Pada 7 Mei lalu pihak Capcom telah mengumumkan keputusan perniagaan yang disatukan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019. Jualan bersih mereka meningkat 5.8% berbanding tahun lepas untuk tempoh yang sama dan juga pendapatan operasi meningkat 13.1%.
Nombor ini banyak dibantu oleh kejayaan Resident Evil 2 dan Devil May Cry 5. TIdak ketinggalan Monster Hunter: World dimana ia mencapai 12 juta salinan terjual selepas versi PC dikeluarkan; menjadikannya rekod tertinggi dalam syarikat itu.
Untuk masa depan, Capcom akan memberi fokus kepada muat turun digital dan jualan katalog, dengan keutamaan diberi kepada perniagaan kandungan digital. Capcom juga memberikan komitmen berganda untuk memberi perhatian kepada arena esport terutamanya dalam pasaran Jepun, bermula dengan memberi fokus mengembangkan jumlah pemain serata dunia yang menyertai sebarang liga yang menggunakan Street Fighter.
Kandungan Digital
Persembahan Resident Evil 2 untuk semua platform melangkaui jangkaan lalu meningkatkan pendapatan Capcom. Devil May Cry 5 yang disasarkan untuk pasaran luar negara juga mendapat sambutan yang hebat. Ini disertai oleh Monster Hunter: World, untuk konsol dan juga versi Steam. Game lain yang turut memberi sumbangan di sini adalah Monster Hunter Generations Ultimate, Mega Man 11, Street Fighter 30th Anniversary Collection dan Resident Evil 7 biohazard.
Jumlah keuntungan keseluruhan meningkat lebih 11.9% daripada tahun sebelumnya.
Operasi Arked
Walaupun persaingan amat tinggi, Capcom telah membuat usaha untuk mendapat sokongan pelanggan dari berbagai segmen seperti pelanggan tetap, warga senior umur pertengahan, wanita dan keluarga yang mempunyai anak dan juga pelancong. Usaha ini termasuk menyediakan mesin arked yang memenuhi keperluan pelanggan dan juga dengan pelancaran Capcom Net Catcher Cap Tore; satu permainan kren atas talian yang boleh dimainkan melalui telefon pintar dan PC.
Peralatan Hiburan
Di sini Capcom mengalami kerugian kerana keadaan pasaran yang lemah, dimana pelanggan hilang keyakinan menyebabkan pelaburan daripada pemilik Pachinko/Pachislo kurang. Jualan game arked juga kurang kerana dilihat kurangnya kemunculan produk baru.
Keuntungan di sini telah jatuh sebanyak 56.1% berbanfing tahun sebelumnya.
Perniagaan Lain
Keuntungan disini adalah bersumber daripada pendapatan royalti dan perlesenan dan jualan barangan watak-watak Capcom. Keuntungan meningkat 10.2% dan pendapatan operasi pula turun 28.%.
Sumber: Capcom
@gamersantaimy
Discussion about this post