Game Dauntless, sebuah game co-op action RPG, akan memasuki fasa Free-to-Play global open beta pada 24 Mei ini. Korang nak register gi sini. Game ni dibangunkan oleh Phoenix Labs, yang mana ianya di anggotai oleh veteran industri daripada Riot, Bioware dan Capcom. Masa closed beta, lebih 100,000 pemain dah explore game ni. Untuk open beta, setakat ni dah 700,000 pemain dah register. Adakah korang akan jadi yang ke 700,001?
Dalam game ni, pemain akan dibawa ke dunia fantasi Shattered Isles. Korang akan jadi Slayers, dan tugas korang pegi bunuh Behemoths; makhluk yang keje dia nak sedut essence dari dunia manusia. Dan dah nama pun co-op, korang boleh join sesama sendiri untuk lawan menatang ni. Dah menang, bawak balik loot ke bandar Ramsgate untuk buat senjata dan armor baru.
Katanya Dauntless ni memiliki sistem yang inovatif dan pengalaman gaming yang cantek. Dalam open beta nanti, ianya akan menawarkan pengalaman free to play, dan akan ada in-game store yang disokong oleh barangan kosmetik dan unik. Phoenix Labs gak dah kasi jaminan takkan ada mekanisma bayar untuk menang ataupun loot box berbayar.
Pastu nak pastikan pengalaman permainan mantop, diorang gak akan tambah server kat Brazil, India, Singapore, Jepun dan Taiwan; di samping server kat US, Europe dan Australia. Kemaskini pada friend list pulak akan beri korang pengalaman macam Blizzard punya Battle.net friend list.
@gamersantaimy
Discussion about this post