Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Kad Strategi, Mobile, RPG
0 0
0
Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven
Share on FacebookShare on Twitter

Smilegate Megaport, penerbit di sebalik game popular Epic Seven, kini telah membuka pra-pendaftaran global untuk RPG roguelite percuma terbaharu mereka, Chaos Zero Nightmare.

Dibangunkan oleh Super Creative, judul ini dijangka dilancarkan pada tahun 2025 untuk platform PC, iOS, dan Android. Pemain boleh mula mendaftar di Google Play dan PC, manakala pra-pendaftaran di App Store bakal menyusul tidak lama lagi.

Mereka yang mendaftar awal akan menerima ganjaran eksklusif termasuk Amir, watak 4★ yang hebat sebagai permulaan pengembaraan.

Smilegate turut menjanjikan pelbagai hadiah istimewa kepada semua pemain yang menyertai kempen pra-pendaftaran, mengajak mereka “menaiki SS Nightmare” dan bersedia untuk satu pengembaraan yang penuh misteri dan cabaran.

Chaos Zero Nightmare membawa pemain ke dunia pasca-apokalips yang dihantui oleh entiti pemusnah bernama “Chaos,” kabus jahat yang mengancam kewujudan manusia.

Pengembaraan bermula di atas SS Nightmare, sebuah kapal angkasa canggih milik Terrascion Federation, di mana pemain akan menggalas peranan sebagai kapten kepada sekumpulan ejen elit yang kebal terhadap pengaruh Chaos.

Misi utama mereka adalah untuk menjelajah dunia yang telah musnah, menyiasat tamadun yang lenyap, dan mencari punca kepada kemunculan Chaos Singularities.

Dari segi gameplay, Chaos Zero Nightmare menggabungkan elemen permainan kad dan sistem turn-based dengan mekanik roguelite. Pemain akan memilih tiga watak untuk membentuk pasukan, setiap satu membawa dek lima kad serangan dan kebolehan tersendiri.

Combat menuntut strategi yang fleksibel, bergantung kepada jenis musuh dan situasi di medan perang. Dengan peta dan peringkat yang dijana secara rawak, tiada sesi permainan yang akan terasa sama.

Sebagai game jenis gacha, pemain juga berpeluang mengumpul dan menaik taraf watak dengan pelbagai tahap rarity untuk memperkuatkan pasukan mereka.

Dari sudut visual, game ini menampilkan animasi 2D yang cantik dengan cutscene bergaya anime, dan peralihan sinematik yang menghidupkan suasana pertarungan. Persembahan visual yang kemas dan berkualiti tinggi inilah yang menjadikannya tarikan besar bagi peminat RPG berinspirasikan anime.

Ikuti perkembangan terbaru melalui laman web rasmi.

Tags: Chaos Zero Nightmare
ShareTweetSend
Previous Post

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

Next Post

Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!

Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd