Hari ini Sony Interactive Entertainment mengumumkan senarai pertama untuk game yang patut diberi penghargaan dalam PlayStation Partner Awards 2021. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis ini tidak diadakan secara fizikal dan bukan melalui live stream. Sebaliknya, keputusan telah diumumkan melalui video Youtube.
Pertama, kita ada “Partner Awards” memberi penghargaan kepada game oleh developer Jepun dan Asia yang telah mendapat perhatian khusus dari Oktober 2020 hingga September 2021 dan mendapat kedudukan tinggi dalam jualan (termasuk fizikal, digital dan DLC) di seluruh dunia. Berikut adalah senarai pemenang:

- Tales of Arise
- Final Fantasy VII Remake Intergrade
- Final Fantasy XIV
- Mobile Suit Gundam Battle Operation 2
- NieR Replicant ver.1.22474487139…
Senarai pemenang untuk “Special Awards” juga diumumkan dan adalah seperti berikut:

- Apex Legends sebagai game yang dibangunkan oleh developer luar negara yang mencapai jualan tertinggi di Jepun dan Asia dalam tempoh masa di atas.
- Sakuna: Rice and Ruin sebagai game indie dari Jepun atau Asia yang mencapai jualan tertinggi di seluruh dunia.
- Devil May Cry 5: Special Edition sebagai game dari Jepun atau Asia yang memperoleh pendapatan sangat bagus semasa tempoh pelancaran PS5.
Lebih banyak pemenang akan diumumkan esok di bahagian ke-2 PlayStation Partner Awards 2021. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat video di bawah yang termasuk sarikata bahasa Inggeris.
Pada bulan lepas, SEA Game Awards 2021 secara rasmi telah mendedahkan Coffee Talk sebagai pemenang untuk Grand Jury Award beserta senarai penuh pemenang di kategori lain. Jika berminat, anda boleh baca artikel di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post