Haluu! Ini kali kami kembali lagi dengan review dan sekali lagi kami berpeluang untuk mencuba sendiri laptop gaming gergasi dari Acer iaitu ACER PREDATOR TRITON 500! Sebuah siri Predator Triton yang mempunyai 2 spec untuk kami review. Memaparkan pemproses i5 dan i7 untuk pilihan bersama grafik GeForce RTX, sudah pasti ia memberi kuasa yang padu untuk laptop gaming yang nipis ini!
Reka Bentuk & Paparan
Ini adalah antara laptop gaming yang tipis tapi padu yang saya dapat cuba sendiri. Papan pemuka senipis 0.7 inci sahaja, dan hanya berat 2 kg lebih sahaja, ternyata Triton 500 ni memang laptop gaming mudah alih! Walaupun ringan, ternyata ia sebenarnya sangat padat dengan binaan logam sehingga tudung pemuka laptop!
Kalau korang nak tahu, untuk menjadikan Triton 500 nipis dan ringan seperti ini, ia perlu ada pemotongan ke casis di suatu tempat dan pemotongan ini hampir keseluruhanya di tudung paparan. Ianya sangatlah nipis, apa jua tekanan mesti boleh buat dia lentur. Korang boleh nampak sebenarnya untuk ketahanan tidak jamin akan lama, dan senang membengkok. Tapi, kalau korang jaga dengan betul, dan sentiasa simpan dalam kes ketika membawanya, kemungkinan besar ia akan terjaga rapi.
DIlengkapi logo memukau Predator di bahagian tudung pemuka, dengan sentuhan lembut di hadapanya, Triton 500 tetap nampak garang, pula terserta rekaan bahagian belakang nya untuk ruang ekzos pengudaraan laptop ini.
Beralih ke bahagian sisi Triton 500 ini, sebelah kanan laptop, terdapat pelbagai lubang port disediakan. Antaranya ialah lubang port USB 3.1 Type-A, 1 Thunderbolt 3 dan Mini Display Port.
Kemudian beralih di sebelah kiri, terdapat lubang charge, LAN, USB 3.1 Type-A, HDMI dan 3.5mm audio jack untuk headphone dan mic. Bagi PC laptop gaming kecil seperti ini, ini adalah pelbagai port yang sangat baik dan pada asasnya mempunyai semua yang diperlukan pengguna.
Kemudian kita beralih pula bahagian papan kekunci (keyboard), dengan sentuhan lembut, papan kekunci ini sama hebat tidak kira ketika bermain permainan atau pun menaip. Lampu RGB? Itu wajib untuk semua laptop gaming. Setiap rahang kekunci diselit lamput RGB yang cantik ini. Terdapat tiga zon pencahayaan dan boleh disesuaikan ikut mood tersendiri dalam Acer Predator Sense App.
Kat sisi papan kekunci ni ada satu lambang Predator, kekunci itu adalah untuk menyenangkan pengguna untuk menggunakan Acer Predator Sense App. Dalam aplikasi ini, korang boleh mengubah mod suhu laptop, pencahayaan RGB kekunci, GPU, Kipas Ekzos, Pemantauan dan Apps Management.
Spesifikasi
Okay kita beralih ke bahagian spesifikasi Triton 500 ini, jadi kami berpeluang untuk mencuba dua jenis spesifikasi satu i5 dan satu lagi i7. Apa yang sama untuk spesifikasi laptop ini, sudah tentu keduanya menggunakan OS Windows 10 dan memori serta simpanan storan adalah 16 GB, DDR4 SDRAM dan 512 GB SSD juga boleh ditambah storanya.
Perbezaan nya adalah dari segi pemproses dan grafiknya. Bagi i5 pemprosesnya adalah Intel® Core™ i5-9300H processor Quad-core 2.40 GHz dan grafiknya adalah NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 berserta 6 GB memori. Manakala untuk i7 pula, pemproses adalah Intel® Core™ i7-9750H processor Hexa-core 2.60 GHz dan grafik kad nya NVIDIA® GeForce® RTX™ 2070 berserta 8 GB memori.
Prestasi
Macam biasa, mestilah kami tak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri beberapa permainan untuk uji sendiri tahap kelajuan serta produktivitinya. Dengan grafik GeForce RTX™ 2060 dan 2070 untuk i7, Triton 500 ini ternyata mengaum dengan bunyi serta visualnya yang sangat menakjubkan!
Antara permainan yang kami cuba adalah PUBG, Fortnite dan Dragon Ball Fighterz.
Ujian game memang tip top ! Lancar sahaja perjalanan, cuma kelemahannya adalah jika bermain game battle royale seperti PUBG dan Fortnite, ianya agak panas sedikit, dan harus buka kipas penyejuk tahap turbo. Memang ia menstabilkan kembali penyejukan, tetapi bunyi kipas nya agak terlalu kuat! Bagi permainan seperti Dragon Ball Fighterz, sangat lancar dan tidak panas lansung.
Resolusi kesemua game ini tahap tinggi dan memang nampak jelas segala pelusuk yang tersorok dan puas hati!
Tidak terlupa, kedua-dua Triton 500 ini kami uji benchmark nya. Seperti biasa kami cuba dari segi PC Mark, 3D Mark dan VR Mark. Kesemua ujian ini semua nya tip top! Tiada masalah pun! Korang tengok sendiri hasil ujian nya;
Predator Triton 500 Spec i5;
Predator Triton 500 Spec i7;
Korang boleh lihat sendiri peratusannya semua tip top! Kan dah cakap, tipis tapi puas hati! Skor grafik yang memuaskan jujur memang lebih daripada cukup untuk menjalankan sebarang permainan grafik yang beresolusi tinggi.
Kesimpulannya…
Acer Predator Triton 500 merupakan sebuah laptop gaming generasi baru yang nipis dan agak ringan untuk memberi kesenangan kepada pengguna terutama kaki gamers on the go, yang senang bawa ia kemana-mana. Tapi paling penting keselamatan laptop harus dijaga rapi. Harga untuk laptop ini bermula dari RM6999 hingga RM8699. Okay sampai sini review kalini. Teruskan bersama kami untuk produk atau game terbaru akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post