Baru-baru ini pihak Playdigious telah mengumumkan mereka telah bekerjasama dengan Motion Twin untuk membawakan game terbaik mereka iaitu Dead Cells ke iOS dan Android. Nampaknya impian gamer mudah alih bakal menjadi kenyataan. Bagaimanakah kendalian game ini nanti menggunakan paparan sentuh telefon pintar?
Daripada posting blog ketua penerbit Playdigious iaitu Laura Saada, penerangannya berkenaan menjadikan Dead Cell di platform mudah alih sangat menarik.
Halangan pertama adalah untuk memastikan peranti mudah alih boleh menjalankan game ini atau tidak tanpa membimbangkan kendaliannya terlebih dahulu. Playdigious telah membuat satu build kasar game ini untuk peranti mudah alih hanya untuk meneliti prestasinya. Dan ianya satu kejayaan. Laura menegaskan lagi bahawa telefon pintar masakini memiliki kuasa teknikal yang sangat dekat dengan Nintendo Switch. Dia mengingatkan pembikin game Switch sedia ada untuk memikirkan tentang port ke peranti mudah alih kerana mereka boleh mencapai lebih ramai gamer.
Seterusnya, kawalan atau kendalian. Walaupun kendalian yang berasaskan gesture telah diuji, mereka akhirnya tetap juga bergantung kepada butang virtual. Dan harus diingat Dead Cell memiliki kawalan butang yang banyak, belum dimasukkan dengan elemen UI atas paparan. Untuk memikirkan bagaimana untuk mencapai semua ini sememangnya satu cabaran yang besar. Berikut adalah UI asal game ini dibandingkan dengan prototaip UI untuk versi mudah alih:
Playdigious juga mengiktiraf tidak akan ada penyelesaian yang akan sesuai dengan semua pemain. Mereka telah mencipta satu skema kawalan sentuhan yang diharapkan dapat memuaskan ramai pemain. Jika tidak, pemain boleh menggerakkan dan mengubah saiz butang virtual tersebut sehingga mencapai tetapan yang selesa. Terdapat juga kawalan gesture swipe untuk dodge dan pilihan untuk mendapatkan control stick yang tetap berbanding floating. Dan juga perlu diberitahu game ini juga bakal memberi sokongan sepenuhkan kepada MFi Controller.
Selain itu, mereka telah mencipta satu mod ekslusif iaitu Auto-Hit dimana watak anda akan melancarkan serangan melee secara auto kepada musuh-musuh yang berada dalam jarak serangan. Ini adalah percubaan untuk menyelaraskan pengalaman permainan supaya pemain di peranti mudah alih boleh memberi fokus kepada elemen penjelajahan dan tidak perlu risau tentang pertempuran sekiranya mereka tidak berminat. Walaupun ciri ini mungkin tidak disukai gamer hardcore peranti mudah alih, pihak Playdigious menjadikan satu cara permainan yang disarankan. Namun, harus diingat ciri ini hanya satu pilihan. Pemain boleh mengubahsuai kendalian game ini sebagaimana yang mereka mahu. Berikut adalah prototaip bagaimana butang virtual ini boleh di ubah:
Anda boleh ke sini untuk membaca sendiri posting blog tersebut. Ramai yang menolak Dead Cells mampu ke platform mudah alih. Sebelum ini, Shiro Games memutuskan game mereka Evoland 2 tidak boleh ke platform mudah alih kerana ianya sangat kompleks. Dan tahun lepas, game ini berjaya ke iOS dan Android, hasil kerja 1.5 tahun Playdigious.
Satu penanda yang baik untuk Dead Cells ke iOS dan Android.
Sumber: toucharcade
@gamersantaimy
Discussion about this post