Bila sudah selalu banyak layan anime yang sengit, penuh drama, penuh pertarungan, mesti ada antara anda yang ingin tonton anime yang santai tanpa stres. Kami ada senaraikan beberapa siri anime santai yang kami rasa sesuai untuk anda. Jom kita lihat senarai anime tanpa stres ini!
Yuru camp
Nadeshiko, seorang pelajar sekolah menengah yang telah berpindah dari Shizuoka ke Yamanashi, memutuskan untuk melihat Gunung Fuji yang terkenal dengan harga 1000 yen. Walaupun dia berjaya berbasikal sehingga ke Motosu, dia terpaksa berpatah balik kerana cuaca yang semakin buruk. Dia tidak dapat capai matlamatnya itu malah pengsan semasa dalam perjalanan. Apabila dia sedar, hari sudah malam dan dia tidak tahu bagaimana untuk pulang. Nadeshiko diselamatkan apabila dia bertemu dengan Rin, seorang gadis yang keluar berkhemah sendirian. Bersama-sama, mereka berkumpul di sekitar api untuk memanaskan diri di tepi tasik. Sambil mereka menghirup mi kari yang dimasak, saat yang mereka tunggu akhirnya tiba. Kisah gadis ini bermula dengan pertemuan pertama antara Nadeshiko dan Rin.
Polar Bear Cafe
Ia berkisar tentang seekor beruang putih Kanada yang berhenti kerja dan memulakan sebuah kafeteria berhampiran zoo. Dia suka bercerita dan sentiasa bercakap besar tentang dirinya sendiri. Menurutnya, dia dijemput oleh pasangan manusia yang memiliki kedai makan ketika dia hanyut di atas bongkah ais. Walaupun dia telah terputus hubungan dengan keluarganya, dia telah menemui rumah baru dalam melayani pelanggan. Kafenya itu sentiasa penuh dengan ramai pengunjung tetap, haiwan dan manusia, yang tertarik dengan daya tarikan karismatiknya.
Sweetness and Lightning
Setelah kehilangan isterinya, guru matematik Kouhei Inuzuka melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak perempuannya Tsumugi sebagai bapa tunggal. Dia tidak begitu mahir memasak dan tidak mempunyai selera sangat, tetapi peluang hadir ke keluarganya dan salah seorang pelajarnya, Kotori Iida bersama-sama menghasilkan makanan. Dengan ketiga-tiga mereka memasak di dapur, tidak peliklah mengapa ia begitu menyelerakan.
My Roommate is a Cat
Kisah Mikazuki Subaru, seorang novelis yang pemalu dan bergelut dalam hubungan dengan orang lain, dan seekor kucing yang dibuang oleh manusia dan menjalani kehidupan yang sukar di jalanan. Ditakdirkan mereka berdua bertemu dan tinggal bersama. Kisah yang menyentuh hati ini menggambarkan kehidupan seharian melalui mata manusia dan kucing. Saat-saat ini kelihatan remeh, tetapi apabila mereka membina diri mereka sendiri, kedua-duanya menjadi keluarga dan mencari kebahagiaan dalam hidup mereka bersama.
K-ON!
Hirasawa Yui, seorang gadis yang riang memasuki sekolah menengah, dan apabila dia melihat poster yang mengiklankan “Light Music Club”, dia terus mendaftarkan diri. Tetapi satu sahaja masalah, Yui tidak pandai bermain alat muzik.
Nichijou
Ikuti pengembaraan tiga gadis biasa yang melalui detik-detik pelik dalam hidup. Bersama-sama dengan sekumpulan rakan sekelas, mereka mempelajari sesuatu yang cara yang sukar. Pelbagai perkara-perkara pelik yang berlaku bagaikan hari yang biasa bagi mereka.
Tanaka-kun is Always Listless
Siri komedi ini mengisahkan seorang pelajar sekolah yang kelihatan letih, walaupun beberapa kali cubaan daripada rakan-rakannya, dia sempat lagi tidur. Lihat gelagat Tanaka yang sering mengantuk dan rakan-rakannya termasuk Ohta semasa mereka menghabiskan waktu sekolah.
How to Keep a Mummy
Kashiwagi Sora menjalani kehidupan pelajar sekolah yang normal, sehinggalah bapanya menghantar mumia dari Mesir! Pada mulanya Sora menolak tetapi mumia yang muncul daripada keranda besar itu hanyalah sekecil 12cm sahaja. Ia juga pemalu dan comel. Maka, Sora akhirnya menjaga mumia itu dan menamakannya “Mii-kun.”
Daily Lives of High School Boys
Tadakuni, Hidenori, dan Yoshitake ialah pelajar di sekolah lelaki, Sanada North High School. Ini adalah kisah tentang kehidupan harian mereka sebagai pelajar. Sama ada ia mencetuskan pertengkaran rawak semasa melepak dengan rakan-rakan, bertemu rakan sekerja yang pelik itu pada kerja sambilan, atau membiarkan imaginasi liar pada waktu petang yang berangin.
Tonari no Seki-kun: The Master of Killing Time
Semasa kelas, seorang pelajar bernama Seki-kun sentiasa mencipta sesuatu untuk menghiburkan dirinya. Apa yang dia pedulikan ialah mencipta sesuatu dengan penuh perincian dan sempurna. Domino, Shogi, flip book… Malah Yokoi yang duduk di sebelah Seki boleh terjebak melihatnya bermain!
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Kebanyakan anime ini tersedia di beberapa platform rasmi seperti Crunchyroll, Netflix, Bilibili dan banyak lagi. Kalau ada siri anime lain yang sesuai dengan senarai ini, boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post