Predator Helios 500 akan jadi tarikkan terbaru untuk peminat gaming di Malaysia kerana apa yang Predator Helios 500 ni boleh mampu menjadi fenomena untuk dunia gaming. Untuk Gamers dari Gamers, ini la yang Gaming laptop terbaru dari syarikat komputer Acer, kami disini sangat beruntung kerana dapat mencuba Predator Helios 500 dan ini lah review dari saya tentang produk tu.
*Bawah ini adalah Video hands-on Predator Helios 500 kami*
REKAAN
Rekaan yang dibawakan oleh PH5 ni memangnya nampak futuristik dan ada elemen dari Predator Triton 700 yang berwarna hitam, tapi permukaan rasa aluminium dan ada logo “Predator” dibelakang Laptop tu, PH5 rasa berat dan tebal juga berbanding dengan PT7. Button untuk start-up berada ditengah laptop tu dan buat bentuk tu ada elemen yang futuristik yang pasti ramai suka, bukan tu je PH5 didatangi dengan 2 Aeroblade 3D fans yang susah nak overheat dan kekal sejuk ketika guna PH5, Keyboard dia jugak ada latar warna RGB yang berguna kalau nak guna waktu malam atau keadaan gelap.
Spesifikasi :-
- Saiz: 428 mm x 298 mm x 38.70 mm
- Berat: 4kg
- CPU: Intel Core i9-8950HK
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1070
- Skrin: 17.3″ FHD (1920 x 1080) IPS panel
- Refresh Rate: 144Hz
- Memori: 32GB DDR4
- OS: Windows 10
BENCHMARK
Dengan keputusan yang amat cermerlang kerana dalam testing game 3D yang diuji termasuk test High–Resolution dan Ultra-High setting, jadi bila testing memang cermerlang! Dengan memori 32GB memang tinggi la Performance dan Kebolehan PH5 ni.
- Final Fantasy Benchmark
Masa testing PH5 dapat keputusan yang ok iaitu 6784 untuk 1080p dan Setting tinggi dalam game so it’s ok la, Main pun smooth, kemas. Tapi sayangnya kitorang tak dapat benchmark untuk 4K setting sebab memang tak dapat keputusan yang ok dari game Final Fantasy.
- 3D Mark
Keputusan yang amat bagus untuk keputusan yang bagus untuk testing PH5 ni, PH5 ni mendapat 5729 untuk 3D Test, 6591 untuk markah CPU dan 5600 untuk markah GPU tak lupa juga yang frame rate untuk PH5 ni 31 dan 36 FPS, dan memang sesuai high-end punya Game!
UJIKAJI DALAM GAME.
Kitorang uji dengan beberapa game macam Far Cry 5, PUBG dan kedua-dua game tu memang peformance yang bagus dan Far Cry 5 berikan FPS dalam 110FPS dan sangat smooth, untuk PUBG pula sangat puas hati! Dan dengan skrin 144Hz, so memang smooth dengan FPS yang stabil dengan maintain 90FPS dengan takde gangguan atau delay ketika main PUBG.
Konklusi.
Dalam ringkasan, PH5 ni memang tiptop dalam Game, takde masalah dari segi performance dan spec dia, yang mempunyai Intel Core i9-8950HK Processor, dan GTX 1070 8GB VRAM GPU so bila main memang takde issue, cuma issue dia hanya berat yang 4kg dan bukan mudah sangat untuk dibawa kemana-mana walaupun dinamakan “Gaming Laptop“. Harganya pun memang bukan semua orang boleh dapat dengan harga permulaan dia RM12999, ini hanya untuk yang sesiapa yang betul-betul mampu dan mengambil serius tentang keperluan yang tinggi.
Untuk maklumat lebih tentang Predator boleh pergi ke Website mereka dan Facebook Page Predator.
@gamersantaimy
Discussion about this post