Mesti korang penah at least ter-tengok ada orang posting kat FB yang konsol Playstation 5 tu kan? Kononnya macam XMB menu tu ada kat konsol tu sendiri. Pastu excited tak tentu pasal.
Write-up ini adalah untuk clarify kan tentang khabar angin, kalau-kalau lah Playstation 5 akan keluar tahun ni. Menurut sumber-sumber kat Kotaku, masih jauh lagi. Mungkin 2020.
PS4 dan Xbox One dah 5 tahun kat pasaran, dan ramai gamers macam nak ready kumpul duit nak beli PS5. Kalau ikut sebelum ni, PS4 keluar 7 tahun lepas PS3 dan Xbox One plak 8 tahun kemudian lepas Xbox 360.
Kalau ikut sumber-sumber dari industri, terutamanya dari developer games; ada yang cakap diorang tahu gak sikit pasal Sony punya plan. Tapi diorang kata 2019 pun blom kompom. Mende-mende gini susah nak speculate, bukan macam Apple yang keluar phone baru tiap tahun bulan 9. Plan Sony boleh bergerak-gerak, ke depan dan ke belakang. Sony kena plan hardware combination yang mana yang nice. Lagi yang boleh ubah plan diorang adalah langkah kajang daripada Microsoft ataupun competitor lain.
Kotaku gak ada mention perbualan dengan developers (even dengan developers first party Sony) yang diorang pun tak aware dengan PS5 ni. Yang keje buat games untuk release 2019 pun tak tau, so diorang memang tengah develop game kat PS4 la. Korang bayangkan kejam tak bila diorang dah siapkan game untuk PS4 nak keluar 2019, tiba-tiba Sony announce 2019 nak enjut PS5.
Pastu minggu lepas ada khabar angin kata Development Kit untuk PS5 dah diberi kat developer games; dan klu-klu semua cakap hujung 2018 adalah tarikh keramat untuk PS5. Tapi semua ni karut sebab; kalau nak keluar hujung tahun, pada peringkat ni konsol baru ni dah kena ada kat manufacturing line.
Pasal Dev Kit plak (pada yang tak tau, Dev Kit ni proprietary hardware untuk konsol tu yang developers kena guna untuk buat game untuk konsol tertentu) kalau dah ada pun, rupa dia mesti macam PC je. Dengan graphic card dan CPU yang konsol baru tu mungkin akan guna. Takde rupa konsol pun. Developer ni akan keje dengan beberapa Dev Kit sebelum Sony finalize. Dan keje-keje ni bukan seminggu punya cerita. Berbulan malah bertahun.
DAN, INI POINT YANG PENTING GAK. PS4 Pro (November 2016) dengan Xbox One X (November 2017). Ni refresh punya version konsol yang baru sangat keluar. Masih panas, baru nak jadi suam. Setakat ni, paling realistik pun 2020.
Pastu korang kena ingat, bila mende yang melibatkan hardware ni, apa pun mustahil. Korang tau la perkembangan teknologi skang cane kan? Mesti Sony nak hardware yang just nice untuk konsol baru diorang..
@gamersantaimy
Discussion about this post