Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peti sejuk mini Xbox kena sambar oleh scalper, beberapa minit habis jual!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2021
in Artikel, Berita, Xbox Series X|S
0 0
0
Peti sejuk mini Xbox kena sambar oleh scalper, beberapa minit habis jual!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak kira sama ada konsol Xbox Series, PlayStation 5, Nintendo Switch OLED atau barang PC, kita semua boleh bersetuju bahawa scalper adalah punca mengapa kita menghadapi kesukaran untuk membeli barang-barangan di atas. Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka tidak lagi fokus pada konsol sahaja. Peti sejuk mini Xbox telah habis dijual selepas disambar oleh scalper hanya beberapa minit setelah pra-pesanan bermula.

Perkara ini disahkan selepas beberapa pengguna menemui listing “peti sejuk mini Xbox” di eBay dan sejumlah laman web lain. Di eBay sahaja, peti sejuk Xbox dilelong oleh scalper pada nilai harga lebih dari 200 dolar sedangkan MSRP asal hanyalah $99. Oleh itu, peminat sekali lagi terpaksa berurusan dengan scalper yang membeli produk dengan cepat secara dalam talian, tetapi berniat untuk menjual barang tersebut pada harga yang lebih tinggi. Sudah tentu, ramai peminat yang kecewa, dan meluahkan pengalaman mereka di media sosial.

You need to figure out a way to support the Xbox fans who made this 20 year celebration possible. When someone who has been buying Xboxes since the initial launch and now we can't get anything. Please keep make more of these special hardware available so we get a chance to get it

— Rowdy Van Cleave (@rowdyvc) October 19, 2021

Cool cool. I couldn't get either the 20th anniversary xbox controller or the Xbox mini fridge. Thanks scalpers. I guess I'll check for stock for the controller when it comes out. On my birthday.

— Lost Candidate #27 (@DharmaScientist) October 19, 2021

The scalpers strike again today.
This time it was a @Xbox mini-fridge (that I really really want)

I say make the scalpers put their money where there bots are. Don't buy from scalpers, let them sit on it.

— Nikolas Durain (@NiiloxDurain) October 19, 2021

Berita baiknya adalah mereka akan menambah lebih banyak peti sejuk Xbox di masa akan datang. Pengurus pemasaran sosial Xbox memberitahu mereka bahawa lebih banyak stok akan dikeluarkan apabila peti sejuk tersedia secara rasmi. Bagi apa yang membuatkan produk ini sangat istimewa adalah reka bentuknya yang menyerupai konsol Xbox Series X. Peti sejuk ini dibuat dengan kerjasama Ukonic! yang boleh menampung hingga 12 tin minuman dan memiliki dua rak di pintu. Bahagian depan peti sejuk mini juga termasuk port USB untuk mengecas peranti dan dilengkapi dengan DC power adaptor untuk membolehkan peti sejuk mini berfungsi secara on-the-go”.

Di Malaysia pula, seorang netizen Malaysia telah berjaya mengubah konsol Xbox Series S mereka menjadi peranti produktiviti untuk tujuan kerja! Dikongsikan oleh Ahmad Syahir Suhaimi di group Facebook ‘XBOX MALAYSIA GANG‘, Ahmad memuat naik gambar konsolnya sedang digunakan untuk mesyuarat Google Meet siap lengkap dengan papan kekunci, tetikus, dan webcam sekali. Anda boleh baca lebih lanjut di SINI.

Tags: Microsoftpeti sejuk mini XboxscalperXbox Series X
Previous Post

Chan Su Ling, rakyat Malaysia pertama melakonkan suara untuk Funimation!

Next Post

Mob Psycho 100 musim ketiga telah diumumkan oleh Warner Bros Japan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Mob Psycho 100 musim ketiga telah diumumkan oleh Warner Bros Japan!

Mob Psycho 100 musim ketiga telah diumumkan oleh Warner Bros Japan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd