Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Trading Card Game Pocket – Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Game Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Panduan, Trading Card Game
0 0
0
Pokémon Trading Card Game Pocket – Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Game Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau dahulu perlu mengumpul kad fizikal, kini The Pokémon Company ingin membawa permainan kad Pokémon ke alam digital. Memperkenalkan Pokémon Trading Card Game Pocket, yang tersedia untuk pradaftar di peranti mobile!

Dibuat bersama DeNA Co., Ltd., game ini membolehkan anda pengalaman mengumpul pelbagai kad, bertarung dengan kawan, dan mempamerkan koleksi anda, sama seperti di dunia sebenar, tetapi kini di alam digital. Kebetulan, kami menerima info baharu tentang game ini, jadi berikut adalah segala maklumat yang anda perlu tahu tentang Pokémon Trading Card Game Pocket!

Buka Pek Setiap Hari dan Kumpul Kad Kegemaran

Buka dua pek percuma setiap hari dan temui kad Pokémon kegemaran anda! Pemain boleh membuka pek booster dengan menggunakan stamina, yang akan bertambah dari masa ke masa. Selepas 12 jam, pemain akan mempunyai stamina yang cukup untuk membuka 1 pek.

Dalam Wonder Pick, anda boleh mendapatkan salah satu kad (dipilih secara rawak) daripada pek booster yang telah dibuka oleh pemain lain. Jika anda melakukan Wonder Pick dari pek booster dalam bahasa lain, anda boleh mendapatkan kad dalam bahasa yang berbeza. Kad dalam bahasa lain juga akan didaftarkan dalam card dex, jadi anda boleh menikmati koleksi yang lebih pelbagai.

Banyak kad Pokémon menarik akan muncul dalam pek Booster. Terdapat kad nostalgia yang pernah muncul dalam Pokémon TCG sebelum ini, serta kad yang membuat penampilan pertama dalam judul ini. Beberapa contoh termasuk

  • Greninja
  • Venusaur ex
  • Eevee
  • Pikachu
  • Sabrina
  • Articuno ex

Papan Pameran dan Binder Untuk Mempamerkan Kad Yang Dikumpulkan

Setelah menemui kad yang anda suka, anda boleh mempamerkannya.

Anda boleh mempamerkan kad kegemaran di papan pameran. Terdapat pelbagai latar belakang, dan anda boleh menggayakannya dengan latar belakang dan ilustrasi kad yang berbeza. Binder membolehkan pemain menyusun kad yang dikumpulkan ke dalam fail dengan kulit muka.

Anda juga boleh berkongsi papan pameran dan binder kepada rakan atau pemain lain, dan pada masa yang sama melihat koleksi mereka.

Pertempuran Yang Menyeronokkan dan Santai

Kad bukan sahaja boleh dikumpulkan, tetapi juga digunakan untuk bertarung. Kad boleh diklasifikasikan secara meluas antara kad Pokémon yang digunakan untuk bertarung dan kad Trainer yang menawarkan sokongan. Satu set yang terdiri daripada 20 kad dipanggil dek, dan pemain membina dek untuk bertarung melawan musuh.

Berbanding dengan Pokémon TCG konvensional, beberapa perubahan telah dilakukan untuk memudahkan gameplay pada peranti mudah alih, seperti saiz dek yang ditukar daripada 60 kad kepada 20 kad, dan penggunaan Energy untuk serangan dari Energy Zone.

Pada masa yang sama, elemen strategi dari Pokémon TCG masih ada, seperti memilih serangan yang akan digunakan oleh Pokémon anda dan menentukan masa yang tepat untuk menggunakan kad Trainer. Anda boleh bertempur melawan komputer, rakan-rakan, atau sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Letakkan Pokémon di Bench, susun Energy mereka, dan siapkan kad Trainer. Gunakan serangan untuk melakukan damage kepada Pokémon lawan. Dengan mengurangkan HP mereka kepada 0, anda boleh Knock Out Pokémon lawan. Anda boleh memperoleh mata setiap kali Knock Out Pokémon lawan. Pemain pertama yang mencapai 3 mata akan menang.

Bagi membolehkan pemain menikmati pertempuran dengan lebih santai, ciri seperti auto battling, Rental Deck, dan Auto-build disediakan.

Pemain boleh menggunakan auto battling untuk membolehkan komputer membantu dalam pertempuran; mendapatkan kad tertentu membolehkan pemain menggunakan rental deck, dan membina dek yang disyorkan secara automatik menggunakan kad yang telah dikumpulkan.

Kumpul Kad Pokémon Melalui Pertukaran

Jika tidak berjaya mendapatkan kad yang diinginkan, anda boleh bertukar kad Pokémon dengan rakan-rakan. Fungsi pertukaran tidak akan dilaksanakan pada hari pelancaran, tetapi akan dikeluarkan dalam kemas kini akan datang.

Bakal dilancarkan pada 30 Oktober 2024, Pokémon Trading Card Game Pocket kini membuka prapendaftaran melalui App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Gambar daripada versi yang sedang dibangunkan | Kredit: ©2024 Pokémon / ©2024 DeNA Co., Ltd

Tags: Pokémon Trading Card Game Pocket
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Cyberpunk Baru Dalam Pembikinan Oleh Netflix & CD Projekt Red

Next Post

Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii – Goro Majima Jadi Watak Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii – Goro Majima Jadi Watak Utama!

Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii - Goro Majima Jadi Watak Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd