Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Call of Duty: Modern Warfare 4 (Beta) – Kembali Ke Parit Peperangan Dengan Combat Realistik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2026
in Artikel, Battle.net, Berita, Beta, Microsoft, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Call of Duty: Modern Warfare 4 (Beta) – Kembali Ke Parit Peperangan Dengan Combat Realistik
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Modern Warfare 4 membawa semula combat ke parit peperangan, dan kami berpeluang mencubanya lebih awal menerusi Early Access beta terbaharu. Sejak perlawanan pertama lagi, aksi combat terasa lebih berat, brutal, dan lebih “grounded”.

Sistem pergerakan 360-degree omnidirectional movement telah dibuang, mengembalikan fokus kepada pergerakan “mantling, climbing, jumping, dan tactical sprinting”. Berikut adalah pengalaman kami sepanjang mencuba beta ini.

Aksi Tembak-Menembak dalam Misi Kempen ‘Entrenched’

Buat pertama kalinya dalam sejarah Call of Duty, versi beta mempunyai sebuah misi campaign yang boleh dimainkan sepenuhnya. Bertajuk “Entrenched”, misi sekitar 30 minit ini menyajikan aksi tembak-menembak sengit, jalan cerita realistik, serta beberapa detik yang menyentuh emosi.

Kita digugurkan ke dalam satu serangan darat dengan objektif untuk menghalang pasukan musuh daripada menawan dan memusnahkan sebuah stesen janakuasa nuklear kritikal. Sesuai dengan namanya, babak pembukaan memerlukan kita membersihkan parit peperangan satu demi satu sambil menolak tentera musuh dari fasiliti tersebut.

Misi ini berlaku di Korea, dan melihat para tentera bertutur dalam bahasa Korea menambahkan elemen “immersion” yang sangat berkesan. Ditambah pula dengan lakonan suara yang mantap, misi ini sangat menyeronokkan dan memberikan gambaran awal yang hebat tentang apa yang bakal ditawarkan dalam campaign penuh nanti.

Sensasi Tembakan, Latihan Pergerakan, dan Naik Taraf Senjata

Gameplay asas terasa jauh lebih berhati-hati. Memandangkan mekanik lompatan 360-degree yang kelam-kabut telah dikurangkan, pergerakan sekarang tertumpu kepada mantling, hanging, climbing, jumping, sliding, dan tactical sprinting.

Reka bentuk peta turut menyokong gaya pergerakan ini. Selain tangga biasa, kita akan jumpa paip yang boleh dipanjat serta banyak laluan menegak yang direka untuk aksi mantling. Ada juga beberapa lokasi yang membolehkan pemain “mantle” melepasi halangan lalu terus menyambung dengan slide untuk mara ke hadapan dengan pantas.

Walaupun temponya lebih grounded, mengekalkan momentum pergerakan tetap penting untuk mengatasi musuh dan menyerang titik kelemahan mereka.

Untuk membantu pemain membiasakan diri, Modern Warfare 4 memperkenalkan mod latihan “Mobility Training”. Mod ini menyediakan tutorial, larian berhalangan bermasa dari tahap Beginner hingga Expert, serta sistem penilaian prestasi. Anda boleh berlatih mekanik tambahan seperti Mantle Slide, Supine Slide, Dolphin Dive, dan Hang Shimmy.

Jika suka mod time trial, gemar membandingkan skor dengan rakan, atau bersaing di leaderboard, mod ini menyeronokkan di samping membantu mengasah kemahiran pergerakan.

Aspek gunplay pun masih terasa impaknya. Ada pelbagai pilihan senjata untuk dicuba dan ditingkatkan tahapnya melalui sistem kemajuan attachment. Tembakan setiap senjata terasa padu, reka bentuk bunyinya seolah kita di sana, manakala kesan visual depth-of-field ketika ADS sangat realistik.

Ini merupakan antara mekanik tembakan paling memuaskan pernah dihasilkan dalam francais ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda boleh memilih kelas pratetap atau membina custom loadout sendiri; menyesuaikan Operator, senjata, equipment, perk, dan killstreak mengikut gaya permainan sendiri.

Untuk sistem kemajuan lebih tinggi, game ini memperkenalkan Apex Attachments. Walaupun kami tidak sempat mencubanya semasa tempoh Early Access, ciri ini dijangka boleh diakses semasa Open Beta yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September.

Bagi senjata yang menyokongnya, anda boleh membuka modifikasi unik ini sebaik sahaja senjata mencapai sekitar level 68. Apex Attachments mengubah cara senjata berfungsi; memberikan kelebihan unik atau peranan baharu tanpa menggunakan slot attachment biasa, lantas menjadikannya seolah-olah senjata serba baharu.

Tiga Mod Multiplayer Baharu

Mod Multiplayer pun masih seronok seperti biasa. Dengan sistem pergerakan baharu, perlawanan memberi ganjaran kepada posisi taktikal yang bijak berbanding tembakan melulu. Ciri custom class juga membolehkan kita melihat pelbagai kombinasi senjata dan loadout unik di setiap lobi perlawanan.

Beberapa mod multiplayer baharu yang menarik perhatian kami sepanjang sesi bermain:

  • Hijack: Pasukan bersaing untuk merebut satu Data Spike, menghantar atau membalingnya kepada rakan sepasukan dengan matlamat memasangnya di Comm Station musuh bagi mengumpul mata berterusan sebelum ia meletup. (Mod ini dipaparkan dalam menu tetapi masih dikunci semasa Early Access beta).
  • Inflation: Setiap musuh yang ditumpaskan akan menjatuhkan wang tunai untuk dikutip. Namun, semakin kaya seseorang pemain, mereka akan ditandakan sebagai High Value Target (HVT) kepada seluruh lobi. Perlawanan ini mencapai klimaks dalam pusingan Overtime dengan pengganda skor yang besar, mencipta situasi di mana anda perlu memburu pemain musuh yang kaya sambil melindungi HVT pasukan sendiri.
  • Kill Block Gunfight: Mod pusingan kompetitif berasaskan satu nyawa yang ditawarkan dalam format 3v3 serta format baharu 10v10. Setiap pemain akan menerima loadout rawak yang sama pada setiap pusingan, memaksa kita menyesuaikan diri mengikut senjata yang diberikan.

Reka bentuk peta dalam Kill Block Gunfight juga amat kreatif. Perlawanan berlangsung di tiga bahagian peta bersambung yang berubah secara dinamik setiap dua pusingan bersama dengan loadout baharu. Ia terasa seperti ruang latihan yang sentiasa berubah, dibina daripada pecahan peta multiplayer yang biasa kita lihat.

Pasukan pertama yang memperoleh 6 kemenangan pusingan akan memenangi perlawanan. Mod ini menjadi mod kegemaran kami kerana susun atur peta yang sentiasa baharu dan loadout yang seragam; membolehkan kami fokus sepenuhnya kepada menembak dan kerjasama berpasukan.

Prestasi PC Moden Lawan PC Lama

Kami menguji versi beta ini pada dua PC yang berbeza:

  • Ujian Utama di PC pertama (Intel i5-13500, RTX 4070 SUPER, 32GB RAM, 1440p):
    • Kami menguji kedua-dua grafik Recommended dan Balanced bersama upscaling mod Quality dan Balanced.
    • Game berjaya mengekalkan kadar bingkai stabil sekitar 120 FPS tanpa menggunakan frame generation.
    • Walau bagaimanapun, pengalaman bermain terganggu akibat masalah stuttering yang berlaku setiap beberapa minit. Walaupun sudah mengemas kini pemacu grafik Nvidia ke versi 610.88, mematikan semua perisian overlay dan rakaman latar belakang, serta memastikan proses kompilasi shader selesai sepenuhnya, masalah tersekat-sekat masih berulang.
  • Ujian di PC kedua (AMD Ryzen 5 3600, RX 6800, perkakasan berusia ~5 tahun):
    • PC lama kami berjalan dengan lancar tanpa mengalami masalah stuttering yang sama.
    • Pada resolusi 1440p dengan tetapan High dan FSR 4 Quality (tanpa frame generation), ia mampu mengekalkan 60 FPS yang stabil.
    • Apabila resolusi diturunkan ke 1080p pada tetapan Medium, prestasinya melonjak melebihi 100 FPS untuk gameplay kompetitif. Bagi sebuah game keluaran tahun 2026, tahap pengoptimuman pada perkakasan lama sebegini agak mengagumkan.
      • Notis: Proses penyediaan pada PC lama agak susah kerana sistem keselamatan Call of Duty memerlukan kemas kini BIOS sebelum game dapat dimulakan… isu yang hampir-hampir membuatkan kami berputus asa untuk mengujinya pada sistem ini.

Pendapat

Early Access beta untuk Call of Duty: Modern Warfare 4 membuktikan bahawa langkah memperlahankan rentak gameplay adalah satu keputusan yang tepat untuk siri ini.

Peralihan daripada pergerakan kelam-kabut dan terlampau pantas dalam game-game dahulu kepada combat yang lebih taktikal dan grounded berjaya mengembalikan debaran combat yang mempopularkan francais ini, di samping mengekalkan momentum pergerakan yang sinonim dengan aksi Call of Duty.

Penambahan misi campaign yang boleh dimainkan dalam versi beta juga merupakan langkah yang bagus, membuktikan bahawa pasukan naratif masih mampu menyajikan kisah sinematik yang realistik dan berimpak.

Bagi mod multiplayer, mod baharu seperti Inflation dan Kill Block menambah strategi berisiko tinggi, manakala reka bentuk petanya melengkapi mekanik pergerakan berasaskan momentum dengan amat baik.

Walaupun masih ada beberapa isu teknikal yang perlu diperbaiki (terutamanya masalah stuttering pada perkakasan moden) dan usaha menaikkan tahap sehingga level 68 bagi Apex Attachments pasti memakan masa, mekanik tembakan yang kemas serta fokus baharu terhadap gameplay taktikal memberi permulaan yang segar kepada Modern Warfare 4.

Game ini akan keluar di PlayStation 5, Xbox Series, Switch 2, dan PC (Steam, Microsoft Store, Battle.net) pada 23 Oktober. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Call of Duty: Modern Warfare 4previu
ShareTweetSend
Previous Post

Tarikan & Koleksi Eksklusif Pokémon Center Di Pokémon XP 2026, Eksklusif Dari San Francisco

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tarikan & Koleksi Eksklusif Pokémon Center Di Pokémon XP 2026, Eksklusif Dari San Francisco
Acara

Tarikan & Koleksi Eksklusif Pokémon Center Di Pokémon XP 2026, Eksklusif Dari San Francisco

August 27, 2026
Selain PC & Mobile, Silver Palace Juga Akan Datang Ke PS5; Mod Multiplayer Disahkan Ada
Berita

Selain PC & Mobile, Silver Palace Juga Akan Datang Ke PS5; Mod Multiplayer Disahkan Ada

August 27, 2026
Berubah Jadi Makhluk Yang Ditangkap! RPG Open-World ‘Aniimo’ Akan Lancar September 2026
Berita

Berubah Jadi Makhluk Yang Ditangkap! RPG Open-World ‘Aniimo’ Akan Lancar September 2026

August 27, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd