Jika ada satu tempat di dunia ketika ini yang benar-benar mampu menguji tahap disiplin kewangan mana-mana peminat Pokémon, tempat itu pastinya kedai pop-up rasmi Pokémon Center di Pokémon XP 2026.
Wakil kami berada di San Francisco untuk membawakan kepada tinjauan eksklusif di dalam ruang yang sememangnya syurga impian bagi para pengumpul.

Malah, teterujaan bermula seawal di pintu masuk, di mana para pengunjung melangkah di bawah replika jambatan Pokémon yang diilhamkan daripada mercu tanda Golden Gate Bridge. Tidak jauh dari gerbang utama, tumpuan kami turut terarah kepada sebuah replika Pikachu yang dibina sepenuhnya daripada LEGO.

Dari segi identiti visual, keseluruhan rekaan produk mempunyai konsep waktu di mana warna jingga-kemerahan melambangkan siang, manakala biru pekat mewakili malam. Konsep ini dizahirkan menerusi empat barisan tema utama.


Rangkaian Worlds WCS Line mengangkat tona merah dan jingga kemerahan dengan maskot Pikachu berjubah serta bermahkota diraja, manakala Worlds XP Line pula memilih warna biru pekat bertemakan angkasa bersama Pikachu betina berjaket angkawan.
Pengunjung juga boleh temui koleksi Worlds Glow in the Dark Line yang menampilkan pakaian serta aksesori bercahaya dalam gelap, di samping Worlds San Francisco Souvenirs Line yang menggabungkan mercu tanda tempatan di sana.



Barangan fizikal yang dipamerkan di ruang kedai juga sangat menggiurkan. Antara tumpuan utama ialah barisan plushie eksklusif seperti Charizard dengan pek roket, Kirlia, serta sepasang Pikachu edisi khas Worlds dan PokémonXP.
Selain itu, pemain Trading Card Game (TCG) juga disajikan dengan pelbagai aksesori rasmi seperti playmat, deck box, binder, dan card sleeve.

Bagi mereka yang ingin melihat senarai penuh serta rekaan kesemua barangan yang ditawarkan, anda boleh melihat katalog lengkap di laman web rasmi Pokémon Center Worlds.

Bukan rahsia lagi bahawa berbelanja di acara besar sebegini boleh menelan belanja yang besar, terutamanya apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia. Namun, nafsu berbelanja para peminat di sini cukup luar biasa.
Semasa beratur di kaunter bayaran, salah seorang juruwang berkongsi bahawa salah satu transaksi yang direkodkan pada hari ini mencecah US$7,000 (kira-kira RM28 ribu+), yang dibelanjakan oleh seorang pengumpul tegar yang memborong pelbagai barangan cenderamata rare.

Satu lagi tarikan utama di luar kedai ialah ruang pameran bagi kolaborasi terbaharu Pokémon × Polaroid. Buat masa ini, kamera analog ini hanya dibuka untuk sesi tempahan, tetapi kawasan ini masih dikerumuni peminat.

Koleksi ini merangkumi kamera Polaroid Now Gen 3 dengan rekaan Poké Ball berwarna merah, putih, dan hitam, serta dua model ultra-kompak Polaroid Go Gen 3: edisi Pikachu berwarna kuning terang dengan hiasan charm ekor kilat, dan edisi Sylveon dalam kombinasi warna pastel merah jambu, putih, dan biru.
Ketiga-tiga kamera ini dilengkapi butang shutter bermotifkan Poké Ball, pilihan pek filem khas dengan bingkai bertema dan darkslides watak yang boleh dikumpul, serta aksesori seperti bekas simpanan dan album foto mini berbentuk Poké Ball.
Penghantaran bagi sesi pre-order akan bermula pada akhir September sebelum memasuki pasaran pada bulan Oktober.

Bagi sesiapa yang ingin datang, kami perlu maklumkan bahawa kedai pop-up ini tidak dibuka untuk walk-in); pengunjung wajib memiliki pas (badge) acara PokémonXP atau Worlds yang sah serta mempunyai tempahan slot yang dibuat melalui portal rasmi.
Bagi pengumpul di tanah air yang tidak berpeluang terbang ke San Francisco, sebahagian barangan umum turut ditawarkan secara dalam talian menerusi laman web rasmi Pokémon Center selagi stok masih ada.









Discussion about this post