Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan 18 November ini, Legendary baru diperkenalkan!

Maira by Maira
June 1, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, Open World, Platform
0 0
0
Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan 18 November ini, Legendary baru diperkenalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet baru sahaja melepaskan trailer terbaru yang memaparkan beberapa watak baru bersama Legendary pokemon baru iaitu Koraidon dan Miraidon. Bukan setakat itu sahaja, tarikh pelancarannya juga diumumkan bersama-sama trailer baru! Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan secara rasmi pada 18 November 2022 secara global untuk Nintendo Switch. Pra-tempah juga sudah dibuka untuk peminat sekarang! Tanpa membuang masa, mari kami perkenalkan segala benda baru yang telah didedahkan!

Pokemon dan Legendary baru

Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet  memaparkan beberapa Pokemon yang tidak pernah dilihat selama ini dan anda akan bertemu dengan mereka dalam entri terbaru ini. Bersama-sama partner Pokemon pertama, Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly, anda akan bertemu tiga lagi Pokemon baru iaitu Pawmi, Lechonk dan Smoliv.

  • Pawmi
  • Lechonk
  • Smoliv

Bukan setakat itu, Pokemon Legendary terbaru juga telah didedahkan iaitu Koraidon dan Miraidon. Mungkin selepas ini kita akan diperkenalkan dengan Legendary baru lagi selepas ini. Kita nantikan sahaja pengumuman lanjut mengenainya nanti.

  • Koraidon
  • Miraidon

Professor dan rakan baru

Sebagai watak utama dalam pengembaraan baru ini, pakaian yang anda pakai akan mengikut versi game yang anda mainkan. Kalau anda sukakan kedua-duanya, apa lagi belilah Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet.

Untuk pertama kali dalam siri Pokemon, terdapat dua professor berbeza yang akan muncul dalam game. Sama seperti pakaian, professor yang muncul juga berbeza untuk kedua-dua versi game. Dalam Pokémon Scarlet , anda akan berjumpa dengan Professor Sada dan di dalam Pokémon Violet pula anda akan bertemu Professor Turo. Setiap professor ini mempunyai kajian berbeza untuk lore dalam region baru ini.

Kawan baru, Nemona mempunyai perwatakan yang riang dan bertenaga dan dia sangat menyukai pertempuran Pokémon. Dia seorang Pokémon trainer yang berpengalaman dan berfungsi sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk anda dalam pengembaraan anda. Dia juga mempunyai kemahiran yang tidak dapat dipertikaikan dalam pertempuran—walaupun dia tidak begitu mahir melontar Poké Ball.

Dunia Pokemon yang serba baru untuk diterokai

Entri terbaru siri Pokémon akan membawa anda ke sebuah dunia terbuka luas yang membolehkan anda terokai secara bebas. Anda akan mengalami pengembaraan bergaya baru, dengan dunia yang anda boleh lalui dengan santai dan tidak terikat dengan penceritaan.

Sudah tentu pengemabaraan ini akan mengasah bakat anda dalam menjadi Pokémon trainer yang hebat. Malah pelbagai benda baru dan cerita yang anda akan temui nanti. Berjumpalah dengan ramai watak dan Pokémon mengikut gaya anda sendiri!

Selain itu, Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet  juga mempunyai mode multiplayer sehingga empat orang pemain. Anda boleh trade dan berlawan antara satu sama lain. Pelbagai lokasi juga boleh diterokai beramai-ramai dengan rakan-rakan. Inilah masanya untuk anda meraasai pengalaman baru ini bersama keluarga dan rakan-rakan dan mencipta memori hebat dan menyeronokkan.

Anda boleh melihat trailer rasmi di bawah untuk mendapatkan gambaran jelas untuk entri baru ini.

Apapun, kami tahu anda semua tidak sabar untuk bermain game Pokémon baru ini apabila ia lancar pada November nanti. Siap sediakan Nintendo Switch anda untuk mulakan pengembaraan hebat ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokémon daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Laman rasmi Pokemon

Tags: Pokemon ScarletPokemon Violet
Previous Post

Tekken World Tour 2022 akan diadakan bermula 24 Jun!

Next Post

PS Plus Asia memberikan 4 game percuma termasuk God of War untuk Jun 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
PS Plus Asia memberikan 4 game percuma termasuk God of War untuk Jun 2022!

PS Plus Asia memberikan 4 game percuma termasuk God of War untuk Jun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd