Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-pendaftaran untuk Dynasty Warriors Mobile kini dibuka di Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Musou
0 0
0
Pra-pendaftaran untuk Dynasty Warriors Mobile kini dibuka di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Dijangka akan keluar pada Mac 2021, Koei Tecmo telah membuka pra-pendaftaran untuk Dynasty Warriors Mobile di Jepun! Bagi mereka yang tidak tahu, game mobile ini diumumkan bersama Dynasty Warriors 9: Empires di Tokyo Game Show 2020.

Tidak seperti game “outsourced” lain seperti Dynasty Warriors: Unleashed dan Dynasty Warriors: Dominate, Dynasty Warriors Mobile ini dibangunkan secara dalaman oleh pasukan Omega Force di bawah Koei Tecmo dan berdasarkan Dynasty Warriors 9. Walaupun permainan akan dilancarkan dengan jumlah watak yang tidak banyak, studio berhasrat untuk memasukkan kesemua 94 watak unik yang kini tampil dalam francais.

『真・三國無双』事前登録開始記念!

『真・三國無双』ではファンアート大募集!
最優秀賞作品はゲーム内アイテムとして実装され、ゲーム内通貨や特別な称号をプレゼント!

応募方法
①@smusou_spをフォロー
②応募用ハッシュタグ「#真・三國無双20thファンアート」を付けて投稿#さんむそアプリ

— 【公式】真・三國無双 アプリ (@smusou_sp) February 3, 2021

Dynasty Warriors Mobile menyokong gameplay dalam mod landskap dan potret, serta mempunyai banyak mod permainan, yang terdiri dari kempen “single-player, co-op dan PVP versus“. Naratif permainan akan menampilkan jalan cerita bercabang dan dipenuhi dengan fitur koleksi, seperti senjata, ilustrasi, dan warna alternatif untuk watak. Sempena pelancaran akan datang permainan, Koei Tecmo telah mengadakan pertandingan “fan art“ hingga 3 Mac 2021, di mana lukisan terbaik akan ditayangkan dalam permainan.

 

1 of 4
- +

Jangan lupa untuk pra-daftar kalau berminat! Bergantung pada jumlah pendaftaran, banyak kandungan bonus akan diberi kepada pemain untuk memudahkan perjalanan.

  • 10,000 pra-pendaftaran: Shosei Gacha Ticket x1
  • 30,000 pra-pendaftaran: Shosei Memory Gacha Ticket x1
  • 50,000 pra-pendaftaran: Shosei Gacha Ticket x2
  • 100,000 pra-pendaftaran: Shosei Memory Gacha Ticket x2
  • 150,000 pra-pendaftaran: Shosei Gacha Ticket x2, Shosei Memory Gacha Ticket x2
  • 200,000 pra-pendaftaran: Shosei Gacha Ticket x2, Sho Star Memory Gacha Ticket x2
  • 300,000 pra-pendaftaran: Shosei Gacha Ticket x3 / Shosei Memory Gacha Ticket x3

Dynasty Warriors Mobile akan keluar tidak lama lagi di Jepun untuk peranti Android dan iOS. Walaupun Koei Tecmo tidak memberitahu tarikh pelancaran tepat, Apple App Store menyenaraikan tarikh pelepasan permainan pada 3 Mac 2021.

Pra-daftar di sini
Dynasty Warriors Mobile
Publisher: Koei Tecmo
Developer: Omega Force
Release Date TBC
Android, iOS
Dynasty Warriors Mobile menampilkan gameplay musou yang sama seperti francais cuma dalam versi mobile. Pemain akan memilih pasukan yang terdiri daripada tiga watak, yang diambil dari pelbagai judul dalam francais Dynasty Warriors, sebelum berperang secara besar-besaran.
Tags: Dynasty WarriorsDynasty Warriors Mobilekoei tecmoMobile
Previous Post

Titan yang memakan orang akan datang ke Free Fire dengan kolaborasi terbaru bersama Attack on Titan!

Next Post

Total War: Warhammer 3 didedahkan, akan datang tahun ni dan Pre-order dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Total War: Warhammer 3 didedahkan, akan datang tahun ni dan Pre-order dibuka!

Total War: Warhammer 3 didedahkan, akan datang tahun ni dan Pre-order dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd