Selaku salah satu siri permainan RPG tabletop terbesar di dunia, Dungeons & Dragons bakal mengeluarkan expansion baru bernama Dragonlance ke pasaran yang berjanji untuk membawa peminat dalam satu pengembaraan terbesar di dunia fantasi gelap Krynn. Untuk memastikan peminat dapat menikmati pengembaraan baharu ini dalam pelbagai cara, Wizards of the Coast akan mempersembahkan D&D Dragonlance dalam format buku fizikal dan permainan tabletop.
Tetapi apa yang istimewa sangat tentang expansion ini? Teruskan membaca preview awal kami tentang Dungeons & Dragons: Dragonlance untuk maklumat lengkap!
Bertemu Dragon Army
Pengembaraan kita dalam expansion ini bukan mudah, kerana dari lokasi pertama di kampung Vogler, kita akan menghadapi ancaman daripada Dragon Army yang sedang dalam operasi besar ke wilayah Solamnia. Cara buku ini mempersembahkan Dragon Army juga sangat berbeza daripada gaya klasik D&D, iaitu dengan mempersembahkan karya seni dua muka surat yang visualnya terperinci dan luar biasa.
Wes Schneider selaku designer utama untuk buku Shadow of the Dragon Queen berkata pemain mungkin mencari rujukan atau nama ikonik sepanjang pengembaraan, namun fokus utama masih bergantung sepenuhnya kepada pengembaraan setiap pemain dalam menghadapi War of The Lance.
Tidak banyak perincian cerita yang dikongsikan demi menjaga kejutan, kecuali rujukan kepada kaum Gnome, yang kemudian boleh ditemui di Mount Nevermind. Satu perkara yang jelas adalah nanti mereka akan mempunyai peranan yang agak penting dalam membantu pengembaraan pemain.
Warriors of Krynn dapat sentuhan baru
Selain buku pengembaraan klasik, satu lagi cara untuk menikmati Dragonlance ialah dengan permainan papan Warriors of Krynn baharu. Seperti biasa, anda boleh bermain secara berasingan, tetapi bagi kami, ini adalah komponen sokongan yang sangat sesuai untuk memaksimumkan aksi pertempuran besar yang berlaku dalam Shadow of the Dragon Queen. Inilah sebab mengapa ramai peminat sangat teruja dengan expansion ini; kerana pengalaman “role play”” maksimum yang ditawarkannya.
Mekanik utama permainan papan Warriors of Krynn baharu memfokuskan pada pertempuran antara tentera besar. Kita akan diberikan barisan formasi untuk pelbagai jenis pasukan, sebelum akhirnya merangka strategi paling berkesan agar dapat menewaskan Dragon Army. Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan Event Card untuk mengubah senario pertempuran secara mendadak dan pada masa yang sama memberi anda lebih banyak kelebihan taktikal.
Kerana ia lebih direka sebagai pelengkap kepada buku pengembaraan Shadow of the Dragon Queen, watak-watak yang tersedia untuk dikawal sudah tentu boleh diambil terus dari pengembaraan anda dan bukan unit default dari permainan papan itu sendiri. Untuk memberi pilihan kepada pemain semasa mengubahsuai kebolehan watak mereka dalam senario pertempuran sebenar, permainan papan menyediakan kad statistik untuk digunakan semasa melaksanakan aksi khusus. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kad DEX apabila meneroka dungeon.
Setiap giliran, kita mempunyai banyak pilihan untuk aksi khusus, jadi pemain benar-benar boleh bertarung sepenuhnya berkat kebolehan semula jadi watak yang lebih kuat daripada hanya bergantung pada tentera biasa. Walaupun tiada batasan khusus diberikan, pada setiap giliran, anda hanya boleh menggunakan beberapa kad statistik. Jadi pastikan diri menyimpannya untuk masa terbaik!
Selain itu, watak kita mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan keupayaan pasukan, jadi utamakan mereka hingga watak dapat mengubah pertempuran ke arah kemenangan dan bukan hanya menjalankan tugas sampingan atau menjadi beban.
Di mana untuk beli?
Jika anda adalah peminat permainan RPG tabletop tradisional dan ingin mengalami pengembaraan yang lebih hebat, maka saya akan mengesyorkan anda untuk cuba Dungeons & Dragons: Dragonlance! Pakej jualan boleh didapati dalam buku fizikal dengan bonus akses awal kepada D&D Beyond dan bundle Deluxe Edition yang disertakan dengan permainan papan Warriors of Krynn.
Keseluruhan set akan mula dijual pada 6 Disember ini, jadi mereka yang berminat boleh membuat tempahan secara langsung melalui laman web rasmi.
Untuk membaca segala liputan kami tentang D&D termasuk preview expansion lain, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post