Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Crimson Desert – Combat Eksplosif Bersama Aksi Peperangan Sinematik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Crimson Desert – Combat Eksplosif Bersama Aksi Peperangan Sinematik!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai judul RPG aksi terbaharu dari Pearl Abyss, Crimson Desert telah mencuri tumpuan di gamescom 2025 apabila pengunjung diberi peluang untuk mencubanya sendiri.

Walaupun sesi uji kami singkat, game yang berlatarkan dunia sama seperti Black Desert Online ini jelas mendedahkan potensi besarnya melalui sistem combat yang pelbagai, kualiti visual yang tinggi, serta pendekatan sinematik terhadap konflik open-world.

Kredit: Pearl Abyss

Demo ini tidak bermula dengan perlahan, sebaliknya pemain terus dihumban ke peperangan di wilayah Calphade.

Pemain yang mengawal watak Kliff, seorang pahlawan Greymane, akan terus terperangkap dalam situasi genting selepas satu serbuan hendap di tengah-tengah pemberontakan besar-besaran yang dipimpin oleh askar pembelot bernama Cassius Morten.

Suasana di medan perang terasa sangat berskala besar, dipenuhi ratusan watak NPC yang bertarung sesama sendiri, dentuman meriam yang bergema, serta asap tebal yang memenuhi udara. Semua ini mewujudkan suasana epik perang yang jauh berbeza daripada permulaan tipikal mana-mana RPG.

Kredit: Pearl Abyss

Aspek utama pengalaman ini terletak pada sistem combat yang terasa berat, dan kompleks. Setiap serangan pedang memberikan impak yang padu, disokong oleh animasi cemerlang yang menunjukkan musuh terkesan dan cedera. Namun, di sebalik aksi ganas ini tersembunyi sistem mekanik yang sangat mendalam.

Bayangkan, dalam tempoh beberapa minit pertama sahaja, kami sudah diperkenalkan dengan tiga jenis parry, pelbagai kombo rumit, serta sistem kuasa elemental. Ini membuktikan ia salah satu ‘sandbox’ combat paling kompleks pernah dihasilkan oleh Pearl Abyss.

Kredit: Pearl Abyss

Ciri utama yang mencuri perhatian ialah Axiom Bracelet. Artifak mistik ini membenarkan Kliff menggabungkan serangannya dengan kuasa elemental seperti api yang mampu menghasilkan letupan, ais untuk membekukan musuh, dan petir yang boleh menyambar beberapa musuh serentak.

Selain itu, pemain boleh memanggil sokongan melalui Whistling Arrows, yang akan mengarahkan tentera bersekutu untuk melancarkan serangan api ke atas struktur musuh seperti menara atau untuk melumpuhkan kumpulan askar yang ramai.

Hasilnya ialah satu paparan aksi yang sangat memukau, walaupun kadangkala terasa sedikit keterlaluan, ia tetap satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Kredit: Pearl Abyss

Penerokaan dunia Pywel juga direka dengan dinamik. Bukan sekadar menunggang kuda, Kliff juga mempunyai kebolehan Crow’s Wing yang membolehkannya terbang dan meluncur merentasi jarak yang luas.

Di samping itu, kemahiran Axiom Force bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan pergerakan, tetapi juga boleh digunakan sebagai gerakan pembuka serangan, mewujudkan transisi yang lancar antara penerokaan dan pertempuran.

Kredit: Pearl Abyss

Reka bentuk misi dalam demo ini disepadukan dengan baik ke dalam suasana huru-hara di medan perang, memastikan aksi sentiasa segar dan tidak berulang. Ada masanya kami perlu mengendalikan meriam untuk memecahkan pertahanan musuh, dan tidak lama kemudian, kami ditugaskan untuk meruntuhkan menara mereka.

Demo ini turut memberi gambaran awal tentang pertempuran bos yang mencabar, daripada berdepan dengan gergasi Black Bear yang kebal, sehinggalah pertarungan sinematik melawan Cassius, yang diakhiri dengan Kliff menggunakan runtuhan tiang batu sebagai senjata.

Kredit: Pearl Abyss

Dari segi grafik, Crimson Desert sememangnya sebuah karya yang menawan, malah kelihatan lebih hebat berbanding apa yang dipaparkan dalam trailer. Dunia Pywel terasa hidup berkat sistem cuaca yang dinamik, pencahayaan semula jadi yang realistik, dan landskap banjaran gunung yang menakjubkan.

Game ini berjaya mengadunkan elemen realisme zaman pertengahan dengan fantasi secara seimbang. Namun, ada sedikit kritikan terhadap UI. Walaupun mudah digunakan, reka bentuknya terlalu mirip dengan Red Dead Redemption, dan kami berharap Pearl Abyss akan memberikannya identiti tersendiri sebelum pelancaran rasminya.

Kredit: Pearl Abyss

Secara keseluruhan, pengalaman ringkas kami bersama Crimson Desert meninggalkan impak yang sangat kuat. Jelas sekali ia sebuah game yang direka untuk memukau pemain dengan combat, kemahiran elemental yang gah, serta babak pertarungan yang sinematik.

Apabila semuanya bercampur, RPG aksi ini mempunyai segala ramuan untuk menjadi game yang benar-benar istimewa dalam genrenya.

Kredit: Pearl Abyss

Crimson Desert akan dilancarkan pada suku tahun pertama 2026 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Crimson Desert
ShareTweetSend
Previous Post

NBA 2K26 Mengolah Semula “The City” Dengan Taman Bermusim, Crew Serba Baharu & Gameplay 60 FPS

Next Post

Previu The Blood of Dawnwalker – Berjuang Sebagai Vampire Dalam Dunia Penuh Pilihan Berisiko

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Previu The Blood of Dawnwalker – Berjuang Sebagai Vampire Dalam Dunia Penuh Pilihan Berisiko

Previu The Blood of Dawnwalker - Berjuang Sebagai Vampire Dalam Dunia Penuh Pilihan Berisiko

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd