Pada 20 Ogos, laman web LetsGoDigital memuat naik berita tentang reka bentuk paten untuk peranti yang tidak diketahui oleh Sony Interactive Entertainment. Peranti ini direka oleh Yusuhiro Ootori, seorang jurutera bagi syarikat itu, dan spekulasi di sekitar internet menganggapnya sebagai development kit PlayStation 5.
Hari ini, artis senior Codemasters menMatthew Stott gesahkan dalam tweet bahawa peranti itu sebenarnya memang PlayStation 5 development kit. “Ini ialah dev kit, kami ada beberapa di pejabat,” kata Stott dalam tweet itu. Harus diingat bahawa development kit pada umumnya sangat berbeza dalam penampilan dengan perkakasan yang dijual kepada pembeli. Sebagai contoh, inilah development kit PlayStation 4:
Walaupun banyak butiran tentang PlayStation seterusnya diselubungi misteri, kita telah tahu beberapa perkara, dan ia tidak akan dilancarkan sehingga April 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post