Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-Order Final Fantasy XVI bakal bermula pada 20 April 2023!

safwan by safwan
April 14, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, PS5, RPG
0 0
0
Pre-Order Final Fantasy XVI bakal bermula pada 20 April 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan State of Play yang telah diadakan oleh PlayStation pagi tadi, mereka telah mempamerkan gameplay baharu untuk Final Fantasy XVI. Ia dijadualkan akan keluar di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023 nanti. Mereka juga akan membuka pre-order untuk Final Fantasy XVI pada 20 April 2023 nanti.

Gameplay baharu Final Fantasy XVI memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sistem pertempuran, pertarungan antara Eikon, dan dunia Valisthea (dunia untuk entri kali ini).

Anda boleh tonton gameplay baharu ini di bawah:

Antara ciri-ciri yang kita melihat buat pertama kali termasuk:

Clive’s Hideout

Clive’s Hideout, yang berfungsi sebagai markas utamanya sepanjang permainan, telah didedahkan dalam video di atas dan menunjukkan Clive bersiap sedia untuk pertempuran akan datang dengan membuat barang dengan bahan terkumpul atau menjalani latihan melalui ‘training mode’.

Pemain juga boleh menyelesaikan pelbagai side quest serta Mob Hunt, yang membolehkan anda menghadapi musuh lebih kuat. Mob Hunt boleh diterima daripada Hunt Board yang diuruskan oleh Moogle comel!

Loresman Harpocrates dan Vivian Ninetales

Loresman Harpocrates muncul dalam Clive’s Hideout. Dia mengkaji sejarah dan adat resam Valisthea termasuk menyelidik tentang iklim tempatan, kisah-kisah mitos, agama, dan tradisi.

Harpocrates ingin tahu tentang Clive dan semasa Clive berkongsi pengalaman tentang masa lalunya, Harpocrates memperoleh pengetahuan baharu sebagai penyelidik. Dengan ini, Thousand Tomes di mana dia menyimpan rekod pengetahuannya, akan menjadi lebih lengkap.

Anda boleh membaca apa sahaja tentang Valisthea jika anda melawat Harpocrates dan membuka buku Thousand Tomes. Jadi, jangan lupa untuk bercakap dengan Harpocrates apabila anda singgah di Hideout dalam perjalanan anda.

Vivian si ‘Military Scholar’ pula sangat mahir dalam hal ehwal negara-negara Valisthea dan akan memberikan pengajaran atau petua kepada Clive pada titik-titik tertentu dalam jalan cerita. Anda juga boleh bercakap dengannya di Hideout.

Vivian sangat berpengetahuan tentang Valisthea moden, serta sejarahnya dan gembira untuk berkongsi ilmunya tentang masa lalu. Dengan bantuannya, anda boleh lebih tahu tentang hubungan watak dan kejadian dunia yang sentiasa berubah pada tempoh masa tertentu. Setiap kali anda ingin menyemak cerita setakat ini atau ingin mengenal pasti ke mana Clive harus pergi seterusnya, ilmunya pasti akan sangat membantu.

Gameplay pertempuran baharu

Selepas itu, video di atas tertumpu pada bahagian pertempuran yang menunjukkan gameplay Clive, dan pertarungan raksasa antara Eikon, serta abiliti Eikonic.

Pre-Order Final Fantasy XVI

Deluxe Edition
Collectors Edition

Memandangkan ia akan dikeluarkan tidak lama lagi, PlayStation Asia akan membuka pre-order untuk Final Fantasy XVI kepada para peminat pada 20 April 2023. Final Fantasy XVI akan terbahagi kepada 2 versi iaitu fizikal dan juga digital. Untuk edisi fizikal, mereka akan menyediakan sebanyak 3 pilihan iaitu Standard, Deluxe dan juga Collector. Kepada para pemain yang telah membuat pre-order akan menerima B5 notebook.

Manakala untuk edisi digital, mereka akan memberikan Scholar’s Spectacles (EXP up Accessory) DLC kepada para pemain. Selain itu, mereka juga memberikan pre-order bonus kepada semua pemain yang telah membuat pre-order tidak kira sama ada edisi fizikal atau digital. Berikut adalah pre-order bonus yang akan diberikan:

  • Braveheart (Weapon) DLC
  • Cait Sith Charm (Gil Boost Accessory) DLC

Final Fantasy XVI akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Tags: Final Fantasy XVI
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Anime yang Korang Boleh Layan Sambil Santai, Tanpa Stres!

Next Post

Acer Malaysia lancarkan gaming desktop Predator Orion 3000 & Acer Nitro 50!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Acer Malaysia lancarkan gaming desktop Predator Orion 3000 & Acer Nitro 50!

Acer Malaysia lancarkan gaming desktop Predator Orion 3000 & Acer Nitro 50!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd