Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2026
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem animasi yang menjadi buah mulut ramai, “Papa Zola The Movie,” masih memanjat puncak carta box office selepas berjaya mengutip RM55.5 juta hanya dalam tempoh 27 hari ditayangkan.

Merupakan karya terbaharu daripada Monsta (studio animasi yang terkenal dengan francais BoBoiBoy), ia mencuri tumpuan penonton pelbagai peringkat umur, khususnya menjadi pilihan utama keluarga sepanjang musim cuti sekolah.

Terima kasih atas sokongan padu yang tidak pernah putus selama 27 hari 🙏✨#PapaZolaTheMovie terus menggegarkan pawagam 🔥🎬 pic.twitter.com/IbWK9w7XCw

— P.A.P.A. OBOI (@BoBoiBoy) January 7, 2026

Filem ini yang memulakan tayangannya di seluruh Malaysia pada 11 Disember 2025, dan memfokuskan pada Papa Zola, seorang bapa yang penyayang dan gigih bekerja. Dia sanggup melakukan pelbagai kerja sambilan, termasuklah sebagai seorang penghantar makanan, demi memastikan keluarganya hidup selesa.

Namun, di sebalik kehidupan biasa mereka, Papa Zola dan isterinya, Mama Zila, sebenarnya adalah bekas ejen sebuah pertubuhan perisikan yang dikenali sebagai Agensi Protect and Prevent (PAPA), yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing.

Segalanya berubah apabila anak perempuan mereka, Pipi, diculik oleh makhluk asing, lantas memaksa mereka kembali ke dunia perisikan yang telah lama ditinggalkan.

Kejayaan filem ini tidak hanya bergantung pada mutu animasi yang tinggi, tetapi juga pada kekuatan jalan ceritanya yang menyentuh perasaan. Ramai dalam kalangan penonton dewasa berkongsi di media sosial tentang bagaimana filem ini berjaya membuatkan mereka sebak.

Paparan mengenai cabaran kehidupan masa kini, pengorbanan, serta perjuangan seorang bapa dalam diam benar-benar memberi kesan mendalam.

✨ Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang menonton! #PapaZolaTheMovie pic.twitter.com/XtG5olfQv1

— P.A.P.A. OBOI (@BoBoiBoy) December 15, 2025

Terima kasih tak terhingga buat lebih 2.5 juta rakyat Malaysia yang telah menyokong Kebenaran!

Beberapa hari lagi tirai 2025 bakal dilabuhkan. Jom ramai-ramai raikan tahun baharu di pawagam bersama #PapaZolaTheMovie 🎬✨ pic.twitter.com/Gz3csBXWR4

— P.A.P.A. OBOI (@BoBoiBoy) December 29, 2025

Pencapaian filem ini di pawagam sememangnya satu fenomena. Dalam tempoh empat hari pertama tayangan sahaja, “Papa Zola The Movie” telah berjaya mengutip lebih RM10 juta. Angka tersebut terus melonjak naik kepada RM43 juta dalam masa tidak sampai tiga minggu.

Tags: Papa Zola The Movie
ShareTweetSend
Previous Post

POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G – Harga Promo Bermula RM859!

Next Post

Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!

Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties - Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd