Malam tadi, POCO meluaskan barisan telefon pintarnya di Malaysia dengan pelancaran Siri POCO F9 (POCO F9 Ultra dan POCO F9 Pro) bersama peranti dengan bateri tahan lama, POCO X8.
Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang peranti-peranti baharu ini, termasuk harga, tawaran early-bird, serta spesifikasi utamanya.
Siri POCO F9

Mendahului barisan ini ialah POCO F9 Ultra, telefon pintar paling berkuasa daripada POCO setakat ini. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 daripada Qualcomm, digandingkan bersama cip visual VisionBoost D8. Gabungan dual-chip ini membolehkan pengalaman mobile gaming mencecah sehingga 185FPS serta disokong oleh sistem penyejukan 3D IceLoop dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi paparan, F9 Series dilengkapi skrin 185Hz POCO HyperRGB AMOLED dengan M11 luminescent material, mampu mencapai kecerahan sehingga 4,500 nits di bawah cahaya matahari terik dan puncak 10,000 nits untuk kandungan HDR. POCO F9 Ultra hadir dengan skrin bersaiz 6.9 inci, manakala POCO F9 Pro menawarkan saiz yang lebih kompak iaitu 6.59 inci.

Kedua-dua model turut membawakan peningkatan daripada aspek audio, kamera, dan bateri:
- POCO F9 Ultra menampilkan sistem audio true 2.1-channel, menggabungkan dual stereo speaker dengan 1620 independent built-in subwoofer bersaiz besar untuk menghasilkan bass lebih mendalam. POCO F9 Pro pula menggunakan dual stereo speaker dengan Sealed Cavity Design. Kedua-dua peranti menawarkan profil bunyi tersuai serta Game Audio Mode yang menguatkan bunyi tapak kaki dalam game untuk kelebihan pemain kompetitif.
- Kedua-dua model dilengkapi sensor utama 200MP dengan OIS serta kamera selfie 32MP. Untuk keupayaan zoom, F9 Ultra mempunyai 5x periscope telephoto (sehingga 20x AI Ultra Zoom), manakala F9 Pro menggunakan kamera 50MP 2.5x floating telephoto yang boleh fokus pada subjek macro sedekat 10cm.
- F9 Ultra dimuatkan dengan 8,050mAh battery yang menawarkan jangka hayat sehingga 2 hari penggunaan, manakala F9 Pro hadir dengan 6,330mAh battery. Kedua-duanya menyokong 100W wired fast charging, 50W wireless charging, serta reverse charging (sehingga 27W wired dan 22.5W wireless) untuk mengecas peranti lain.
- F9 Ultra menampilkan dynamic notification light yang boleh diubah suai pada bahagian belakang, manakala F9 Pro varian Aurora Green membawakan full-panel luminous back cover yang boleh menyala dalam gelap serta membolehkan anda melukis corak cahaya menggunakan UV laser pointer.
POCO X8
Diletakkan sebagai peranti berdaya tahan untuk kegunaan harian, POCO X8 mendefinisikan semula jangka hayat bateri dalam segmen mid-range.

- Dibina menggunakan teknologi silicon-carbon battery (kandungan silikon 13%), kapasitinya 63% lebih besar berbanding model sebelumnya. Bateri ini direka untuk bertahan lebih daripada 2 hari dengan sekali cas dan mengekalkan kesihatan bateri sekurang-kurangnya 80% selepas 1,600 charge cycle (kira-kira 6 tahun penggunaan biasa). Ia turut menyokong 67W fast charging dan 22.5W wired reverse charging.
- POCO X8 hadir dengan penarafan rintangan air dan debu IP66, IP68, IP69, dan IP69K. Ia turut memperkenalkan Underwater Mode untuk merakam gambar dan video di dalam air tawar sehingga kedalaman 2 meter. Skrin hadapan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2, lengkap dengan pensijilan drop resistance sehingga ketinggian 3 meter pada permukaan keras.
- Dikuasakan oleh cip pemproses 4nm Snapdragon 6s Gen 4, POCO X8 membawakan skrin 6.83-inch 1.5K display dengan 3,500 nits peak brightness. Ia hadir dengan Xiaomi HyperOS 3, lengkap dengan sokongan Google Gemini AI, UI Xiaomi HyperIsland, 300% volume boost, dan ciri Xiaomi Offline Communication untuk panggilan suara jarak dekat (sehingga 1.5km) tanpa sebarang liputan rangkaian selular.
- Dilengkapi kamera utama 50MP (OIS + EIS) dan kamera hadapan 16MP, bersama alatan AI editing seperti AI Glare Removal, AI Erase Pro, dan AI Image Expansion.
Harga, dan Promosi di Malaysia
Siri POCO F9 dan POCO X8 boleh didapati melalui kedai rasmi dalam talian POCO di mi.com, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Pembeli terawal di Malaysia boleh menikmati potongan harga pelancaran serta hadiah percuma sepanjang tempoh promosi:
Siri POCO F9 (Tempoh promosi: 1 – 16 September 2026)
| Model | Varian | Harga Rasmi | Harga Early Bird | Pilihan Warna |
|---|---|---|---|---|
| POCO F9 Ultra | 12GB + 256GB | RM 3,599 | RM 3,299 | Dark Cherry, Black |
| 16GB + 512GB | RM 3,999 | RM 3,699 | ||
| 16GB + 1TB | RM 4,799 | RM 4,399 | ||
| POCO F9 Pro | 12GB + 256GB | RM 3,299 | RM 2,799 | Aurora Green, White, Black |
| 12GB + 512GB | RM 3,499 | RM 3,099 |
- Hadiah Percuma & Tawaran Early-Bird:
- POCO F9 Ultra: Hadir dengan tablet PERCUMA POCO Pad C1 (4GB+64GB).
- POCO F9 Pro: Hadir dengan PERCUMA Xiaomi Smart Band 10 Pro.
- Kedua-dua Model Siri F9 Termasuk: Waranti lanjutan 2 tahun, penggantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan, akses Google AI Pro selama 3 bulan, dan langganan YouTube Premium selama 3 bulan.
| Model | Varian | Harga Rasmi | Harga Early Bird | Pilihan Warna |
|---|---|---|---|---|
| POCO X8 | 8GB + 256GB | RM 1,499 | RM 1,299 | White, Black, Orange |
| 12GB + 256GB | RM 1,699 | RM 1,499 |
(Notis: Shopee juga akan mengadakan jualan kilat akses awal eksklusif untuk POCO X8 bermula dari 8 September, jam 8:00 malam hingga 14 September.)









Discussion about this post