Satu lagi kejohanan Pokemon akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi! Diumumkan melalui halaman rasmi Facebook, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia untuk game video akan berlangsung bermula 29 Mac 2024! Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Kalau anda ingin tahu, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia akan bermula dengan peringkat kelayakan, di mana peserta yang layak akan masuk ke Main Competition, kejohanan offline untuk tentukan Trainer terbaik! Untuk peringkat kelayakan, anda akan bertanding di bawah nama “2024 Global Challenge III“, pertandingan online yang akan berlangsung pada 29 Mac ini sehingga 1 April 2024.
Pendaftaran
Pendaftaran bermula sekarang, 21 Mac sehingga 29 Mac 2024. Anda perlukan mendaftarkan diri serta Battle Teaam anda apabila sertai pertandingan. Anda boleh ikuti cara-cara di bawah untuk masuk ke pertandingan.
[Poké Portal]→[Battle Stadium]→[Online Competition]→[Official Competition]→[Search for a competition]
Lokasi dan Age Division akan berdasarkan tetapan Battle Stadium dengan nama yang sama. Hanya pemain yang set Battle Location di “Malaysia” layak untuk sertai “Pokémon Championships 2023-24 Malaysia” Video Game Main Competition. Anda perlu menyelesaikan 3 match penuh untuk keputusan anda didaftarkan.
Struktur Pertandingan dan Peraturan
Setiap pertandingan sudah tentu mempunyai peraturannya tersendiri. Untuk kejohanan game video kali ini, hanya tiga game sahaja yang boleh dimainkan iaitu:
- Pokémon Scarlet and Pokémon Violet
- Pokémon Scarlet + The Hidden Treasure of Area Zero
- Pokémon Violet + The Hidden Treasure of Area Zero

Untuk umur pula, anda akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
- Junior Division: Lahir pada 2011 dan seterusnya
- Senior Division: Lahir selepas 2006 dan sebelum 2011
- Masters Division: Lahir pada 2006 dan sebelumnya
Jemputan untuk ke Main Competition akan diberikan mengikut ranking, selepas menggabungkan ranking daripada ketiga-tiga division. Tetapan “Location and Age Division” mesti sama dengan maklumat mengenai dokumen pengenalan peribadi anda. Jika didapati berbeza, anda akan hilang kelayakan. Berkenaan “Eligible Pokémon”, anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sebagai tambahan, kemputan pertandingan akan diberikan berdasarkan ranking Junior, Senior dan Master yang telah digabungkan.
Main Competition
Setelah melayakkan diri untuk ke kejohanan utama, anda perlu ke tempat pertandingan untuk berlawan secara bersemuka. Kejohanan live ini akan berlangsung pada 23 Jun 2024 di The Starling Mall. Maklumat lanjut akan diumumkan pada masa akan datang.

Hadiah
Kalau anda ingin tahu, pemenang Pokémon Championships 2023-24 Malaysia berpeluang untuk mendapat jemputan ke 2024 Pokémon World Championships! Ini semestinya satu peluang yang susah untuk didapatkan. Jemputan 2024 Pokémon World Championships hanya boleh diperoleh oleh pemain terbaik di Pokémon Championships 2023-24 Malaysia. Terdapat sejumlah 8 tempat di Worlds 2024 untuk pemain dari Malaysia.
Berikut adalah senarai penuh hadiah yang tersedia:
- Champion
- Jemputan 2024 Pokémon World Championships & Round 1 bye
- Travel Award
- Trofi
- Champion Shirt
- Finalis
- Jemputan 2024 Pokémon World Championships & Round 1 bye
- Travel Award
- Trofi
- Top 4
- Jemputan 2024 Pokémon World Championships
- Trofi
- Top 8
- Jemputan 2024 Pokémon World Championships

Pemain yang menerima Travel Award akan mendapat penerbangan dan penginapan mereka untuk 2024 Pokémon World Championships yang dibayar dan diatur oleh The Pokémon Company. Tanpa sebarang keadaan istimewa, semua butiran perjalanan – termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dan hotel – akan dipilih oleh The Pokémon Company. Ambil perhatian bahawa jika pemain yang layak memutuskan untuk mengatur sesuatu, The Pokémon Company tidak akan menanggung sebarang yuran pembatalan atau pengubahsuaian untuk tempahan yang dibuat oleh pemain.
Anda boleh dapatkan info lanjut melalui laman web rasmi. Jadi anda yang ingin sertai kejohanan ini, cepat-cepat daftarkan diri sekarang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post