Kalau nak bercerita tentang game Pokémon, baru-baru ini entri terbarunya, Pokémon Scarlet and Violet telah dilepaskan. Ia antara entri yang membuatkan ramai peminat teruja kerana ia memberikan pengalaman open-world kepada mereka. Ia sememangnya seronok meneroka dunia luas itu malah penceritaan dan watak juga sangat seronok untuk dimainkan.
Cuma satu sahaja masalah yang agak mengganggu. Masalah tersebut ialah prestasi game tersebut yang tidak dioptimumkan dengan baik. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga isu lain seperti frame rate dan pop-in. Walaupun ia tidaklah merosakkan pengalaman bermain itu sendiri, tetapi bagi kami, ia agak menjengkelkan. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca review kami ini!
Paldea — Wilayah baru untuk diteroka
Seperti game Pokémon terdahulu, anda akan bermula sebagai orang baru yang berpindah ke sebuah wilayah baru yang dipanggil Paldea. Jika anda bermain Pokémon Scarlet, anda akan belajar di Naranja Academy, manakala Pokémon Violet pula membawa anda ke Uva Academy. Akademi itu lah yang akan mengajar anda cara untuk melatih Pokémon. Untuk acara tahunan mereka, “Treasure Hunt”, sudah tentu anda akan memulakan pengembaraan untuk mencari “harta karun”.
Bermulanya acara tersebut, anda bebas untuk meneroka wilayah itu sesuka hati sambil menyelesaikan quest utama. Untuk pengetahuan anda, ada tiga quest utama yang perlu anda sambil tahu. Antaranya ialah:
- Victory Road – Mengalahkan gim, Pokémon League dan musuh anda, Nemona
- Path of Legends – Membantu Senior Arven untuk mencari Herba Mystica yang dijaga oleh Pokémon gergasi “Titan”
- Starfall Legends – Menentang Team Star dengan bantuan daripada gadis yang senyap bernama Penny
Untuk sebuah game Pokémon, ceritanya agak menyeronokkan. Cuma permulaannya sedikit lama kerana ia ingin memperkenalkan kepada pemain segala benda. Habis sahaja segala pengenalan, anda akan terus mulakan pengembaraan. Secara keseluruhan, plotnya biasa-biasa sahaja tetapi dengan adanya watak-watak dan dialog yang menyeronokkan, ia menambah seri kepada penceritaannya.
Bercerita tentang pesaing kita kali ini iaitu Nemona, dia seorang yang hebat. Dia sebenarnya senior yang telah memenangi kejohanan dan kini seorang Champion Trainer. Dia jugalah yang memberi dorongan kepada pemain untuk menang dalam kejohanan supaya kita setanding dengannya. Bagi kami dia seseorang yang sangat matang dan lebih seperti jurulatih yang mahu menguji kemajuan anda. Bukan selalu kita jumpa pesaing yang mesra sebegini.
Arven dan Penny, kedua-duanya lebih menyerlah jika dibandingkan dengan kebanyakan watak Pokemon. Seorang dengan sikap lucunya dan agak tragis, yang lain pula mempunyai pelbagai pendedahan hebat semasa misinya.
Prestasi yang menghampakan
Gameplay sudah seronok tetapi prestasi pula menghampakan. Banyak kali juga frame rate turun. Walaupun kita mahu battle atau membaling Poke ball. Bukan setakat itu sahaja, pop-in juga selalu terjadi, dengan Pokémon tiba-tiba muncul berdekatan anda mahupun menembusi dinding ataupun lantai. Terdapat juga isu di mana watak latar belakang berjalan dengan 10 FPS. Apabila anda mendekati mereka baru elok semula. Agak kucar-kacir juga game-nya dan harap sangat isu-isu ini boleh diperbaiki dengan cepat.
Walaupun begitu, ia tidaklah sampai merosakkan game dan tidak boleh dimainkan. Cuma ia mengganggu dan kerap berlaku tetapi game itu tidak pernah crash. Banyak lagi glitch lain yang berlaku seperti yang viral di media sosial sekarang. Tetapi kebanyakannya tidak berlaku semasa kami bermain. Apa yang kami boleh katakan ialah jika anda tidak kisah dengan segala masalah prestasi, Pokémon Scarlet & Violet masih lagi seronok untuk dimainkan. Tetapi kalau pihak pembangun memberikan lebih banyak tumpuan kepada prestasinya, mungkin ia lebih seronok.
Pokemon baru
Kalau nak dibandingkan dengan game Pokémon terdahulu, model yang digunakan dalam Pokémon Scarlet & Violet ini nampak lebih baik, dengan animasi, tekstur dan butiran yang baik. Sebagai contoh, bulu pada badan Pokémon lebih terperinci, Rock Pokémon mempunyai rekahan di seluruh badan mereka manakala steel Pokémon pula nampak lebih berkilat.
Sudah namanya game Pokémon baru, sudah tentu ada beberapa Pokémon baru yang diperkenalkan. Untuk Pokémon generasi ke-9, mereka semua memang menarik. Sudah tentu mereka ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Secara keseluruhan, kami suka betapa kreatif rekaan baru untuk Pokémon. Contohnya adiwira ikan lumba-lumba, belalang yang diilhamkan oleh tokusatsu dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat satu ciri baru yang dipanggil “Picnic”, yang membolehkan anda untuk membawa semua Pokémon untuk berkelah, dengan memilih makanan daripada menu yang tersedia. Anda boleh memandikan mereka, bermain serta bersantai. Anda juga boleh membuat pelbagai jenis sandwich yang akan memberikan buff yang berbeza. Ianya comel dan berjalan dengan lancar walaupun kesemua Pokémon anda muncul pada masa yang sama.
Open-world pertama francais
Seperti yang kami ceritakan di atas, dunia Pokémon Scarlet & Violet sangat luas. Selepas habis tutorial, anda bebas untuk melakukan mana-mana misi. Pokémon Legendary, Koraidon dan Miraidon akan menjadi “mount” untuk anda mengembara. Ianya agak bagus kerana anda boleh meneroka dengan “pace” tersendiri. Anda boleh melakukan mana-mana quest yang anda mahu, mencari raksasa dan item baru di dunia. Ia lebih menyeronokkan untuk berlari ke sana ke sini sambil mencari Pokémon untuk ditangkap.
Walaupun begitu, landskap dunia kelihatan agak biasa atau senang cerita “bosan”. Nasib baik bandar dan seni binanya kelihatan menarik. Kalau anda ingin tahu, ia sebenarnya diilhamkan oleh negara Sepanyol dan ia kelihatan sungguh meriah dan berwarna-warni.
Satu lagi ciri menarik dalam game Pokémon baru ini, anda sekali lagi boleh menggunakan TM malah menghasilkannya dengan lebih banyak di Pokémon Center. Untuk menghasilkannya, anda perlu mendapatkan item yang dijatuhkan oleh Pokémon liar. Jadi, memang anda perlu “grind” sambil meneroka dan battle.
Selain itu, game ini juga menawarkan banyak ciri quality-of-life. Anda boleh akses storan Pokémon di mana-mana sahaja untuk mengubah party anda. Terdapat juga ciri auto-battle, yang menghantar Pokémon anda untuk melawan Pokémon liar. Ianya bagus untuk grind level dengan labuh laju dan ianya mandatori apabila melakukan misi Starfall Street.
Combat dan Battle
Seperti biasa, turn-based combat dengan enam Pokémon dengan gaya gunting-batu-kertas (rock paper scissor). Perubahan besar di sini adalah seperti, dalam Pokémon Legends Arceus, pertempuran berlaku di overworld. Walaupun ia tidaklah seperti Arceus, ia jauh lebih pantas untuk masuk dan keluar daripada battle. Setiap Trainer battle juga boleh dipilih. Kalau anda terasa untuk bertarung, hanya pergi sahaja kepada mereka dan berbual untuk mulakan battle. Kami suka pada perubahan ini kerana senanglah untuk buat hal sendiri walaupun berdekatan dengan NPC. Kalau tidak, pasti kena battle secara tiba-tiba semasa mencari Pokémon.
Pokémon Scarlet & Violet juga menampilkan terastalization, di mana Pokémon boleh bertukar bentuk seperti kristal. Setiap Pokémon mempunyai satu terastal-type setelah terastallized. Sebagai contoh, jika anda mempunyai Pikachu dengan terastal-type untuk ground, mereka akan bertukar menjadi ground-type termasuklah kekuatan dan kelemahannya. Jika Pokémon mempunyai regular-type dan terastal-type yang sama, ini membuatkan serangan stab lebih kuat.
Ia satu sistem yang menarik dan memberikan banyak strategi untuk Pokémon anda dengan beberapa pilihan yang boleh disesuaikan. Terastallized Pokémon juga ada merayau-rayau di dunia dan raid battle khas, di mana anda bekerjasama dengan empat Trainer lain untuk mengalahkan mereka. Sambungan dalam talian juga lebih baik dan boleh menyerang tanpa menunggu trainer lain.
Kesimpulan
Jadi adakah Pokémon Scarlet & Violet seronok? Ya, game ini sememangnya seronok dan banyak benda baru yang diperkenalkan. Reka bentuk open-world memang sempurna untuk game ini. Kita juga bebas untuk melakukan apa sahaja tidak kisahlah quest, battle dan meneroka. Anda juga boleh bersosial dengan Pokémon melalui picnic malah mengubah type mereka dengan terastallizing. Cuma masalah seperti bug dan glitch membuatkan pengalaman bermain itu terganggu. Harap-harap patch baru akan dilepaskan secepat mungkin.
@gamersantaimy
The Review
Pokemon Scarlet & Violet
PROS
- Watak-watak boleh diingati dan disukai
- Dunia luas yang menyeronokkan untuk diterokai dan menangkap pokemon
- Kebebasan untuk melakukan apa sahaja
CONS
- Prestasi yang teruk dengan frame rate dan pop-in yang terlalu kerap
Discussion about this post