Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview khas eFootball 2024 di Malaysia – Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2023
in Artikel, Berita, Mobile, PS5, Sukan/lumba, Tempatan
0 0
0
Preview khas eFootball 2024 di Malaysia – Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diadakan hari ini, KONAMI telah berkongsi acara preview khas untuk eFootball 2024 melalui sesi pratonton media eksklusif di Malaysia. Khususnya, acara ini memberikan peluang yang belum pernah dialami kepada ahli-ahli media untuk menyelami masa depan game bola sepak maya eFootball, menonton Perlawanan Super Selebriti, mendapatkan cerapan daripada pasukan pembangunan, dan peluang bermain eFootball 2024 yang belum dilancarkan.

Berikut adalah butirannya:

Perlawanan Super Selebriti: Aksi Selebriti Terunggul

Kemuncak acara ini merupakan Perlawanan Super Selebriti yang mengagumkan, di mana wakil media dan selebriti terkenal bergabung dalam medan eFootball. Selebriti terdiri daripada Safee Sali (bekas pemain bola sepak profesional Malaysia), Soloz (pemain e-sukan profesional dan pencipta kandungan), Tunku Rania (bekas Dewi Remaja dan influencer) dan Lewis Larcombe (hos untuk rancangan gaming RTM). Bersama membantu mereka adalah empat pemain dan tokoh terkenal dalam dunia eFootball iaitu RFX Faizal, Nor Haikal, Mohd Firman, dan Yunique Gaming.

Safee Sali berganding bahu bersama Nor Haikal, Soloz berganding bahu bersama Mohd Firman, Tunku Rania berganding bahu bersama RFX Faizal, dan Lewis Larcombe berganding bahu bersama Yunique Gaming. Akhir sekali, kejohanan ini dijuarai oleh Soloz dan Mohd Firman.

Cerapan daripada Pasukan Pembangunan Konami

Para hadirin juga berpeluang mendengar secara langsung daripada Pasukan Pembangunan KONAMI, yang bertanggungjawab membawa eFootball 2024 menjadi kenyataan. Pasukan KONAMI berkongsi pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri inovatif, grafik, dan mekanik gameplay yang membezakan eFootball 2024 daripada ansuran dahulu. Malangnya, kami tidak dapat memberi butiran khusus buat masa ini tetapi pembentangan tersebut menonjolkan dedikasi dan semangat KONAMI di sebalik penciptaan game ini.

Pengalaman Pertama dengan game yang belum dilancarkan

Kami diberikan peluang eksklusif untuk merasai game eFootball 2024 dalam bentuk konsol, yang memberikan pandangan awal kepada versi game yang belum dilancarkan. Sejujurnya, banyak pujian patut diberi kepada visual yang kelihatan lebih realistik, perincian yang rumit, dan gameplay lebih strategik yang menjanjikan perubahan kepada versi 2023 yang kontroversi.

Aktiviti imersif

Sepanjang acara, para hadirin dapat menikmati pelbagai aktiviti yang direka untuk menyelami ke dalam dunia eFootball 2024. Dari demonstrasi interaktif hingga pandangan di sebalik tabir pembangunan permainan, setiap acara disusun dengan teliti untuk memberikan pengalaman komprehensif dan menarik kepada semua peminat bola sepak.


eFootball 2024 bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia! Nantikan butiran lanjut termasuk tarikh pelancaran, ciri-ciri tambahan, dan banyak lagi dengan mengikuti laman web rasmi KONAMI. Untuk membaca segala berita kami tentang eFootball, sila tekan pautan ini.

Tags: EfootballeFootball 2024MalaysiaSafee SaliSoloz
ShareTweetSend
Previous Post

Pembangun Genshin Impact Dedahkan Cabaran Awal Pembangunan, Sampai Ada yang Menangis!

Next Post

Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!

Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd