Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G – Harga Promo Bermula RM859!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2026
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G – Harga Promo Bermula RM859!
Share on FacebookShare on Twitter

POCO hari ini melancarkan POCO M8 5G dan POCO M8 Pro 5G di Malaysia. Ini menandakan langkah besar untuk Siri-M yang popular, dengan membawanya ke pasaran kelas pertengahan dengan menerapkan ciri 5G untuk audiens yang lebih luas.

POCO M8 Pro 5G

Mendahului siri baharu ini, POCO M8 Pro 5G direka dengan fokus pada hiburan, menampilkan peningkatan pada sistem bateri, paparan, audio dan kameranya.

Peranti ini dibina untuk penggunaan tanpa henti, menampilkan bateri silicon-carbon 6,500mAh dan kuasa tahan lama. Ia menyokong teknologi 100W HyperCharge, dan mampu mencapai cas penuh dalam masa 40 minit, di samping pengecasan berbalik 22.5W, yang membolehkannya berfungsi sebagai power bank untuk gajet lain.

Secara visual, M8 Pro 5G mempunyai paparan 6.83-inci 1.5K CrystalRes Flow AMOLED. Dengan kecerahan puncak 3200 nits, skrin kekal bertenaga dan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang. Pengalaman tontonan dipertingkatkan lagi oleh Dolby Vision®, HDR10+, dan ciri perlindungan mata yang disahkan oleh TÜV Rheinland.

Untuk audio, dwi-pembesar suara menyediakan bunyi 3D, diperkuat oleh Dual Gold Hi-Res Audio dan Dolby Atmos®, serta peningkatan kelantangan 400%.

Di sebalik prestasinya, M8 Pro 5G dikuasakan oleh Snapdragon® 7s Gen 4 Mobile Platform, yang mencapai skor AnTuTu melebihi 1,061,253 (peningkatan prestasi sebanyak 66% daripada generasi sebelum).

Buat pertama kali dalam Siri-M, Sistem Penyejukan POCO IceLoop menggunakan penyejukan cecair untuk mengekalkan prestasi semasa sesi gaming yang intensif. Ssambungan juga dinaik taraf dengan Xiaomi Surge T1S Tuner untuk penerimaan isyarat yang lebih kuat.

Ciri baharu ialah Xiaomi Offline Communication, yang membolehkan panggilan suara sejauh beberapa kilometer tanpa rangkaian selular, sesuai untuk kawasan terpencil. Peranti ini menggunakan Xiaomi HyperOS, disepadukan dengan Google Gemini dan Circle to Search.

Sistem kamera menerima peningkatan dengan sensor utama 50MP Light Fusion 800 dan optical image stabilization (OIS). Kamera hadapan 32MP meningkatkan kualiti panggilan video dan swafoto, disokong oleh Algoritma Potret Ultra-Jelas. Telefon ini juga mengembalikan rakaman video 4K pada 30fps.

M8 Pro 5G menampilkan reka bentuk dengan sisi quad-curved, berukuran senipis 8.31mm dan seberat 205.9g. Ketahanan adalah fokus utama, dengan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, pelbagai penarafan IP untuk rintangan habuk dan air (IP66, IP68, IP69, IP69K), dan Wet Touch Technology 2.0 untuk penggunaan responsif dalam keadaan basah.

POCO M8 5G

POCO M8 5G direka untuk mudah alih, dan memegang gelaran telefon pintar paling nipis dalam Siri POCO M dengan ketebalan hanya 7.35mm dan berat cuma 178g.

Ia menampilkan paparan 6.77-inci Flow AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits yang sama seperti model Pro. Skrinnya juga disahkan oleh TÜV Rheinland untuk keselesaan mata. Audionya juga imersif, dengan dwi-pembesar suara, Dolby Atmos®, dan peningkatan kelantangan 300%.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 6 Gen 3 Mobile Platform, M8 5G mencatat skor melebihi 850,000 di AnTuTu. Ia juga menyepadukan Google Gemini dan Circle to Search. Bateri 5520mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan peranti ini berfungsi sepanjang hari.

Tetapan kameranya merangkumi kamera utama 50MP Light Fusion 400 dan kamera swafoto 20MP yang dinaik taraf, kedua-duanya mampu merakam video 4K pada 30fps. Ciri berkuasa AI seperti mod potret dan alat penyuntingan imej turut disertakan untuk meningkatkan kreativiti.

Harga dan Ketersediaan

Siri POCO M8 kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Perak, Hitam dan Hijau. Harga promosi istimewa tersedia dari 8 hingga 18 Januari 2026, di mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

POCO M8 Pro 5G:

  • 8GB+256GB: RM 1,199 (Promosi: RM 1,099)
  • 12GB+512GB: RM 1,499 (Promosi: RM 1,299)

POCO M8 5G:

  • 8GB+256GB: RM 999 (Promosi: RM 859)
  • 8GB+512GB: RM 1,199 (Promosi: RM 959)
Tags: POCO M8
ShareTweetSend
Previous Post

Kami Terima Set LEGO Batmobile Klasik “Siri Animasi,” Turut Akan Muncul Dalam LEGO® Batman: Legacy of the Dark Knight!

Next Post

Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!

Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd