Update terbaru Apex Legends dijangka akan dikeluarkan pada awal bulan ini, 8 Ogos 2023, melalui pelancaran Season 18. Walaupun keluaran rasmi akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi, EA dan Respawn Entertainment memberi kami info awal tentang musim baru yang menjanjikan pelbagai kandungan baharu dan beberapa perubahan untuk menjadikan perlawanan lebih kompetitif.
Tanpa melengahkan masa, inilah info terbaru yang saya ketahui setakat ini tentang Apex Legends Season 18: Resurrection!
Apex Legends: Resurrection (Season 18)
Pada penghujung episod lepas, Loba, Lifeline, Mad Maggie dan Valkyrie terbang pulang selepas menyerbu fasiliti bawah tanah milik bapa Octane, Torres “Duardo” Silva. Rupanya, Loba telah mencuri sesuatu dari fasiliti itu – sesuatu yang menyerupai salah satu mata Revenant. Pada masa ini, sistem dalam badan Revenant mula gagal sehingga barisan kod aneh mula mengaburkan penglihatannya.
Kill Code: Part 2 bermula apabila Revenant cuba menggunakan abiliti Ultimate-nya, Death Totem, tetapi gagal melaksanakan abiliti. Sekarang, dia mula mengalami pelbagai gangguan yang menjejaskan prestasinya di gelanggang. Dia akhirnya ditewaskan oleh Horizon, dan mula menyaksikan segala yang dilihat oleh matanya yang dicuri. Selepas dapat tahu punca masalah, Revenant menjejaki lokasi matanya lalu berjumpa dengan Crypto. Crypto pula sedang bekerjasama dengan Legend lain untuk menggodam data yang dicuri oleh Torres Silva, kerana lelaki itu disyaki cuba mengawal Revenant.
Sebaik sahaja Revenant sampai ke bilik, dia terjumpa Crypto. Revenant serta merta menyerang, lalu mencekik Crypto supaya dia mendedahkan apa yang berlaku. Apabila Crypto dapat melihat dengan jelas, penampilan Revenant telah berubah secara drastik bersama suaranya. Episod pun tamat.
Sinopsis
Revenant Rework
Revenant ialah watak salah satu watak paling ikonik dalam Apex, tetapi sejak pelancarannya, gaya permainannya tidak serasi dengan meta gameplay terkini. Oleh itu, abilitinya telah diubah (rework) seperti berikut:
Passive – Assassin’s Instinct
Pasif baharu masih mengekalkan abiliti awal Revenant untuk “crouch” dengan lebih pantas dan memanjat dinding, tetapi abilitinya untuk memanjat telah dipertingkatkan untuk memberi lebih banyak pergerakan vertikal. Dia juga akan lebih melekat pada dinding jika terjatuh. Selain itu, derianya diasah untuk membolehkan Revenant melihat musuh berdekatan yang nyawa rendah. Selain itu, menurunkan nyawa musuh kepada bawah 40 HP akan menunjukkan posisinya kepada pasukan Revenant.
Tactical – Shadow Pounce
Shadow Pounce membolehkan dia membuat lompatan jauh ke hadapan untuk merapatkan jarak antara Revenant dan mangsa. Abiliti tactical ini boleh dicas untuk membuat Revenant melompat lebih jauh.
Ultimate – Forged Shadows
Forged Shadows membolehkan Revenant mencipta selubung bayang-bayang yang melindunginya daripada serangan musuh. Bayang itu akan meningkatkan hitbox di bahagian atas badan revenant dan boleh menyerap sehingga 75 damage sebelum pecah. Ia akan mula mengecas semula perlahan-lahan, lalu mencipta bayang baru apabila selesai.
Perubahan pada Legend lain
- Seer: Perubahan besar dibuat pada abiliti tactical. Tempoh silence akan dikurangkan manakala tempoh casting akan bertambah. Di samping itu, tempoh “slow” apabila terkena abiliti tactical akan dikurangkan daripada 2 setengah saat kepada hanya setengah saat.
- Ballistic: Melaraskan abiliti tactical yang boleh dilepaskan dengan mudah secara jarak dekat dan memaksa musuh menerima overheat damage.
- Bangalore: Tempoh cooldown Ultimate akan bertambah sebanyak 60 saat.
- Gibraltar: Tempoh cooldown Ultimate akan dikurangkan sebanyak 90 saat.
Update senjata
Rework kepada Charge Rifle
Pada Season 18, Charge Rifle akan membuang hitscan, menjadikannya senjata berasaskan projectile dengan bullet drop. Laser akan dibuang dan timing untuk handling seperti reload dan draw juga akan diubah agar lebih sepadan dengan gameplay terkini.
Mekanisme menembak juga diubah kerana ia tidak lagi melepaskan projectile secara automatik apabila anda menekan butang tembak. Anda perlu mengecasnya dengan menahan butang tembak dan jika anda melepaskannya awal, ia akan jatuh. Kelopak senapang akan ditambah semula pada Charge Rifle dan penggunaan peluru setiap tembakan akan dikurangkan kepada satu.
Akan melakukan lebih banyak damage apabila sasaran semakin jauh, tetapi menjadi lebih sukar untuk digunakan kerana lebih banyak kemahiran diperlukan untuk hitscan baru.
Perubahan pada senjata lain
- Prowler kembali menjadi loot Care Package dan menjadi automatik sepenuhnya.
- Hemlock kembali menjadi loot standard dan menerima buff pada kedua-dua damage dan recoil.
- R99 akan menerima nerf pada Season 18, di mana vertical recoil ditingkatkan dan kapasiti peluru dan kelopak peluru akan semakin berkurangan.
- Semua SMG lain akan menerima nerf dengan mengurangkan kelajuan strafe dan headshot multiplier.
- Shotgun mungkin akan menjadi senjata jarak dekat pilihan orang ramai memandangkan nerf kepada SMG. Setakat ini, satu-satunya maklumat yang saya tahu ialah Mastiff akan merapatkan lagi corak tembakan supaya lebih konsisten.
- Disruptor Rounds akan dibawa balik musim ini sebagai loot standard. Bukan setakat Alternator sahaja, malah Peacekeeper boleh menggunakannya.
Update pada Rank
Season 17 menyaksikan pengenalan sistem rank baharu, namun penalaan LP yang agak “pemurah hati” membuatkan ramai pemain mencapai rank Master dalam masa yang cepat. Season 18 akan mempunyai beberapa perubahan Rank, yang didedahkan dalam Developers Blog pada bulan Julai. Sorotan adalah seperti berikut:
- Mengurangkan penerima LP dalam setiap perlawanan untuk meyeimbangkan perubahan Rank.
- Menambah peraturan pada Diamond+
- Pemain pada peringkat ini akan mempunyai peningkatan kerugian, serta penurunan kepada bonus rating.
- Menambah peningkatan bonus untuk penyingkiran (elimination) minimum berdasarkan MMR dan bonus penyingkiran buffing secara umum. Penyingkiran hendaklah sentiasa menjadi penyumbang kepada rank anda.
- Meningkatkan aksi dalam gelombang dengan melaraskan damage gelombang.
- Melaraskan timing gelombang untuk mencipta lebih banyak pertembungan semasa pertengahan gameplay dan mengurangkan kebosanan sebelum aksi pre-finale.
- Mengemas kini matchmaking untuk mengawal pemain yang secara aktif mencabar MMR mereka, bagi memberi perlawanan yang lebih mencabar secara kompetitif yang mencerminkan ranking mereka.
Apex Legends boleh dimainkan secara percuma sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui aplikasi EA, Origin dan Steam manakala update Season 18 akan datang pada 8 Ogos 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post