Sebagai Frontliners menjadi yang utama untuk mengurangkan jumlah kes COVID-19 sehingga ke fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai dari organisasi penting berhimpas pulas untuk membantu memberi makanan pada masyarakat terpinggir, yang keadaannya menjadi lebih mengerikan.
Oleh itu, Acer Malaysia telah mengumumkan Predator Charity Challenge dimana terdapat sejumlah kolam hadiah RM15,000 akan diderma pada Pit Stop Community Cafe, syarikat sosial yang memberi makan pada orang terpinggir sambil memberi rasa maruah dan rasa hormat pada masa yang sama. Lokasi di Kuala Lumpur, Pit Stop Community Cafe menjangkau masyarakat terpinggir melalui makanan dan perkhidmatan dengan tujuan utama untuk menyatukan mereka kembali ke dalam masyarakat. Mereka juga menyelamatkan dan menggunakan semula makanan agar tidak membazir dan menyediakan platform untuk sukarela.
Predator Charity Challenge akan berlangsung 3 hari dari 24 April hingga 26 April dan Acer Malaysia telah mengundang streaner terkenal seperti Master Ramen, Chiko dan Daddyhood untuk mencabar diri mereka di PlayerUnknown’s Battlegrounds sepanjang pertandingan untuk mengumpulkan dana untuk mereka yang kurang bernasib baik. Acer Malaysia akan menyumbang RM20 untuk setiap pembunuhan yang mereka dapat dan RM500 untuk setiap “Chicken Dinner” yang mereka dapatkan.
Acer Malaysia turut menjemput pemain lain untuk sertai cabaran ini dan menolong orang kurang bernasib baik, dengan hanya mengikuti sokongan streamer-streamer ini. RM1 akan diderma pada setiap penonton yang menonton semasa tontonan puncak, dihadkan pada maksimum RM2,000 sehari. Predator Charity Challenge ini menguatkan usaha Acer yang lain sebelumnya bagi memfokuskan sokongan frontliners dalam penjagaan kesihatan.
Bersempena dengan Predator Charity Challenge ini, Acer Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 20% di kedai dalam talian rasmi Acer dan kedai rasmi di Lazada. Produk promosi termasuk laptop siri Swift, Acer Nitro 5, Predator Helios 300, desktop gaming, monitor dan projektor. Selain promosi, pengguna Lazada dapat menikmati baucar diskaun tambahan yang disediakan di Lazada berdasarkan perbelanjaan minimum.
Untuk lebih informasi, anda boleh melayari Facebook rasmi Acer Malaysia atau hubungi talian Infoline Acer di 1800-88-1288 (9am –6pm, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp to+6011-1062 8865, atau email [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post