Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Malaysia Memperkenalkan Pokémon Gym Deluxe Pertama di Klang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan, Trading Card Game
0 0
0
Pokémon Malaysia Memperkenalkan Pokémon Gym Deluxe Pertama di Klang!
Share on FacebookShare on Twitter

Menyeru para Trainer Pokémon! Bersiaplah untuk babak baru menarik dalam perjalanan Pokémon kerana Pokémon Gym Deluxe pertama Malaysia akan datang bermula 11 Oktober!

Bersama AM Cards Collectibles, gym istimewa ini akan menawarkan pengalaman yang lebih mendalam, membolehkan peminat melangkah ke dalam dunia Pokémon yang ceria dan penuh pengembaraan dalam cara yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Butiran Acara

  • Lokasi: AM Cards Collectibles, NO 32A, 1, Jalan Ramin 3, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
  • Tarikh: 11-13 Oktober 2024

Pokémon Gym Deluxe bukan sekadar tempat untuk mengumpul kad. Ia direka untuk menjadi pusat di mana peminat dari semua peringkat umur boleh berkumpul dan berkongsi cinta mereka terhadap Pokémon.

Sama ada anda seorang Trainer baru yang baru memulakan perjalanan atau seorang veteran berpengalaman yang ingin bertukar atau menguji kemahiran berlawan, gym ini adalah ruang mesra untuk semua orang.

Dari pertempuran yang mendebarkan hingga bersosial dengan rakan peminat, gim ini menyemarakkan semangat kebersamaan yang menjadikannya rumah yang istimewa bagi komuniti Pokémon.

Kredit: Pokémon Malaysia

Di Pokémon Gym Deluxe, anda boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti:

  • Berlawan dan Bertukar: Uji kemahiran dalam pertempuran kad Pokémon yang epik atau bertukar dengan Trainer lain untuk mengembangkan koleksi anda.
  • Suasana: Nikmati dunia Pokémon yang meriah, dikelilingi oleh peminat lain yang berkongsi minat yang sama.
  • Acara dan Banyak Lagi: Dengan pembukaan sepanjang hujung minggu dari 11 hingga 13 Oktober, nantikan acara khas, produk eksklusif, dan pelbagai kejutan!
Kredit: Pokémon Malaysia

Jadi, tandakan kalendar, kumpulkan dek terbaik, dan bersiaplah untuk memulakan pengembaraan yang mengujakan di Pokémon Gym Deluxe pertama di Malaysia. Jumpa anda di sana!

Tags: Pokémon Gym DeluxePokémon Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo: Beyond the Veil Mengisahkan Hidup Seorang Paderi Gamer

Next Post

[TGS24] Previu JDM: Japanese Drift Master – Menguji Kemahiran Lumba Kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[TGS24] Previu JDM: Japanese Drift Master – Menguji Kemahiran Lumba Kami!

[TGS24] Previu JDM: Japanese Drift Master - Menguji Kemahiran Lumba Kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd