Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Harpy Raiders – Asyik Jahat, Kali Ini Slime Pula Jadi Hero [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2023
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, Platformer, Preview, RPG
0 0
0
Preview Harpy Raiders – Asyik Jahat, Kali Ini Slime Pula Jadi Hero [gamescom asia 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Di gamescom asia 2023, kami sempat mencuba beberapa game sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Antaranya ialah Harpy Raiders yang dibuat oleh Cloud of Pinky LLP. Banyak mengingatkan saya tentang Rimuru daripada anime That Time I Got Reincarnated as a Slime, saya serta-merta jatuh cinta pada game ini dan di sini, saya ingin menjelaskan ciri-ciri yang membuatkannya menarik.

Gameplay Umum

Kredit: Cloud of Pinky LLP

Secara am, Harpy Raiders ialah platformer RPG piksel 2D di mana kita bermain sebagai “slime” dan melawan Empayar Harpy (raksasa separuh manusia dan separuh burung). Ditindas selama bertahun-tahun oleh Empayar Harpy, lepaskan kemarahan anda dan rampas semula apa yang sepatutnya milik anda.

Di sini, pemain boleh merekrut Slime pelik dan eksotik sendiri untuk menghadapi musuh. Untuk mencerminkan kebolehsuaian semula jadi makhluk ini, anda dapat menggunakan pelbagai jenis senjata dalam Harpy Raiders, seperti pedang, lembing, tukul, pedang berkembar dan senapang.

Kredit: Cloud of Pinky LLP

Daripada segi gameplay, campuran antara pertempuran dan platforming cukup seimbang dan lancar. Apa yang saya paling suka sekali adalah pertempuran berbilang arah. Dalam majoriti game aksi platformer, selalunya pemain boleh menyerang dalam empat arah utama, atau kadangkala lapan. Tetapi untuk Harpy Raiders, pemain diberi kebebasan untuk menyerang 360 darjah.

Walaupun bukan game roguelike, Harpy Raiders menampilkan sistem ‘permanent death’ di mana Sline yang dibunuh akan hilang selama-lamanya. Di situ, pemain akan diminta untuk memilih pengganti. Untuk memberi variasi, pemain boleh merekrut pelbagai jenis Slime. Pada mulanya, kita akan mempunyai 6 slot untuk Slime unik daripada yang jenis berbunga hingga ke ais.

Kredit: Cloud of Pinky LLP

Daripada segi elemen RPG, pemain boleh meletakkan beberapa mata kemahiran kepada 4 atribut berbeza (Strength, Fluidity, Focus, Attunement), masing-masing dengan kelebihan dan kegunaan sendiri. Sebagai contoh, atribut Strength mempengaruhi kekuatan Slime anda dan membenarkan pemain menggunakan senjata berat.

Satu lagi contoh elemen RPG adalah pemain boleh “mengampunkan” musuh dalam detik-detik penting dalam jalan cerita tertentu. Secara tidak langsung, ini boleh mengubah naratif permainan anda (game ini mempunyai cerita bercabang) tetapi tidak seperti Undertale, anda tidak boleh mengampunkan semua musuh.

Kredit: Cloud of Pinky LLP

Untuk info lanjut tentang game ini, sila layari halaman Steam mereka di SINI!

Dapatkan segala berita kami tentang game yang dipaparkan di gamescom asia 2023 di SINI!

Tags: gamescom asia 2023Harpy RaidersPreview
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Bootleg Steamer – Seludup Barang, Jangan Bagi Kantoi [gamescom asia 2023]

Next Post

Cabaran Membawa Game ke Platform Berlainan — Interview Bersama Game Director Raji: An Ancient Epic [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Cabaran Membawa Game ke Platform Berlainan — Interview Bersama Game Director Raji: An Ancient Epic [gamescom asia 2023]

Cabaran Membawa Game ke Platform Berlainan -- Interview Bersama Game Director Raji: An Ancient Epic [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd