Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PICO 4 kini dilancarkan di Malaysia! Harga bermula pada RM 1699!

safwan by safwan
October 12, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Headset, Teknologi, VR
0 0
0
PICO 4 kini dilancarkan di Malaysia! Harga bermula pada RM 1699!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan pelancaran PICO 4 secara global pada bulan lalu, kini tiba giliran untuk dilancarkan di Malaysia. Bermula pada 12 Oktober 2022, ia boleh didapatkan melalui pengedar rasmi mereka dan juga kedai rasmi PICO di Shopee dan juga Lazada.

PICO 4 adalah sebuah headset VR yang membolehkan anda menjalinkan hubungan, mengamati kehidupan dari sudut baharu dan meneroka dunia baharu. Bersama dengan pengedaran dunia yang semakin maju ke arah dunia digital, teknologi VR boleh dikatakan menerima sambutan yang hangat dan secara tidak langsung menjadi trend dalam pelbagai industri termasuk game, hiburan dan banyak lagi.

Dalam industri game dan hiburan, kita boleh nampak yang penggunaan teknologi VR sebenarnya telah menerima kenaikan yang mendadak. Disebabkan perkara tersebut, PICO telah mengambil peluang ini untuk mencipta satu headset VR baharu yang boleh membawa pengalaman yang lebih imersif dan memuaskan.

Bersama dengan headset VR itu, korang juga boleh mendapatkan pengalaman baharu dengan visual, audio dan “haptic” baharu dan sekali gus membawa pemain ke dunia teknologi baharu.

Rekaan PICO 4 kali ini adalah lebih ringan dan seimbang yang membolehkan pemain memakainya dengan selesa. Dengan bawa reka bentuk yang minimalist, saya pasti ramai yang akan tertarik untuk dapatkan headset VR dari PICO ini.

Ia didatangkan dengan processor yang berkualiti tinggi iaitu Qualcomm Snapdragon XR2 bersama paparan yang dapat menyokong sehingga 4K+ 90Hz. Selain itu, mereka juga menyediakan ciri-ciri lain seperti “105° ultra-wide field of view” dan sistem “tracking” 6DoF (six degrees of freedom).

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya terlebih dahulu, mereka sedang mengadakan Roadshow bermula pada 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Di sana, mereka akan menyediakan beberapa slot pada jam 12 tengah hari, 3 petang dan 6 petang.

PICO 4 didatangkan dengan 2 varian iaitu 128GB dan 256GB sahaja. Untuk varian 128GB, anda boleh dapatkannya pada harga RM 1,699 manakala untuk varian 256GB, ia boleh didapatkan pada harga 1,999. Sesiapa yang berminat, anda boleh dapatkannya di pengedar rasmi PICO atau kedai rasmi PICO di Shopee dan Lazada.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: PICO 4vr
Previous Post

Lagu Opening Anime Chainsaw Man Penuh Scene Ikonik Filem! Jom Kita Lihat Kesemuanya!

Next Post

Giveaway Black Adam – Peluang menangi set barangan premium, hanya komen saja!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Giveaway Black Adam – Peluang menangi set barangan premium, hanya komen saja!

Giveaway Black Adam – Peluang menangi set barangan premium, hanya komen saja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd