Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PMPL MYSG dijuarai oleh Geek Fam dan membawa pulang RM 77 ribu! Tahniah!

Maira by Maira
September 28, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
PMPL MYSG dijuarai oleh Geek Fam dan membawa pulang RM 77 ribu! Tahniah!
Share on FacebookShare on Twitter

PMPL MYSG Grand Final musim keempat telah berakhir dengan Geek Fam sebagai juara bagi kejohanan itu. Pasukan tersebut telah berjaya mengumpul mata sebanyak 214 menjadikan jurang perbezaan dengan pasukan Team Secret yang berada di tempat kedua sebanyak 61 mata. Kemenangan ini memberi peluang kepada Geek Fam untuk menempah tempat ke PMPL SEA bulan depan! Bersama-sama mereka, Team Secret dan 4 Rivals juga akan ke PMPL SEA yang dijangka akan berlangsung pada 12 Oktober 2021.

Kemenangan ini juga membuatkan pasukan ini berjaya untuk membawa pulang hadiah yang berjumlah $15,500 (anggaran RM63,658.50). Manakala Team Secret membawa pulang hadiah sebanyak $10,400 (anggaran RM42,712.80) dan 4 Rivals di tempat ketiga pula mendapat $7,800 (anggaran RM32,034.60).

Geek Fam telah menunjukkan prestasi yang hebat apabila mereka berjaya mendapat Triple Chicken pada peta kedua hingga peta keempat dalam permainan. Mereka juga hampir mendapat quad chicken pada peta terakhir tetapi Team Secret berjaya menggagalkan percubaan Geek Fam.

Bukan setakat itu sahaja, Geek Damrude juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan kejohanan PMPL MYSG kali ini dan dihadiahkan dengan $2000 (anggaran RM 3866). Memang terbaiklah! Slot PMGC masih terletak dalam tangan pasukan Team Secret dengan mata terkumpul 1037 dengan pasukan Geek Fam yang menghampiri dengan 1002 mata.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Geek Fam yang berjaya mendominasi peringkat akhir PMPL MYSG musim keempat. Kami berharap 3 pasukan yang berjaya ke PMPL SEA pada bulan depan dapat memberikan saingan yang kuat dan hebat kepada pasukan negara lain. Jika anda ingin mengikuti segala maklumat berkaitan PMPL, anda boleh menekan pautan ini.

Tags: 4 RivalsGeek FamPMPL MYSG S4PUBG MOBILE Pro League (PMPL)team secret
Previous Post

Peminat game Indie! Anda boleh mendapatkan pelbagai game hingga 90% Diskaun di Steam sekarang!

Next Post

The Caligula Effect 2 akan keluar di Switch & PS4 pada bulan depan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
The Caligula Effect 2 akan keluar di Switch & PS4 pada bulan depan!

The Caligula Effect 2 akan keluar di Switch & PS4 pada bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd