Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PewDiePie & Mr. Beast pun tidak dapat buat duit sebanyak YouTuber 9-tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2020
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
PewDiePie & Mr. Beast pun tidak dapat buat duit sebanyak YouTuber 9-tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk dua tahun berturut-turut, PewDiePie dan Mr. Beast masih gagal menjadi “content creator” paling berpendapatan tertinggi di YouTube. Walaupun berada di kedudukan teratas dalam senarai pendapatan tahunan Forbes, kedua-dua YouTuber ini telah dikalahkan sekali lagi oleh Ryan Kaji, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang membuat video ulasan dan “unboxing” dengan adik-beradik dan ibu bapanya. Dengan jumlah tontonan 12.2 bilion dan 41.7 juta subscriber, halaman YouTube Ryan’s World berjaya menjana sebanyak $29.5 juta sepanjang tahun ini.

Mr. Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berada di tempat kedua, dengan jumlah tonton 3 bilion dan 47.8 juta subscriber untuk jumlah pendapatan $24 juta menurut Forbes. Selain daripada YouTube, Mr. Beast telah mendedahkan rancangannya untuk memulakan rangkaian makanan segera burger yang kini dibuka di pelbagai lokasi di Amerika Syarikat.

https://twitter.com/MrBeastYT/status/1340425884344463360

“Ideanya akan menjadi semakin gila, dan dia akan terus membelanjakan sejumlah wang besar untuk meningkatkan kualiti produksi,” kata Reed Duchscher, pengurus Mr. Beast kepada Forbes.

Dude Perfect menduduki tempat ketiga dalam senarai, dan memperoleh $23 juta manakala Rhett & Link ($20 juta) dan Markiplier ($19.5) melengkapkan senarai lima teratas. Preston Arsement ($19 juta), Nastya ($18.5 juta), Blippi ($17 juta) , David Dobrik ($15.5 juta), dan Jeffree Star ($15 juta) juga termasuk dalam senarai.

Sehingga kini, Ryan’s World telah memuat naik lebih daripada 1,800 video ke halaman YouTube-nya, hampir setiap hari. Selain video yang dikongsikan tentang dirinya dan keluarga, Ryan’s World juga memuat naik kandungan animasi untuk kanak-kanak.

Sumber – Forbes

Tags: Content CreatorforbesMr. BeastPewDiePieRyan KajiRyan's Worldyoutube
Previous Post

Anime The Witcher Netflix Nightmare of the Wolf mendapat teaser Logo baru!

Next Post

Kemas kini Genshin Impact Patch Notes 1.2 mendapatkan banyak kandungan dan ganjaran baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kemas kini Genshin Impact Patch Notes 1.2 mendapatkan banyak kandungan dan ganjaran baru

Kemas kini Genshin Impact Patch Notes 1.2 mendapatkan banyak kandungan dan ganjaran baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd