Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation rancang untuk lancarkan lebih banyak game ke PC!

Maira by Maira
April 25, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
PlayStation rancang untuk lancarkan lebih banyak game ke PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa game eksklusif hebat di konsol PlayStation telah pun dikeluarkan pada PC dan baru-baru ini terdapat senarai kerja baru menunjukkan bahawa terdapat perancangan untuk bawakan lebih banyak game mereka ke platform tersebut. Selama ini, hanya Microsoft sahaja yang banyak mengeluarkan tajuk-tajuk hebat pada PC. Sebaliknya, Nintendo dan PS pula hanya tertumpu pada konsol semasa mereka. PlayStation juga tidak mempunyai banyak game eksklusif buat masa ini, jadi ia sememangnya masa yang terbaik untuk mereka terus berkembang dalam pasaran PC.

Game hebat seperti, God of War, Horizon Zero Dawn dan Days Gone yang dahulunya boleh dimainkan pada PS4, sudah boleh dimainkan di PC. Bukan setakat itu sahaja, game tersebut juga antara game yang banyak dibeli oleh pemain Steam. Versi PC ini memberikan kebebasan kepada pemain untuk mengubah suai prestasi dan menambah mod pada game kegemaran mereka berbanding konsol.

Kini, PlayStation nampaknya sedang mencari seseorang untuk menjadi Pengarah Kanan untuk Perancangan dan Strategi PC untuk mengeluarkan lebih banyak game PS pada PC. Senarai kerja yang disiarkan oleh PlayStation Global sedang mencari seseorang yang boleh menyesuaikan diri dan dapat membantu syarikat itu untuk mengembangkan kehadiran PlayStation dalam pasaran PC. Ini sudah tentu membuatkan lebih ramai pemain dapat menikmati game PS sementara menunggu stok konsol menjadi lebih stabil.

Dengan kehadiran game seperti God of War dan Death Stranding di PC, kita dapat lihat grafik yang diperbaharui berserta pilihan di tetapan. Modder juga berseronok dengan mengubah suai watak dalam game dengan edit yang lucu dan pelik.

Melihat pada kejayaan oleh PlayStation dalam pasaran PC, memang tidak pelik mengapa syarikat itu ingin kembangkan lagi game konsol mereka pada platform lain. Apa pendapat anda mengenainya? Adakah anda ingin banyak lagi game eksklusif konsol tersedia di PC? Boleh kongsikan pandangan anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai PlayStation, sila klik pautan ini.

Tags: PCplaystation
Previous Post

Acara ekslusif MTG: Streets of New Capenna Learn-To-Play, Kenali mocktail dan segalanya tentang New Capenna!

Next Post

Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]

Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd