Siapa yang asyik mengomel-ngomel, teringin dan rindu nak main game Mega Man macam dulu-dulu, tiada game baru ke akan muncul~ Nampaknya, CAPCOM telah mendengar keinginan itu. Eh betul ke tak tu? Ya berita terbaru dari CAPCOM Taiwan sendiri yang megumumkan kehadiran game terbaru Mega Man bergenre aksi RPG yang dinamakan Mega Man X Dive untuk platform Android dan iOS.
Yang sedihnya dalam berita ini, game ini akan hadir di Macau, Taiwan dan Hong Kong sahaja dan ianya dalam bahasa Tradisi China. Tiada pernyataan rasmi jika game ini akan mempunyai versi global atau bahasa lain lagi. Okay lah kita gembirakan hati semula, jom tengok trailer Mega Men X Dive ni!
Ceritanya terjadi di dunia digital Mega Man X dimana data permainan disimpan. Dalam data game “korang” sebagai pemain juga akan tersimpan dalam memori game ini. Tanpa sebab yang munsabah, data game telah pun rosak. Disebabkan itu, game menjadi glitched, Maveric serta watak dari siri MEGAMEN X telah bercampur aduk. Jadi korang sebagai pemain kena ke log game dan baiki data tersebut.
Mega Man X DiVE merupakan game 3D side controller sama seperti siri-siri game Mega Man X. Korang kena lompat, panjat dinding, lari dan menembak.
Jadi, korang boleh melihat pelbagai kemampuan dalam kedudukan di sekitar skrin dan animasi tertentu menyiratkan bahawa butang akan ditekan pada skrin itu dari masa ke semasa. Beberapa watak yang mantap, seperti Zero, dapat dilihat secara berturut-turut dalam treler. Beberapa bos juga korang kena kalahkan nanti.
Buat masa sekarang tiada tarikh pelancaran, pra-pendaftaran dan versi global lagi diberitahu, jadi korang yang nak tahu mengenai kemaskini permainan ini, bolehlah terus ke laman web rasmi Mega Man X DiVE dan Facebook mereka.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post