Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties Akan Adakan Acara Pelancaran Di Kuala Lumpur, Turut Dihadiri Pengarah Game Ryosuke Horii

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Remake, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties Akan Adakan Acara Pelancaran Di Kuala Lumpur, Turut Dihadiri Pengarah Game Ryosuke Horii
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat siri “Yakuza/Like a Dragon” di Malaysia boleh bergembira kerana Kuala Lumpur telah diumumkan sebagai salah sebuah bandar tuan rumah untuk acara pelancaran game yang amat dinanti-nantikan, “Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties.” Sebuah imej promosi telah mengesahkan bahawa acara tersebut akan berlangsung pada 12 Februari 2026 dan akan diserikan dengan kehadiran Penerbit dan Pengarah game itu, Ryosuke Horii.

Buat masa ini, lokasi tepat masih belum diberitahu.

Pengumuman ini adalah sebahagian daripada sambutan global untuk game tersebut, yang bakal dikeluarkan pada hari yang sama untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2.

“Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties” merupakan sebuah pakej komprehensif yang merangkumi remake sepenuhnya game “Yakuza 3” yang dikeluarkan pada tahun 2009. Versi “Kiwami” ini akan menampilkan grafik yang dimodenkan, sistem combat yang diolah semula, serta babak-babak cerita tambahan untuk mendalami naratif Kazuma Kiryu ketika menguruskan Rumah Anak Yatim Morning Glory di Okinawa. Satu penambahan utama ialah gaya pertempuran baharu untuk Kiryu bernama “Ryukyu Style,” yang diinspirasikan daripada seni bela diri Okinawa.

https://www.youtube.com/watch?v=ge4M15Bedfg

Turut disertakan bersama remake ini adalah sebuah game berasingan baharu bertajuk “Dark Ties.” Cerita sampingan ini memfokuskan kepada Yoshitaka Mine, antagonis dalam “Yakuza 3,” dan meneroka latar belakang serta kebangkitannya dalam Klan Tojo. Pengarah Ryosuke Horii mendedahkan bahawa “Dark Ties” pada asalnya dirancang sebagai sebuah tayangan video tetapi telah dibangunkan menjadi sebuah game penuh untuk memenuhi permintaan peminat yang ingin bermain sebagai Mine.

https://www.youtube.com/watch?v=6Vsid4gzLS0

Sebagai seorang tokoh penting di Ryu Ga Gotoku Studio, hasil kerja Ryosuke Horii telah memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju dan siri-siri terbaharu francais ini. Acara pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties di Kuala Lumpur juga merupakan sebahagian besar daripada sambutan ulang tahun ke-20 untuk francais Yakuza/Like a Dragon.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang game ini melalui ulasan kami. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Octopath Traveler 0 Collector’s Edition – Permata untuk Peminat!

Next Post

Previu MARVEL Tōkon: Fighting Souls (CBT2) – Direka Untuk Peminat Kasual atau Pemain Tegar?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu MARVEL Tōkon: Fighting Souls (CBT2) – Direka Untuk Peminat Kasual atau Pemain Tegar?

Previu MARVEL Tōkon: Fighting Souls (CBT2) - Direka Untuk Peminat Kasual atau Pemain Tegar?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd