Lepas patch 3.5 game Fortnite, ramai players yang terkesan sebab server problem gara-gara berbagai masalah teknikal. Ramai yang terkena kat semua platform PC, PS4, Xbox One dan mobile. Problem-problem ni Epic dah rectify kebanyakkannya, dan sebagai tanda maaf (read: tolong la teruskan main game kitorang), pihak Epic dah bagi freebies dalam game. So sape yang main, make sure korang login laju-laju pastu claim.
Pihak Epic juga ada buat pengakuan dan statement mohon maaf kat website diorang. Satu gerakan yang gentlemen.
Weekend ni Epic kasi free kat pemain Battle Royale Back Bling (slot custumization baru untuk musim 3). Pemain Save the World plak dapat Troll Stash Llama. Nak claim barang-barang ni boleh pegi mode-mode tersebut punya in-game store.
Tambahan plak, pemain Battle Royale akan dapat “pack of Battle Stars” yang boleh guna untuk rank up Battle Pass. Pemain Save the World dapat seasonal gold. Tapi untuk distribute 2 barang ni, kena ada downtime. So Epic akan schedulekan sekali dengan planned update akan datang; US Rabu-Khamis so Malaysia dalam Khamis-Jumaat.
Pihak Epic akan release maklumat post-mortem pasal problem diorang lepas dah siap nanti, dan jugak plan untuk improve services dalam minggu terdekat.
Pasal Guided Missile plak, takde cite bila nak ada balik. Dalam patch 3.5, Port-a-Fort telah diperkenalkan disamping macam-macam lagi perubahan. Cabaran Minggu ke-8 pun dah ada, tapi mode 50v50 kena delay sampai minggu depan sebab server problem yang baru ni..
@gamersantaimy
Discussion about this post