lebih untuk mendapatkan kawalan penuh.

Bagi pemain yang lebih menggemari command input, pilihan tersebut masih disediakan dan ia memberikan bonus damage yang lebih tinggi berbanding kawalan mudah.

Namun, buat masa ini, potensi sebenarnya masih belum begitu terserlah, kecuali bagi segelintir pemain yang telah mengkaji game ini secara mendalam dan menemui pelbagai kombo yang sangat berkesan. Ini sekali lagi menyorot betapa ketiadaan Training Mode menjadi penghalang besar bagi ramai pemain untuk membentuk pandangan yang solid.

Sistem Pasukan Tag 4v4 Perlu Dikerjakan Semula

Salah satu elemen yang paling menonjol dalam MARVEL Tōkon: Fighting Souls ialah sistem pasukan tag 4 lawan 4. Jika dilaksanakan dengan baik, ia berpotensi untuk membawa pembaharuan besar kepada genre ini.

Persoalannya, adakah mereka berjaya?

Sekali lagi, ini adalah aspek yang pada saya masih memerlukan banyak penambahbaikan.

Game ini direka untuk memenuhi keperluan dua jenis pemain: mereka yang lebih gemar fokus menguasai satu watak sambil menggunakan tiga watak lain sebagai assist, dan mereka yang suka menukar watak dengan lincah untuk menyesuaikan diri dengan situasi perlawanan, sekali gus memaksa lawan mengubah strategi kerana setiap watak mempunyai gaya permainan yang unik.

Saya sendiri tergolong dalam kumpulan pemain yang suka memberi tumpuan pada satu watak utama. Akibatnya, ada ketikanya saya secara tidak sengaja tertukar kepada watak lain kerana menekan butang tukar terlalu lama ketika cuba memanggil watak bantuan.

Mujurlah, pihak pembangun telah mengambil maklum akan isu ini dan memperkenalkan butang Quick Tag yang menjadikan proses ini lebih mudah. Walau bagaimanapun, masalah yang sama masih boleh berlaku kerana pilihan untuk menekan lama butang tersebut tidak dibuang.

Walaupun saya bukanlah pakar dalam subgenre tag-fighter, saya berpendapat apa yang ditawarkan oleh MARVEL Tōkon: Fighting Souls sudah agak baik.

Ini kerana setiap slot watak menawarkan jenis serangan assist yang berbeza—sama ada untuk combat jarak dekat mahupun untuk zoning dari jauh. Ini bermakna, satu watak boleh mempunyai sehingga tiga jenis serangan assist yang berlainan.

Assist ini boleh digunakan untuk memanjangkan kombo, sebagai alat untuk mengawal ruang, atau untuk memerangkap pergerakan musuh, terutamanya di penjuru skrin.

Di samping itu, ada juga gerakan serentak yang melibatkan beberapa watak, seperti Assemble Smash atau Super Assemble, yang membolehkan anda menggabungkan sehingga tiga Super Skill serentak.

Saya agak menyukai aspek perlawanan tag yang dibawakan, namun keseronokan sebenarnya hanya akan dirasai apabila semua watak telah tersedia.

Ini kerana pada permulaan setiap perlawanan, anda hanya bermula dengan seorang watak assist, dan anda perlu memenuhi syarat tertentu atau menunggu pusingan seterusnya untuk membuka dua lagi watak assist.

Jadi, mengapa saya merasakan bahagian ini masih memerlukan penambahbaikan? Walaupun ada variasi serangan assist yang berbeza mengikut kedudukan watak, penggunaannya dalam kombo masih terasa kurang kreatif dan terhad.

Sistem ini boleh menjadi jauh lebih hebat jika pihak pembangun dapat merombaknya supaya lebih fleksibel dan memberi lebih banyak ruang untuk uji kaji.

Namun, melihatkan betapa pantasnya mereka bertindak balas terhadap maklum balas mengenai pertukaran watak dengan memperkenalkan Quick Tag, saya agak optimis mereka akan terus mendengar pandangan pemain dan melakukan perubahan yang lebih besar pada masa hadapan, terutamanya sebelum pelancaran rasmi game ini.

Pendapat Setakat Ini

Walaupun berbeza daripada apa yang saya harapkan pada mulanya, MARVEL Tōkon: Fighting Souls telah menunjukkan satu asas yang agak kukuh.

Buat masa ini, game ini jelas mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan, terutamanya pada sistem auto-combo yang terlalu dominan, mekanik pertahanan yang memerlukan pengimbangan serius, serta sistem tag yang perlukan lebih variasi untuk menyokong gaya permainan yang kreatif.

Sekiranya pihak pembangun dapat menangani maklum balas yang tertumpu pada tiga isu utama ini, saya yakin game ini mampu mencapai potensinya untuk menjadi salah satu judul tag-fighter terbaik di pasaran.

Dengan arah tuju konsep yang ingin dicapai, saya percaya game ini masih akan meraih kejayaan besar, khususnya dalam memikat hati golongan pemain kasual. Walau bagaimanapun, bagi golongan pemain veteran dan peminat tegar genre fighting, pihak pembangun pastinya perlu berusaha lebih keras untuk memenangi sokongan mereka.

MARVEL Tōkon: Fighting Souls akan membuat pelancaran penuh pada tahun 2026 di PlayStation 5 dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: MARVEL Tōkon: Fighting Soulspreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties Akan Adakan Acara Pelancaran Di Kuala Lumpur, Turut Dihadiri Pengarah Game Ryosuke Horii

Next Post

Day of the Devs: The Game Awards 2025 – Setiap Pengumuman Game Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Day of the Devs: The Game Awards 2025 – Setiap Pengumuman Game Baharu!

Day of the Devs: The Game Awards 2025 - Setiap Pengumuman Game Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd