Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!

Pengalaman bermain judul terbaru Watch Dogs di Gamescom 2019.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami berpeluang mencuba Watch Dogs: Legion di Gamescom 2019, dan walaupun masa mainan kami terhad, kami mendapat sebuah pengalaman yang cukup baik dalam judu open-world ini. Dalam kisah kali ini, rakyat London sedang ditindas oleh kuasa militari gergasi yang sentiasa mengawasi dan mengawal, dan sindiket jenayah berkuasa yang memerintah orang lemah. Masa depan London terletak pada pemain, dan keupayaan pemain untuk merekrut sebuah pihak tentangan dipanggil DedSec dan melawan balik.

Pemain boleh mengawal kebanyakan orang yang muncul di dunia open-world London ini. Setiap keputusan yang pemain buat walaupun watak berbeza akan memberi kesan kepada dunia, personaliti watak pemain dan persepsi dunia kepada DedSec. Untuk merekrut seseorang, pemain perlu meningkatkan affinity bar. Selepas ia diisi penuh, sebuah misi akan muncul di mana selepas diselesaikan, pemain dapat merekrut watak tersebut.

Sebaik sahaja direkrut, pemain perlu menetapkan kelas untuk watak itu. Terdapat 3 kelas yang sedia ada:

 

1 of 3
- +
  • Enforcer
    • Mereka pakar dalam situasi yang tertumpu kepada pertempuran kerana mereka mempunyai pelbagai bahan letupan, bom dan sticky mine.
  • Hacker
    • Hacker tertumpu kepada stealth dan membunuh, tetapi mereka lebih suka menyerang dengan drone berbanding melee-combat.
  • Infiltrator
    • Infiltrator pada dasarnya adalah kelas jenis stealth. Mereka cemerlang dalam mengintip, mempunyai lebih banyak pilihan pertempuran, dan datang dengan keupayaan yang sangat berguna. Mereka boleh mengaktifkan “AR Cloak” yang menjadikan pemain halimunan kepada musuh untuk masa yang singkat.

Setiap kali kita mengimbas watak, permainan akan menghasilkan profil latar belakang untuk watak itu. Permainan itu sendiri mempunyai 8 Boroughs (seksyen kecil London), dan jika pemain mengimbas seseorang dari Westminster, pemain akan melihat lebih banyak usahawan, kakitangan awam dan lain-lain. Jika pemain mengimbas seseorang dari Camden pula, permainan akan menghasilkan lebih banyak gengster, pengemis atau pelacur.

Berbanding dengan Watch Dog sebelumnya, pemain tidak bermain sebagai 1 watak sahaja, pemain bermain sebagai satu organisasi tetapi game masih dapat diselesaikan dengan hanya 1 watak dan pemain tidak semestinya perlu merekrut orang. Selain itu, pemain juga boleh selesaikan game ini tanpa membunuh seorang watak.

Watch Dogs: Legion mempunyai 5 jalan cerita utama dengan lebih daripada 60 misi. Ubisoft menggunakan peluang ini untuk menceritakan lima cerita utama yang lebih pendek daripada satu kisah yang lebih besar. Pada masa yang sama, cinematic akan disesuaikan dengan watak yang dimainkan seperti lakonan suara berbeza, loghat yang unik, kelakuan dan animasi watak. Ini memberikan nilai replayability yang tinggi kerana pemain mempunyai pengalaman yang berbeza setiap kali.

Apa yang berlaku apabila polis menangkap pemain? Mari saya jelaskan. Pemain akan diberi 2 pilihan: MENYERAH atau MELAWAN. Jika pemain MENYERAH, pemain akan dihantar ke penjara untuk masa yang agak lama. Jika pemain memilih untuk MELAWAN, pemain dapat melarikan diri, tetapi mulai sekarang akan ditandakan sebagai WANTED dalam permainan. Sekiranya ditangkap lagi, pemain akan dihukum mati. Ejen yang direkrut juga boleh dibunuh, dan apabila mereka mati, ia kekal.

Watch Dogs: Legion, berdasarkan pandangan pertama saya, pasti akan menambahbaikan segalanya yang membuat judul sebelumnya terkenal. Kami mendapat satu dunia open-world yang indah dan gameplay yang gempak. Dengan penambahan mekanik rekrut baru dan abiliti istimewa, ini menjadikan pengalaman permainan yang lebih dinamik daripada sebelumnya.

Kami tidak boleh menunggu untuk mencuba game penuh pada 6 Mac, 2020 di PS4, Xbox One dan PC!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DedSecLondonOpen WorldPCPS4ubisoftWatch Dogs LegionXbox One
Previous Post

[Gamescom 2019] – Bogdan Bridinel (Pengarah Permainan) – “Ganjaran tanpa henti di Ghost Recon Breakpoint!”

Next Post

[Gamescom 2019] Temu ramah HANGAT bersama John Wikberg, producer kepada Need for Speed Heat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
[Gamescom 2019] Temu ramah HANGAT bersama John Wikberg, producer kepada Need for Speed Heat!

[Gamescom 2019] Temu ramah HANGAT bersama John Wikberg, producer kepada Need for Speed Heat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd